Masakan - Mee/Sup

Share

Mee Bandung Perencah segera jenama Sernan ni menu hari jumaat yang lepas, perencah mee bandung Muar ni pemberian dari Kak Hana tempoh hari, sedap sangat rasa mee bandung ni, warna kuah dia pun merah menyala-nyala...ros bahagi tiga perencah ni, sebab sayang nak habiskan semua, lagipun ros dengan abang je yang makan, anak-anak ros buatkan mee sup je. Resepi , ros ikut cara Kak Hana, nak ikut cara-cara kat belakang paket ni dah tak nampak tulisanye mueheehehehe, pada Kak ina@Hana izinkan ros copy dan share kan cara-cara masak mee bandung ni  ye...: ) Arigatou..

Sumber resepi dari Kak Hana Kanazawa

Bahan-bahanya
500g mee kuning - celur air panas dan toskan
sepeket perencah mee bandung hj.sernan
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
7-8 cawan air@ air rebusan daging
telur - ikut bape org nak makan
hirisan daging
udang segar
sawi - potong
tauhu - goreng dan hiris nipis
limau kasturi, daun bawang, cili hiris, bawang goreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuning2an seperti bawang goreng. Masukkan air@air rebusan daging. Masukkan pula perencah mee bandung sernan. kacau. Biarkan mendidih sebentar.
2. Kecilkan api, masukkan daging dan udang. Pecahkan telur. Biarkan sebentar jangan dikacau sehingga telur separuh masak. Kemudian masukkan sawi dan tauhu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Hidangkan dengan mee kuning dan taburan bawang goreng, daun bawang, dan cili hiris. Perahkan limau kasturi jika suka.

nilah rupa perencah segera sernan yang ros gunakan

Nota: Bila perah kan limau kasturi tu, menambahkan lagi rasa mee bandung ni, walaupun limau kasturi tu dah setahun usianya...tersimpan kemas di peti sejuk bekuku...heheehehee

Share

 

Comments  

 
+1 #7 2011-02-15 20:17
Mane nak beli perencah ini? Ada jual online ker
Quote
 
 
0 #6 2010-11-01 16:58
Quoting fazian:
Sedap tu mee bandung...Kalau dah merantau tu boleh je guna limau tu dah sethn pun...kat mesia ni yg berlambak pun belum sempat2 nak buat mee bandung..nantila KIV dulu...sebabnya kat rumah yg minat sy sorang je.

tu yang susah tu klu peminatnye sorang kan, nak masak pun tak semangat, ros paham tu, takpe fazian, buat sikit je, takpun beli je heheeee
Quote
 
 
0 #5 2010-11-01 16:57
Quoting mas:
ross, sedapnya mee bandung, peberet k.mas ni...

ros nye feveret gak ni kak, sedapkan heeheh tang kuah dia tu, hirup sampai licin hehehee
Quote
 
 
0 #4 2010-11-01 16:40
Sedap tu mee bandung...Kalau dah merantau tu boleh je guna limau tu dah sethn pun...kat mesia ni yg berlambak pun belum sempat2 nak buat mee bandung..nantila KIV dulu...sebabnya kat rumah yg minat sy sorang je.
Quote
 
 
0 #3 2010-11-01 15:12
ross, sedapnya mee bandung, peberet k.mas ni...
Quote
 
 
0 #2 2010-10-31 15:33
Quoting sue:
:eek: hu aloh..akak kat mesia ni tak penah pun jumpa perencah jenama tu...
Macam sedap ja...Kena carik juga ni...Senang main segera2 ni... Heheheheh

ros pun kak hana tu bagi kak, klu tak, tak merasa lah ros, nnt kak sue carik tau sedap perencah ni, sbb rasa udang tu heheee
Quote
 
 
0 #1 2010-10-31 14:08
hu aloh..akak kat mesia ni tak penah pun jumpa perencah jenama tu...
Macam sedap ja...Kena carik juga ni...Senang main segera2 ni... Heheheheh
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh