Phad Thai
| Masakan - Mee/Sup |
| Share |

Bahan-bahan
200gram mee phad thai kering ( rendam dah celur sebentar)
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang putih ( diketuk dan dicincang halus)
1 biji telur dipukul sedikit
100 gram udang basah ( dibuang kulit) - boleh juga diganti dengan isi ayam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil sos ikan Nampura ( kalau takde leh ganti kicap manis kipas udang)
2 sudu besar sos cili manis thai ( boleh ganti sos cili maggi)
beberapa pokok kucai ( potong memanjang)
semangkuk kecil tauge
beberapa bebola ikan atau tahu ikan ( agak2 je)
2 sudu besar kacang tanah yang dicincang halus
3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau) - kalau takde udang geragau buleh juga ganti dengan 1 sudu besar udang kering yang dicincang halus.


-gambar di atas adalah mee phad thai dan sakura ebi yang ros gunakan-
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang, biarkan seketika.
2. Selepas itu, masukkan bebola ikan dan telur ,kacau sentiasa.
3. Kemudian, masukkan sos cili manis thai, sos ikan, dan mee phad thai, kacau sebati.
4. Akhir sekali masukkan tauge, sakura ebi dan daun kucai, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, biarkan beberapa minit dan angkat. Kalau nak pedas hiriskan beberapa biji cili padi, hidangkan dan tabur dengan kacang tanah dan hirisan daun ketumbar. Sedap dimakan panas-panas...Selamat Mencuba.

- Kalau nak lagi sedap boleh juga diperah sedikit jus lemon-

Nota: Semalam ros masukkan juga 1 sudu kecil minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasa phad thai ni, tapi ikut lah selera masing-masing ye. Bagi ros penggunaan minyak bijan dalam masakan ni amat sesuai. Suke rasa rangup kacang tanah tu, bila makan dengan mee phad thai ni memang sedaplah, tak rugi mencubanya. : )
| Share |


















Comments
aah mee dia rasa kuew tiau tu, cuma nipis, tp rasa nye lain sikit tau, sbb ade letak sos ikan, kacang tu semua, ros suke sgt, nnt sue ade semua bahan tu leh buat ye, tak cukup bahan pun letak je ape yg ade hihihi
jauh lagi tu Tiha, bukak kedai kt dapur sendiri leh lah hahahaha
nmpk sedap jeee mcm kuew tiaw je bentukny....tp lebih kecil siket..ada ms blh try ni...msk list dulu
love..hari tu pegi restoren thai kan..tak order phad thai ke? nnt klu love pegi lagi cuba order ye, sedap tau phad thai ni, ros sukeee
klu kt restoren thai sure adelah kak, cuba check menu nye, ros suke phad thai ni, dok i magine rasa nye lah ni tu jadi resepi tu, selalu gak pegi kedai restoren thai kt sini, sedap phad thai nye...kakchik n family sihat?
kali pertama kakchik lihat phad tai, menarik je nampaknya. mesti sedap dimakan bukan saja dengan perahan lemon tapi limau nipis kampung kan.
agaknya kat restoran thai di sini ada menu ni. boleh dicuba. nak buat di rumah, takut ramai yg tak makan.
RSS feed for comments to this post.