Masakan - Mee/Sup

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera buat semua, anak-anak ros baru je lunch soba pink, ni lah first time kami makan soba warna pink, soba istimewa dari Yamagata Ken, jauh datangnya soba ni, pemberian dari Kak As, rasanya sedap dan lain dari soba yang biasa kami makan tu, anak-anak pun suke, kuah soba tu ros guna resepi sup udon, same je, dan toppingkan dengan chikuwa tempura dan tenkatsu serta hirisan nori, laju je anak-anak makan, senang hati ummi. Pada Kak As sekeluarga , terima kasih ya sudi bawakan pelbagai Omiyage buat kami dan sudi bermalam ke teratak comel kami ni, ade rezeki kita jumpe lagi ya : ).

Di sini ros nak kongsikan tips supaya adunan tempura lebih rangup.

- kalau guna adunan tempura yang segera tu, masukkan 2 sudu kecil katakuriko ( tepungkentang) dan kacau sebati, biarkan adunan agak cair dan masukkan chikuwa atau sayur kegemaran anda, Selamat Mencuba.

Resepi Kuah Soba boleh KLIK SINI ya  : )

light je warna pink soba ni...soba sebelum dicurah dengan kuahnya

mini soba pink khas untuk kakak damia dan anas

Nota: soba adalah makanan yang popular di Yamagata, dan terdapat pelbagai jenis dan warna soba, semuanya tanpa pewarna dan menggunakan bahan-bahan semulajadi dari tumbuhan.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-12-31 09:27
Quoting zawiah puteh:
salam singgah n ziarah..kira2 ros ni pakar masak makan makanan jepun la ye...alhamdulilah suatu kelebihan.

resepi simple2 tu bulehlah kak...nihon nye masakan tak susah..heeee
Quote
 
 
0 #3 2010-12-31 09:26
Quoting tiha:
bagus ea tanpa pewarna..teringin nk rasa secubit..hikhik :lol:

secubit je tiha? heheeheee
Quote
 
 
0 #2 2010-12-31 00:10
salam singgah n ziarah..kira2 ros ni pakar masak makan makanan jepun la ye...alhamdulilah suatu kelebihan.
Quote
 
 
0 #1 2010-12-30 14:10
bagus ea tanpa pewarna..teringin nk rasa secubit..hikhik
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh