
Assalammualaikum dan selamat tengahari semua, pagi tadi lepas buat kerje rumah ros buat air susu soya pandan, saje nak cuba letak daun pandan dalam air soya tu, dan susu soya ni tanpa pewarna tambahan, dan boleh juga di katakan casein free dan gluten free, sesuai untuk kanak-akan atau individu yang sedang dalam GFCF diet, buat sendiri baru terjamin kan, kalau nak lagi berkhasiat guna kacang soya organik. Resepi same je dengan susu soya homemade yang ros dah pernah letak sebelum ni, cuma tambahkan 8 helai daun pandan yang dikisar bersama air soya. Selamat Mencuba.
Homemade Susu Soya Pandan Suam Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 350gram kacang soya 1.5 litre air 3/4 cawan gula 8 helai daun pandan yang disimpul 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Daun pandan digunting nipis dan masukkan di dalam blender bersama 3 cawan air soya, blender halus dan perahkan jus pandan tadi di dalam periuk yang berisi susu soya, didihkan dengan api perlahan, setelah agak mendidih baru masukkan garam dan gula.
4. Pastikan susu soya sentiasa dikacau, setelah gula larut, tutup api dan biarkan suam, jika mahu masukkan dua tiga ketul ais pun boleh dan hidangkan segera.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya pandan ini boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

tanpa bahan pengawet dan pewarna tambahan

Nota: Harum wangi je air soya ni, rasanya kalau minum sejuk-sejuk lagi best ni, cuaca pun agak panas kan sekarang ni..: )
|

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhhh cuaca panas kan sekarang ni, bila dapat minum air sejuk, nikmatnya tak terkata, minuman feveret ros air soya, buat sendiri boleh dapat banyak kan, lepas tu ade pula permintaan nak susu soya coklat, Kakak Damialah tu, bancuh je dengan serbuk koko, senang dan sedap, resepi same je macam kita buat homemade susu soya tu, dan boleh juga rujuk resepi kat bawah ni ye.
Homemade Susu Soya Coklat Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 250gram kacang soya 2 litre air 1 cawan gula 3 helai daun pandan yang disimpul 1/2 sudu kecil garam
( 2 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 3 sudu besar air suam)
Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, Bancuh serbuk koko bersama air suam, kemudian campurkan dengan susu soya tadi, masukkan ais dan sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.

memang sedaplah susu soya coklat ni, patutlah budak-budak suke : )

Nota: Nak letak warna hijau pun boleh, esen pandan sikit, sekarang ni macam-macam perisa air soya kan, perasakan lah ikut selera masing-masing ya.

Assalammualaikum WBT dan selamat malam semua, niatnya petang tadi nak buat teh tarik dangdut, tapi tak confident pulak bab tarik tu, takut buih tu tak jadi, akhirnya ros buat teh C Peng resepi Jiya , sedap mudah dan cantik juga di pandang, sebab ade 3 lapis kan, adik-adik pun teruja nak minum, lagi sedap dari rasa teh tarik biasa tu, sebab ade air gula melaka kan, tapi pastikan guna susu cair ye, sebab nak imbangkan kemanisan air teh c peng ni, kalau guna susu pekat manis tu, buleh jugak, tapi kena pandai agak, pada Jiya terima kasih ya kongsikan resepi air teh c peng yang maveles ni. : )
Teh C Peng/ 3 Layer Tea Sumber resepi:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Teh Pekat Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal) Gula melaka pekat ( ros letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni) ketulan ais
Cara-cara
1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. Kalo nak manis letaklah bebanyak. Hehehe! 2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair. 3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2... 4. Bismillahirrahmanirrahimmmmm... Kita minommm duluuuu!!

3 layer tea siap...sedap sangat....suke suke..

Nota- Guna susu cair@ susu sejat carnation lagi bagus, lagi berkrim rasanya, dan air gula melaka tu letak sikit daun pandan, makin harum aromanya.

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu gi kedai runcit kat kampung ros ni, ternampak lah pula, sebungkus kacang soya, 200gram tu baru rm2 murah murah, ape lagi balik rumah terus rendam dan dah terbayang akan kesedapan air soya buatan sendiri, ros rendam semalaman, biar kacang soya tu betul-betul kembang. resepi ni , yang biasa ros buat dulu, ros tambahkan sedikit garam bagi menambahkan rasa lemak dalam air soya ni, resepi air soya ni boleh rujuk kat bawah ni ye, boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa, buat sendiri baru terjamin kebersihannya.
Homemade Air Soya Lemak Manis Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya 200gram kacang soya 2 litre air 1 cawan gula 3 helai daun pandan yang disimpul 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

ni pula air soya suam, sedap jugak

terasa akan kepekatan dan ke-enakkanya

cuaca panas, kita letak air batu sikit....slurppp..

jemput minum semua

okara@hampas kacang soya, nantikan menu yang berasaskan okara di entry akan datang.
Nota: Kepekatan air soya ini, boleh dilaraskan, jika mahu pekat boleh ikut kuantiti 2 litre tu, jika nak cair sikit boleh juga tambahkan kuantiti airnya.

cendol yang ade ais ni khas buat cik abang dan anak-anak
Teruja tengok cendol Kak As Yamagata, terus teringin nak makan, kejap je rupanya buat cendol ni, tak susah mane pun, ros ikut cara kak As guna pengukus yang ade lubang tu, tenyeh je adunan cendol yang dah pekat , senang keje, cepat pun cepat, terima kasih kak As bagi idea, Kak As copy resepi dari blog Kak Ika Bangkok dan resepi homemade cendol yang asal dari Mariam Myresipi. Terima kasih semua, minta halal resepi cendol ni ya, tengok kawan-kawan lain pun ramai dah buat cendol ni..tu yang makin semangat nak buat semalam tu : )
-ros guna susu kacang soya dan air gula melaka, campurkan semua dalam cawan, tak guna santan, baru sihat, kurang kolestrol.
Bahan-bahan ( 4-5 orang ) sumber resepi asal Mariam Myresipi (link myresipi hari ni tak leh buka, nnt ros attach link tu bila myresipi dah ok ya)
1 cawan tepung beras 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan secubit garam 1 sudu kecil air kapur ( ros x letak sbb takde stok) sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat 2. kacau selalu supaya tidak hangit 3. sediakan bekas yang berisi air sejuk 4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk 5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang 6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

pendek-pendek je cendol ros ni, hehheehe

janji ade rupa dan rasa jadilah..lepas teringin

Ok ni cendol yang dah siap, guna susu kacang soya
Nota: kalau guna susu segar pun boleh, ikutlah selera masing-masing, ros minum cendol ni yang tak sejuk, takde ais pun, tak kisahlah, janji dapat rasa, tengok air batu tu teringin je, kena sabar..tak lama lagi habis pantang leh pulun...
|
|