Mee Sup Bebola Daging
| Masakan - Mee/Sup |
| Share |

Inilah rupa mee sup yang serba kekurangan, takde pegedil, tak letak fish ball or fishcake mahupun chikua, daging tu ros bahagi dua, satu bahagian ros potong kasar dan satu lagi tu ros jadikan bebola daging, akhir sekali ros hanya toppingkan dengan hirisan daun ketumbar, bawang goreng dan tauge je, punyelah nak senang dan cepat, nasib baik cik abang tu tak komplen, dia kata sedap je..: ), resepi pun biasa je, cuma ros gunakan rempah sup Faiza bagi menambahkan lagi rasa pada sup ni, resepi ade kat bawah ni ya.
Bahan-bahanya ( untuk dua orang makan)350gram daging boneless ( bahagi dua) satu dipotong kasar, satu lagi bahagian di blender halus )
1 ulas bawang putih
2 inci halia
1/4 biji bawang besar ( saiz sederhana) boleh ganti denga 4 ulas bawang me rah
1 sudu besar rempah sup ( ros guna jenama faiza)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
*untuk bebola daging*
daging yang telah blender
2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil tepung katatkuriko ( tepung kentang)
sedikit garam
sedikit lada sulah
1/2 biji telur putih
Bahan Pelengkap
mee kuning yang telah dicelur, tauge, bawang goreng dan hirisan daun ketumbar
Cara-caranya
1.( untuk bebola daging) Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih, tepung gandum dan tepung katakuriko, gaul sebati dan ketepikan.
2. Kemudian blender halia, bawang besar dan bawang putih, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau selalu dan biarkan agak garing.
2. Selepas itu masukkan daging yang dipotong kasar dan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih, masukkan garam dan pes rempah sup faiza, kalau nak letak sup bunjut pun boleh, setelah daging empuk, bulatkan-bulatkan adunan bebola daging dan masukkan ke dalam air sup yang sedang medidih, ulang langkah tadi hingga adunan bebola daging habis. Setelah bebola daging timbul, menandakan bebola daging telah masak.
3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning dan bahan pelengkap yang lain, selamat mencuba.

mee sup yang serba kekurangan

kali ni bebola daging tu lawa sikit rupanya

takde pegedil n bahan lain pun, main tabur dengan ape yang ade je

mee kuning jepun
Nota: Bila makan dengan sambal kicap, lagi sedaplah, tambah up rasa sup ni, baki sup daging ni buleh juga dimakan bersama nasi putih.
| Share |
















Comments
nk tanye la..camner cara nk blender daging ek..
xpandai laa...hehe
do itashimashte, ala resepi simple je tu, ros pun suke masak cam tu, senang, keruh kuah dia??? naper ek? takpe lenkali apa kata racik je bawang merah+bwg putih n halia tu, tumis sampai perang sikit, isnyaAllah tak keruh nnt sup daging ni, bangga bila dgr jadi, dan anak2 serta wife awak suke..., nnt rajin memasak lagi ya...
Share la lagi resepi simple2 yg mudah utk kaum bapa yg tak reti masak..
Arigato gozaiimasss
oo yeke, klu guna daging tak fresh mmg ade bau sikit, tp tulah bila dah terkenan tu, terkenang2 kan kak,ros fahamtu...ni ros bagi dua bowl, akak makan ya
saya doakan ya, nnt dah siap bgtau tau, amik lah gambar, nak gak tgk ..sure wife n anak2 suke tu
huhu, kak nani, meh meh, makan sekali kak, ade lagi ni heheehe, nak jemput jauh sgt, klu dekat leh hantar depan pintu umah
aa bulehje, guna tepung gandum, tepung tu sebagai agen pelekat dgn telur, good luck ya
takyah pinjam fiza, amik je, nnt dahsiap bgtau ye, cikgu nak rasa heheeee
rajinnye wat bebola daging sendiri...
renyah gak sbnarnya.. kalau yg rajin cam ros.. lain lah.. ehehehehe..
(alasan orang malas... ) wakakakaka...
sedappnye mee sup ni.. awat tak jemput.. kalau tak leh tompang sekaki..
RSS feed for comments to this post.