Masakan - Minuman

Share

cendol yang ade ais ni khas buat cik abang dan anak-anak

Teruja tengok cendol Kak As Yamagata, terus teringin nak makan, kejap je rupanya buat cendol ni, tak susah mane pun, ros ikut cara kak As guna pengukus yang ade lubang tu, tenyeh je adunan cendol yang dah pekat , senang keje, cepat pun cepat, terima kasih kak As bagi idea, Kak As copy resepi dari blog Kak Ika Bangkok dan resepi homemade cendol yang asal dari Mariam Myresipi. Terima kasih semua, minta halal resepi cendol ni ya, tengok kawan-kawan lain pun ramai dah buat cendol ni..tu yang makin semangat nak buat semalam tu : )

-ros guna susu kacang soya dan air gula melaka, campurkan semua dalam cawan, tak guna santan, baru sihat, kurang kolestrol.

Bahan-bahan ( 4-5 orang ) sumber resepi asal Mariam Myresipi (link myresipi hari ni tak leh buka, nnt ros attach link tu bila myresipi dah ok ya)

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur ( ros x letak sbb takde stok)
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2. kacau selalu supaya tidak hangit
3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

pendek-pendek je cendol ros ni, hehheehe

janji ade rupa dan rasa jadilah..lepas teringin

Ok ni cendol yang dah siap, guna susu kacang soya

Nota: kalau guna susu segar pun boleh, ikutlah selera masing-masing, ros minum cendol ni yang tak sejuk, takde ais pun, tak kisahlah, janji dapat rasa, tengok air batu tu teringin je, kena sabar..tak lama lagi habis pantang leh pulun...

Share

 

Comments  

 
0 #9 2010-10-07 00:25
bertuah suami u dapat isteri yang rajin masak memasak ni. cendol pun buleh buat sendiri
Quote
 
 
+1 #8 2010-08-28 13:34
sedap sungguh resipi ini perlu dicuba bulan2 puasa ni
Quote
 
 
0 #7 2010-08-27 07:20
Wahhh..rajinnya..kat sini pun ada cendol juga..Tapi version cendol susu soya..sedap tuh...
Org dlm pantang bleh jeling2 ja ais tu tau..Kalau gian gak..jilat2 ja la titis2 ais kat luar cwn tu..hehhehehe..Sian dia..Pantang elok2 tau..
Quote
 
 
0 #6 2010-08-26 18:42
amboi rajinnya buat cendol...bagus tu cadangan letak air soya...nanti nak try buat juga la...ha..ha..
Quote
 
 
0 #5 2010-08-26 18:23
wahh mmg best ni huhuh..teringin nk minum segelass
Quote
 
 
0 #4 2010-08-26 16:25
Salam ros,
cantik dah tu cendol ros. teringin sungguh rasa nak wat sendiri.
Quote
 
 
0 #3 2010-08-26 15:31
best nyer soya tue..
Quote
 
 
0 #2 2010-08-26 14:16
Ros cayang! hihi.. dah makan cendol ye? guna soya lagi sedap kurang kolestrol. Mak kata dlm pntang santan x boleh mkn sgt, tp kalo dah lebih subulan boleh je kot. hehe.. guna pengukus tu sng jugak kan ros, tekan je pstu terus masuk periuk belah bawah, tp penat sikit nak menguli dlm periuk tu. kihkih..
*smlm xleh masuk blog ros, nape ye? seharian jugak akk cuba. :)
Quote
 
 
0 #1 2010-08-26 12:56
Salam ros..wah kat sini pon ada ek..akak pon teringin gak nak buat sndiri..tambah2 lagi kt sini tak berapa ada dijual..
kena buat jugek ni :)..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh