Sotong Samudera
| Masakan - Makanan Laut |
| Share |

Hari ni baru ade masa sikit nak updated resepi baru, saje je letak nama resepi sotong samudera, sebab dah takde idea nak bagi nama ape, heehehehehe...ros suke masak sotong cara ni, sedap dan mudah untuk dimasak, kuahnye tu ros masak pekat sikit, wangi je kuah sotong ni, sebab ade aroma serai. Resepi ni ros main campur-campur bahan yang sedia ade je dan tak rugi kalau kawan-kawan mencubanya, mane tau kena dengan selera. Kalau nak tambah dengan hirisan daun limau purut atau daun kunyit pun boleh.
Sotong Samudera ( ros@jintanmanis.com)
Bahan-bahanya
2 ekor sotong saiz besar ( dibuang kulit luarnya dan potong memanjang)
5-6 biji cili padi
2 batang serai ( 1 batang dikisar dan satu batang lagi dibelah dua)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit ( kalau ganti dengan kunyit hidup lagi sedap)
1/2 cawan santan
Cara-caranya
1. Blender halus, sebatang serai, bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga hancur. Kemudian panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi serta masukkan juga kunyit serbuk, setelah bahan kisar naik bau, masukkan sebatang lagi serai yang telah dititik atau dibelah dua.
2. Selepas itu masukkan santan dan kacau selalu hingga mendidih, akhir sekali masukkan sotong dan biarkan sotong empuk, masak hingga kuah pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula. Sedia Untuk dihidangkan, selamat mencuba.

kuah sotong kalau lagi pekat lagi sedap

ros gandingkan lauk ni dengan sayur campur
Nota: Kalau air sotong tu terlampau banyak, boleh angkat sotong sekejap, dan pekatkan kuahnya dulu, bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan sotong tu balik, dan masak beberapa minit.
| Share |


















Comments
salam kak zai, nnt ade sootong boleh cuba ye, sedap tau lauk ni hehheeee
salam kak watie, trima kasih ya sudi jenguk ros kt sini, semua sihat je ni, meh meh makan lauk sotong same2....ros pun lama tak berupdated JMC ni, sibuk je memanjang ; )
salam kak Mas, nnt cuba ya kak, cukup bahan terus masaktau,sedap sotong ni...sure makan bertambah nye heheeee
RSS feed for comments to this post.