Masakan - Minuman

Share

Dah mula rasa panas ni, nak minum yang berais je, sejuk rasa tekak bila minum air sweet pineapple cocktail ni, rasa pun sedap, warna air ni yang membangkitkan selera, pati airĀ  ni boleh simpan lama dalam peti ais, nanti kalau nak buat boleh bancuh je, resepi asala dari Blog Che`Iza, terima kasih kak, kongsikan resepi air yang senang nak buat ni, rasa pun fuhhh menyamankan. : )

Bahan-bahan ( sumber resepi asal dari Blog Lepak Rilek Santai Che`iza) Izinkan ros kongsikan resepi air ni di JMC ya.

Sebiji nenas
1 liter air
100 gm gula
50 gm gula batu (nak manis lebihkan gula)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Potong nenas dalam bentuk kiub

2. Masak nenas yang telah dipotong bersama gula, air dan pewarna. Masak sehingga nenas lembut.

3. Siap untuk diminum, Cuma perlu tambah air batu sahaja ( tapi tunggu air nenas tu sejuk dulu). Boleh juga masak nenas tadi lebih lama hingga airnya jadi pekat macam air gula. Simpan dalam fridge boleh tahan 3 bulan.

4. Nak best lagi boleh tambah nata de coco.

Nota: Masa ros buat air ni tak guna gula batu pun, sebab takde stok, guna gula biasa je, cuma ros tambahkan lagi kuantiti gula putih tu, bagi menggantikan kuantiti gula batu dan ros masak sampai betul-betul pekat supaya pati sweet pineapple ni tahan lebih lama. : )

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-04-12 17:00
Quoting Leen:
adoiii...nyamannya panas2 ni pekena satu..heeee :P

sedap kak, ade nenas leh cuba ye...pati dia simpan dlm peti ais, nnt nak buat bancuh je heheeee
Quote
 
 
0 #3 2010-04-12 17:00
Quoting nurindah:
salam ros, pineapple cocktail ni nampak sedapnya... ros dah bape bulan? kalu baru2 pegnan kan takleh makan nenas, ros? risau saya..

ros dah 5 bulan kak, terima kasih ya kak, risau pasal ros ni, hehehe rasa disayangi pulak, sebenarnya kak, air ni lama dah buat, kiranya summer tahun lepas, ade resepi kt multiply...ros cuma kemaskini je heeheheee
Quote
 
 
0 #2 2010-04-12 10:10
adoiii...nyamannya panas2 ni pekena satu..heeee
Quote
 
 
0 #1 2010-04-12 09:30
salam ros, pineapple cocktail ni nampak sedapnya... ros dah bape bulan? kalu baru2 pegnan kan takleh makan nenas, ros? risau saya..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh