Masakan - Makanan Laut

Share

Jen je jeng, ni lah hasil dari masakan dari Oyster tempoh hari, ros buat kaki guratan ( kat jepun oyster di panggil kaki)  atau nama omputih nye oyster gratin, cuma ade kelainan sikit dari resepi yang lepas, ros tambahkan tomato ketchup, saje nak mencuba, hasilnye tak sia-sia, bila ditambah tomato ketchup dan sedikit herba oregano dalam white souce tu menjadikan oyster gratin ni lagi sedap dan harum aromanya, topping pulak mix cheese banyak-banyak lagi lah creamy jadinya. Pada sesiapa nak cuba resepi ade kat bawah ni ye, oyster tu nak ganti dengan udang ke, isi ayam ke, atau pun seafood yang lain pun boleh juga. : ) tak perlu guna kulit oyster, guna remekin pun boleh.

Bahan-bahanya

7 ketul tiram segar bersama cengkerangnya

1/2 cawan tepung gandum

4 sudu besar butter ( 2 sudu butter untuk saute, dan 2 sudu butter lagi untuk white souce)

sedikit mix cheese

sedikit parmesan cheese

1/2 cawan susu segar ( guna susu UHT ataupun bancuhan susu tepung pun buleh)

1/2 cawan air

2 sudu besar tomato ketchup

lada sulah

garam

sedikit daun dry pasley atau oregano

Cara-caranya

1. Keluarkan tiram dari cengkerannya ( semalam ros kukus dulu tiram tu) masukkan di dalam bekas, dan campurkan dengan sedikit lada sulah, garam dan salut dengan tepung gandum. Kemudian saute dgn butter dan biar agak perang. Angkat dan ketepikan.

2. Buat white sauce- menggunakan fry pan yang same,  masukkan tepung gandum yang telah di campurkan dengan tomotao ketchup,  1/2 cawan air dan 1/2 cawan susu segar, kacau sebati dan biarkan agak pekat, baru masukkan lada sulah, garam dan butter. Kacau perlahan. Tutup api dan ketepikan.

3. Cengkerang tiram di basuh bersih dan sapukan sedikit butter, kemudian letakkan dlm 1/2 sudu white souce dan letakkan tiram yang di saute tadi, tutup tiram dengan 1/2 sudu white souce lagi, dan tabur pemukaan gratin dengan mix cheese dan parmesan cheese, akhir sekali taburkan dry pasley atau oregano. Ulang langkah tadi hingga tiram habis. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 35 minit atau sehingga permukaaan gratin perang. Hidangkan panas-panas. Oyster Gratin ini  sangat creamy dan cheesy, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

sebelum proses pembakaran....

setelah di bakar, baru keluar oven ni..

creamy sangat kaki guratan ni...yummy...

Nota: kaki guratan ni sedap juga dimakan bersama sos tabasco, kasi rasa pedas-pedas sikit, baru syok makan...: )

Share

 

Comments  

 
0 #13 2010-10-16 08:18
Quoting faizahpaiz:
alang, susu tu adakah fresh milk atau evaporated atau susu2 lain.. sila terangkan...

ye faizah, fresh milk tu, lupe tulis lak heheeh, guna susu UHT ataup bancuhan susu tepung pun leh.tu alang dah edit balikresepi tu nnt tgk ya, dah cuba bgtau tau
Quote
 
 
0 #12 2010-10-16 08:17
Quoting love2cook:
Hi Ros, love tak pernah try oyster cam tu. hehe ;)

I dah try ur apam pisang coklat!!! Sub egg with yogurt. Mmg sedap n mabeles ur recipe Ros!!! My kids just loved them! Will be posting somewhere this month on my Friday Food Review..:)

Thanks for sharing Ros!

ok ros tunggu apam coklat ros ditayangkan kt blog love ya, nak ganti bahan pun takpe love, janji sedap kan, wah sukenye dgr your kids loved that apam..makan tu ingat auntie ros tak? heheee
Quote
 
 
0 #11 2010-10-16 08:16
Quoting sue:
Errrmmm..cam sedap jer.. ..Bleh tgk ja la..Bial la nak rasa kaki guratan yg sedap cam tu..hehehhehee

rasanye sedap kak sue, creamy ros suke lah, kaya dgn rasa cheese n white souce tu heheeee
Quote
 
 
0 #10 2010-10-16 08:16
Quoting Kak Watie:
Salam Dik Rose....kaki ke apa ke taruk cheese bakar cam tu......huhuhu..sedih tak menahan....mana nak cari ni!!!

salam kak watie, sori ya buat akak terliur...hheehhe, tp mmg kan kak, letak ape pun bila topping cheese ni, mmg creamy kan
Quote
 
 
0 #9 2010-10-16 08:15
Quoting sakura.emi:
perghhh..sgt teruja tgk gmbr last tu..rse nak nganga mulut da ..hihi..sdpnyerr..

huhu, yang last tu khas buat emi, klu dekat boleh ros suap kan
Quote
 
 
0 #8 2010-10-16 08:14
[Quoting Asmara:
Ros cayang!!! wah kaki dah keluar balik ye! sedapnya masak camni kan. kat sini susah la nk dpt kaki fresh. huhu.. tengok Ros punya pun jadiklah. hehe..

kt tempat akak susah nak dpt kaki ya, adedehh kesian jugak ni, takkpe beli je kaki dah siap kopek tu kak, buat kaki furai pun sodap gak heheeheh, sedap2 kaki fresh ni heheeee
Quote
 
 
0 #7 2010-10-15 09:32
alang, susu tu adakah fresh milk atau evaporated atau susu2 lain.. sila terangkan...
Quote
 
 
0 #6 2010-10-15 06:54
Hi Ros, love tak pernah try oyster cam tu. hehe ;)

I dah try ur apam pisang coklat!!! Sub egg with yogurt. Mmg sedap n mabeles ur recipe Ros!!! My kids just loved them! Will be posting somewhere this month on my Friday Food Review..:)

Thanks for sharing Ros!
Quote
 
 
0 #5 2010-10-14 17:47
wah ros...sedapppnya...terliur kita...
Quote
 
 
0 #4 2010-10-14 13:59
Errrmmm..cam sedap jer.. ..Bleh tgk ja la..Bial la nak rasa kaki guratan yg sedap cam tu..hehehhehee
Quote
 
 
0 #3 2010-10-14 12:15
Salam Dik Rose....kaki ke apa ke taruk cheese bakar cam tu......huhuhu..sedih tak menahan....mana nak cari ni!!!
Quote
 
 
0 #2 2010-10-14 10:21
perghhh..sgt teruja tgk gmbr last tu..rse nak nganga mulut da ..hihi..sdpnyerr..
Quote
 
 
0 #1 2010-10-14 08:55
Ros cayang!!! wah kaki dah keluar balik ye! sedapnya masak camni kan. kat sini susah la nk dpt kaki fresh. huhu.. tengok Ros punya pun jadiklah. hehe..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh