Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Mee/Sup

Bihun Goreng Putih Daun Kari

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, dah sarapan ke belum tu, ros baru je sarapan dengan bihun goreng putih daun kari ni, aroma nye wangi dan sedap, kena pula dengan secawan teh O panas, hidangan yang cukup lengkap dan menambat selera ros sekeluarga, sesekali tukar pada bihun goreng putih ni sedap juga, anak-anak pun suke makan, sebab tak pedas , tapi seperti biasa hirisan lada merah tu diaorang akan kais ke tepi, takut pedas katanya, tak kisahlah janji makan, resepi biasa je, cuma ros tambahkan hirisan daun kari bagi menaikkan lagi aroma bihun goreng putih ni, resepi ade kat bawah ni ye, kalau ade masa weekend ni boleh dicuba dan dihidangkan bersama keluarga tersayang.

Bihun Goreng Putih Daun Kari
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

sedikit isi ayam atau udang basah ( dipotong kecil)
sedikit daun kari ( dimayang halus)
1/2 bungkus bihun ( rendam semalaman dan celur kan sebentar dengan air panas)
1/2 biji bawang besar ( dimayang halus atau ditumbuk kasar)
sedikit ikan bilis
1/4 batang carrot ( dihiris seperti anak mancis)
2 ulas bawang putih ( dimayang halus atau ditumbuk kasar)
sedikit lada sulah@serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil)
1 biji telur
1 biji cili merah@ 2 tangkai cili kering ( dimayang halus)

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan, dengan menggunakan minyak yang same, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam dan kacau dan biarkan sebentar sehingga isi ayam masak, selepas itu masukkan sebiji telur, pastikan telur masak sedikit baru dikacau hingga hancur, selepas itu masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi, hirisan daun kari dan lada sulah, kacau sebati.

2. Akhir sekali, masukkan pula hirisan carrot, lada merah dan tahu goreng, apabila carrot hampir layu masukkan bihun yang telah siap dicelur, kacau sebati, sesuaikan rasa masukkan garam. Pastikan semua bahan sebati dan mesra, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Ros tak gunakan lada hitam sebabnya tak nak anak-anak rasa pedas, ikutlah citarasa masing-masing ya, nak hiaskan dengan sedikit daun sup pun boleh.

 

Mi Goreng Citarasa Ros

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, malam tadi kami satu rumah dinner mi goreng je, tak selera nak makan nasi, di bawah ni ros akan kongsikan cara ros masak mi goreng, walaupun nampak banyak bahanye tapi hasilnya cukup sedap, adik-adik mak abah ros semua suke makan, cukup bahan cukup rasa, insyaAllah mi goreng akan sedap dan menepati selera, resepi boleh rujuk di bawah.

mengikut prosa kata melayu yang betul mi goreng bukan mee goreng : )

Mi Goreng Citarasa Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

sedikit isi ayam atau daging( dipotong kecil)
1 pokok daun sup ( dicincang halus dan bahagi dua)
500gram mi kuning ( basuh dan toskan)
4 sudu besar bahan kisar ( beberapa tangkai cili kering+3 biji bawang besar+2 biji bwg putih)
sedikit ikan bilis ( di tumbuk halus)
3 pokok sayur sawi ( potong sederhana, batang dan daun diasingkan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil)
1 biji telur
sedikit sayur tauge

bahan topping dan hiasan, sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan isi ayam dan kacau, selepas itu masukkan sebiji telur, biarkan sebentar baru dikacau, masukkan pula, ikan bilis yang telah ditumbuk, sos cili, sos tiram, kicap manis dan fish cake atau tahu goreng, kacau sebati.

2. Masukkan sedikit air atau air rebusan ayam, jika terlalu kering, selepas itu masukkan batang sawi, setelah agak layu baru masukkan daunya, kacau sebati, setelah agak mereneh baru masukkan mee kuning dan kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan tauge, biarkan lebih kurang 1 minit, Hiaskan mi goreng dengan baki daun sup tadi dan taburkan dengan bawang goreng, siap untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

- Ros tidak masukkan garam dan ajinomoto dalam masakan ini, kerana kuantiti garam dan serbuk perasa yang sedia ada pada sos cili, kicap dan sostiram suduh mengcukupi.

ni kalau perah limau nipis lagi sedap ni kan...nyum nyumm

Nota: Isi ayam boleh juga digantikan dengan udang atau pun ape sahaja kegemaran anda, nak masukkan sedikit hirisan kobis pun boleh, nak lagi sedap boleh juga masukkan sedikit air stok ayam.

 

Kare Udon

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni kat kampung ros mendung je, tapi best sebab berangin, kari jepun ni memang menjadi kesukaan anak-anak ros, sebabnya rasa kari nye tak pedas, manis sikit, ros variasikan menu kari ni dengan mee udon, udon adalah mee traditional jepun yang diperbuat daripada tepung gandum, ros bawa balik udon kering, jadinya tinggal rebus je, dan ros letakkan isi ayam, carrot  dan kentang, berselera je anak-anak ros makan, resepi same  je macam kari rice tu, nak rujuk resepi kat bawah ni pun boleh, serbuk kari jepun ni ros beli kat jepun, tak sure pulak kalau kat maxvalue eon malaysia ni ade ke idak.

serbuk kari S&B yang ros gunakan

Kare Udon
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
sedikit  dada ayam dipotong sederhana
1/2 biji bawang besar- dihiris nipis
1 batang carrot- dipotong kecil
2 biji kentang- dipotong kecil
1 ikat udon kering@ udon yang dalam paket siap rebus tu
3 cawan air
1 susu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari S&B

( nak masukkan 1 sudu kecil serbuk dashi ( serbuk pati ikan jepun)  pun boleh lagi sedap rasa kare udon ni nanti)

cara-caranya:

1.Rebus air hingga mendidih dan masukkan udon, masa merebus udon ikut arahan pada paket udon ya, angkat dan toskan. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.

2. Selepas itu masukkan air dan kacau sebentar, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan isi ayam. masak sehingga semuanya empuk dan  kuah menjadi pekat.

3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.

4.  Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee udon yang siap direbus tadi. Cara hidangan, letakkan udon separuh bowl kemudian curahkan kari jepun tadi, dan toppingkan dengan hirisan daun bawang.Selamat Mencuba.

kuahnya memang agak pekat

sedap dimakan panas-panas

Nota: Kalau resepi kari udon biasa tak letak carrot dan kentang, ros saje letak sebab nak kasi anak-anak makan sayur, dan selalunye diletakkan hirisan daging, bukan isi ayam.

 

Soba Merahjambu dari Yamagata Ken

Masakan - Mee/Sup

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua, anak-anak ros baru je lunch soba pink, ni lah first time kami makan soba warna pink, soba istimewa dari Yamagata Ken, jauh datangnya soba ni, pemberian dari Kak As, rasanya sedap dan lain dari soba yang biasa kami makan tu, anak-anak pun suke, kuah soba tu ros guna resepi sup udon, same je, dan toppingkan dengan chikuwa tempura dan tenkatsu serta hirisan nori, laju je anak-anak makan, senang hati ummi. Pada Kak As sekeluarga , terima kasih ya sudi bawakan pelbagai Omiyage buat kami dan sudi bermalam ke teratak comel kami ni, ade rezeki kita jumpe lagi ya : ).

Di sini ros nak kongsikan tips supaya adunan tempura lebih rangup.

- kalau guna adunan tempura yang segera tu, masukkan 2 sudu kecil katakuriko ( tepungkentang) dan kacau sebati, biarkan adunan agak cair dan masukkan chikuwa atau sayur kegemaran anda, Selamat Mencuba.

Resepi Kuah Soba boleh KLIK SINI ya  : )

light je warna pink soba ni...soba sebelum dicurah dengan kuahnya

mini soba pink khas untuk kakak damia dan anas

Nota: soba adalah makanan yang popular di Yamagata, dan terdapat pelbagai jenis dan warna soba, semuanya tanpa pewarna dan menggunakan bahan-bahan semulajadi dari tumbuhan.

 

Oden

Masakan - Mee/Sup

Oden ialah makanan jepun yang sangat popular, terutamanya pada musim sejuk, nak buat kuah atau sup nye pun senang sangat, sama je macam kita buat sup udon tu, cumanya tak letak negi, lagi sedap bila oden ni dimakan bersama misonya, kira pencicah lah tu, ikut style orang Nagoya makan, ros buat oden ni masa Kak Mira dan keluarganya datang dari Gifu tempoh hari, saje nak bagi diaorng rasa, feedback yang diberikan amat baik, diaorang suke, sambil makan oden ni kami makan dengan kimchi sekali, resepi kuah oden ni boleh rujuk kat bawah ni ye.

Kuah Oden
sumber resepi: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Bahan-bahanya ( untuk 2-4 orang makan)

*Untuk Sup Oden*

1 Liter  air

1/4 ( suku) cawan soyu

3 sudu kecil dashi 

2 sudu kecil garam

sedikit garam

500ml air rebusan dari katsuo bushi (dried bonito flakes)

- bahan oden, Daikon ( lobak  putih jepun), konyaku, anpen, fishcake dan lain-lain.

* Untuk Oden Miso*

2 sudu besar miso

1 cawan air

1 sudu besar sos okonomiyaki

50ml air gula merah

2 sudu kecil gula

sedikt bancuhan katakuriko ( tepung kentang@tepung jagung)

Nak tengok gambar soyu dan dashi yang ros gunakan buleh klik SINI

dan ni pula gambar Katsuo bushi  ( Dried Bonito Flakes) 

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan sup oden di dalam periuk dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan daikon ( lobak putih jepun) yang telah di potong dan konyaku dahulu, setelah daikon empuk baru masukkan bahan-bahan oden yang lain seperti, chikuwa, anpen, fishcake, telur puyuh rebus dan lain-lain.

* Buat Miso Oden*

1. Satukan semua bahan miso oden di dalam periuk kecuali bancuhan tepung katakuriko, setelah semua sebati dan agak mendidih baru masukkan bancuhan katakuriko bagi memekatkannya, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama daikon atau pun konyaku. Selamat Mencuba.

bahan-bahan oden yang siap direbus

sengaja cucuk dengan lidi sate tu biar senang nak ambil

telur puyuh yang sedang direndam dalam kuah oden

daikon yang telah empuk

makan dengan miso oden bertambah kesedapannya

anpen -dari isi ikan

konyaku- yang dibuat dari ubi konyaku, kenyal-kenyal rasanye....

fish cake

konyaku yang telah dikahwinkan dengan fishcake...heheehee : )

Nota: Oden ni lebih kurang macam yong tau foo ataupun steambot lah kalau kat mesia, cuma kuahnya je yang berlainan, ros paling suke dalam oden ni ialah, daikon tu, cicah pulak dengan miso oden, lagilah menambahkan ke-enakannya. Bahan untuk kuah oden ni ade juga yang segera, boleh tengok kat supa kalau ade jual, yang tu lagi senang, main curah je. : )

 
More Articles...
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini379
mod_vvisit_counterSemalam4769
mod_vvisit_counterMinggu ini5148
mod_vvisit_counterMinggu lepas42732
mod_vvisit_counterBulan ini27700
mod_vvisit_counterBulan lepas161307
mod_vvisit_counterJumlah2652340
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..