Masakan - Makanan Laut

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua, ros minta maaf ya, hari ni baru lah ade masa nak taip resepi ni, dah dok Jepun ni agak sibuk sikit, anak-anak pun belum  mula sekolah, tu yang rasa satu hari tu penuh aktiviti tu, nak melayan peel dan kerenah 3 kanak-kanak ribena ni, wazhif agak aktif meneroka rumah kecil ni, dan biasa lah budak-budak setahun setengah ni kan, kena banyak sabar sikit, oklah berbalik pada menu masak lemak cilipadi udang bersama lengkuas ni, resepi cukup ringkas, namun hasilnya bagi ros cukup sedap, cik abang pun suke, penambahan bahan lengkuas dan hirisan daun kunyit menambahkan lagi aroma dan rasanya, so kalau ade udang kt dalam peti ais tu jangan lupa cuba resepi ni ye.

Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Lengkuas
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye
300gram udang saiz besar ( buang janggut dan gunting sedikit ekornya)
2 inci lengkuas
1 batang serai
7 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
2 cawan santan
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
1 helai daun kunyit

caranya
1. Kisar halus cili padi, lengkuas, bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2. Selepas itu masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan udang, biarkan sebentar,  selepas itu baru masukkan hirisan daun kunyit. jangan masak udang terlalu lama, sesuaikan rasa, masukkan garam.

3. Setelah udang masak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama nasi putih, selamat mencuba.

Nota: kalau keringkan dan letak kerisik jadi rendang udang, ikutlah selera masing-masing ya, kami ni suke berkuah bila makan, baru sedap nak gaul ngan nasi panas.

Share

 

Comments  

 
0 #9 Comfort and Blissful Blog 2013-12-11 16:06
bru nak bjar msk. nak try gna resipi ni nanti...hehehe
http://comfortandblissfullife.wordpress.com/
Quote
 
 
0 #8 rose azadir 2013-11-19 10:03
Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com
Quote
 
 
0 #7 mai 2013-07-27 10:54
Salam ziarah sambil ajak join GA... Sudi2lah join GA saya :) Sedap tul nampak masak lemak udang...
Quote
 
 
+1 #6 mas 2013-05-02 10:43
ros..mengancam la masak lomak tu....mabelesss
Quote
 
 
0 #5 suenenie 2013-02-22 14:18
Assalamualaikum Ros...dah terbayang2 dahhhhh sedap lauk ni..Ada daun kunyit lagiii best kan baunya
Quote
 
 
0 #4 sutera ungu 2013-02-14 22:30
sedapnya....nmpk cukup menyelerakan...mlm2 ni rasa lapaaaa la pulak...huhu
Quote
 
 
0 #3 liez 2012-07-28 12:01
assalam'alaikum kak,
saya mntak izin nk copy resepi ni ya kak..
bru blaja memasak..hrp2 menjadi la..
Quote
 
 
0 #2 liez 2012-07-28 12:00
assalamu'alaikum...kak
saya mntak izin nk copy ya..sy nk cuba resepi ni..baru blaja memasak..harap2 menjadi la..
Quote
 
 
0 #1 sue 2012-06-10 10:11
Aslmkum Ros..
Dah byk hari Ros kat sana, Ni baru sempat jenguk sini. Masak lemak cili padi udang ni my paberet ni. Dulu mula2 kawen, akk takut2 nak masak..sbb x pnh masak. Tp alhamdulillah..ternyata percubaan pertama menjadi dan sedap,hb yg tak mkn pun dah mula suka n kata sedap. Tu la kenangan mula kawen...Heeee..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh