Sotong Goreng Tepung
| Masakan - Makanan Laut |
| Share |

Bahan-bahanya
2 ekor sotong saiz sederhana
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras -boleh diganti dgn tepung jagung atau tepung katakuriko (tepung kentang)
2 sudu kecil serbuk kari ( ni kalau tak nak letak pun takpe)
garam
lada sulah
1 sudu kecil baking powder
Cara-carannya
1. Mula-mula potong sotong bentuk ring, rebus separuh masuk, lebih kurang 5 minit ke 8 minit, step ni penting utk mengelakkan sotong meletup apabila digoreng nanti. kemudian toskan dan gaul dengan lada sulah.
2.Kemudian buat adunan batter, satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, baking powder dan garam, gaul rata dan masukkan air, pastikan jangan terlalu cair, mcm batter nak buat goreng pisang.
3.Celupkan sotong tadi dan goreng hingga perang dan jangan terlalu lama kerana sotong tadikan dan separuh masak. Selamat Mencuba.
- kalau boleh adunan ni diperap selama setengah jam dulu baru celupkan sotong, supaya adunan lebih mesra dan tepung elok lekatnya apabila digoreng nanti. : )


Nota: Sotong tu boleh juga diganti dengan udang atau pun crabstick, makan panas-panas cicah pulak dengan sos cili atau sos cili manis Thai memang terangkatlah...: )
| Share |


















Comments
resepi orgininal dari saya
betul ke ini resepi original
nak bentuk jemput2???...adunan tu tak boleh likat sgt, agak2 je, menyaluti sotong, lepas tu terus goreng dengan api perlahan, nnt cuba lagi ya
ade sotong tak tiha dlm esbok tu, gi buat cepat, sedap ratah je ni heheee
ros buat mmg tak guna telur kak, so far ok je, aah ros lah onigiri kt myr tu huhu, ros pun lama tak masuk myr ..salam perkenalan dari ros ya kak, nnt jengah jmc selalu ya
aah kak, semalam ade trouble sikit kt database tu, cik abe dah betulkan, sib baik ok dah, risau gak ros tu, terima kasih ya kak, bwk lauk n kuih, sedap nyeeee
awat cuti dapur kak? heheeheheh, sedap sedap ros klu buat mesti kena byk, sbb sebelum makan jadi lauk, dah habis separuh kena ratah hahaaaaa
salam ton, heheehe, ros mmg tak suke letak telur, tak suke bila minyak tu berbuih, tak guna telur pun ok je batter ni, nnt ton try ya...rangup je adunan ni tau..heheheeeeee
Psl sotong goreng tepung ni, favourite anak akak sb dia tak mkn pedas, pening pale la hari2 kena buat ni. Tp akak nk cuba plak cara...err..Ros ye? tak guna telor, kira jimat jg ni...slmt brkenalan!
akak anta kuih ngan honey prawns ni. hihi
RSS feed for comments to this post.