Masakan - Mee/Sup

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, malam tadi kami satu rumah dinner mi goreng je, tak selera nak makan nasi, di bawah ni ros akan kongsikan cara ros masak mi goreng, walaupun nampak banyak bahanye tapi hasilnya cukup sedap, adik-adik mak abah ros semua suke makan, cukup bahan cukup rasa, insyaAllah mi goreng akan sedap dan menepati selera, resepi boleh rujuk di bawah.

mengikut prosa kata melayu yang betul mi goreng bukan mee goreng : )

Mi Goreng Citarasa Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

sedikit isi ayam atau daging( dipotong kecil)
1 pokok daun sup ( dicincang halus dan bahagi dua)
500gram mi kuning ( basuh dan toskan)
4 sudu besar bahan kisar ( beberapa tangkai cili kering+3 biji bawang besar+2 biji bwg putih)
sedikit ikan bilis ( di tumbuk halus)
3 pokok sayur sawi ( potong sederhana, batang dan daun diasingkan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil)
1 biji telur
sedikit sayur tauge

bahan topping dan hiasan, sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.

Cara-caranya

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan isi ayam dan kacau, selepas itu masukkan sebiji telur, biarkan sebentar baru dikacau, masukkan pula, ikan bilis yang telah ditumbuk, sos cili, sos tiram, kicap manis dan fish cake atau tahu goreng, kacau sebati.

2. Masukkan sedikit air atau air rebusan ayam, jika terlalu kering, selepas itu masukkan batang sawi, setelah agak layu baru masukkan daunya, kacau sebati, setelah agak mereneh baru masukkan mee kuning dan kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan tauge, biarkan lebih kurang 1 minit, Hiaskan mi goreng dengan baki daun sup tadi dan taburkan dengan bawang goreng, siap untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

- Ros tidak masukkan garam dan ajinomoto dalam masakan ini, kerana kuantiti garam dan serbuk perasa yang sedia ada pada sos cili, kicap dan sostiram suduh mengcukupi.

ni kalau perah limau nipis lagi sedap ni kan...nyum nyumm

Nota: Isi ayam boleh juga digantikan dengan udang atau pun ape sahaja kegemaran anda, nak masukkan sedikit hirisan kobis pun boleh, nak lagi sedap boleh juga masukkan sedikit air stok ayam.

Share

 

Comments  

 
0 #8 杀杀^^ 「Shasha」 2013-11-06 06:46
Awesome ♥
Nak try la pagi ni ~
Thanks kak !
Quote
 
 
0 #7 mamipu3 2013-02-03 23:10
pg esok nk try la buat mcm ros ni.
Quote
 
 
0 #6 mamipu3 2013-02-03 23:08
slm. Sdpnya mi goreng yg ros masak. Pg esok akak plan nk masak mi grg jgk sbnrnya. Rs2nya nk cuba resepi ros la. Walla!
Quote
 
 
0 #5 mamaboys 2012-10-16 21:21
tadi dinner masak mee goreng nih
memanag powerrrr
Quote
 
 
0 #4 Anyss 2012-05-30 19:33
Assalamualaikum ,
Dah 2-3 hari teringin nak makan mi grg mcm ni...blm lagi kesampaian
Quote
 
 
0 #3 2011-04-30 14:09
Sedaapnya mi goreng. Dah lama tak makan. Kalau sesekali makan mi yang sedap plak tu, mesti best.

Thanks for sharing Ros...
Quote
 
 
0 #2 2011-04-28 23:24
kebetulan hari ni pun akak buat mee goreng jugak..nampak sedap mee goreng ros buat tu..
Quote
 
 
0 #1 2011-04-28 16:21
ros...nak sepinggan....kak mas suka mee goreng...
terliurnya tengok mee goreng ros tu..sedapppp
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh