Masakan - Mee/Sup

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni kat kampung ros mendung je, tapi best sebab berangin, kari jepun ni memang menjadi kesukaan anak-anak ros, sebabnya rasa kari nye tak pedas, manis sikit, ros variasikan menu kari ni dengan mee udon, udon adalah mee traditional jepun yang diperbuat daripada tepung gandum, ros bawa balik udon kering, jadinya tinggal rebus je, dan ros letakkan isi ayam, carrot  dan kentang, berselera je anak-anak ros makan, resepi same  je macam kari rice tu, nak rujuk resepi kat bawah ni pun boleh, serbuk kari jepun ni ros beli kat jepun, tak sure pulak kalau kat maxvalue eon malaysia ni ade ke idak.

serbuk kari S&B yang ros gunakan

Kare Udon
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
sedikit  dada ayam dipotong sederhana
1/2 biji bawang besar- dihiris nipis
1 batang carrot- dipotong kecil
2 biji kentang- dipotong kecil
1 ikat udon kering@ udon yang dalam paket siap rebus tu
3 cawan air
1 susu besar sos tiram
1 sudu kecil gula
garam
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk kari S&B

( nak masukkan 1 sudu kecil serbuk dashi ( serbuk pati ikan jepun)  pun boleh lagi sedap rasa kare udon ni nanti)

cara-caranya:

1.Rebus air hingga mendidih dan masukkan udon, masa merebus udon ikut arahan pada paket udon ya, angkat dan toskan. Kemudian, panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.Tumis bawang besar dengan api kecil sehingga perang. Kemudian masukkan serbuk kari S&B. Kacau sebati.

2. Selepas itu masukkan air dan kacau sebentar, masukkan carrot dahulu, biarkan beberapa minit baru masukkan kentang dan isi ayam. masak sehingga semuanya empuk dan  kuah menjadi pekat.

3. Sesuaikan rasa, masukkan gula, garam dan sos tiram.

4.  Setelah kuah agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama mee udon yang siap direbus tadi. Cara hidangan, letakkan udon separuh bowl kemudian curahkan kari jepun tadi, dan toppingkan dengan hirisan daun bawang.Selamat Mencuba.

kuahnya memang agak pekat

sedap dimakan panas-panas

Nota: Kalau resepi kari udon biasa tak letak carrot dan kentang, ros saje letak sebab nak kasi anak-anak makan sayur, dan selalunye diletakkan hirisan daging, bukan isi ayam.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2011-11-01 13:02
dekat tempat sya ni susah kalau nk cri serbuk kari S&B tuhh ! bole tak kalau di ganti serbuk tuh dengan serbuk lain !
Quote
 
 
0 #3 2011-04-18 15:19
nampak cam best je mee udon ni
Quote
 
 
0 #2 2011-04-18 09:56
Assalamualaikum , ada tak cara2 utk buat kuah sushi, cam sushi king tu? tq
Quote
 
 
0 #1 2011-04-15 10:00
kalau dekat jusco mid valley ada jual serbuk kari S&B ni... certain ciold storage pun ada juga... satu tin kecik tu dalam RM11++
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh