Homemade Air Soya Lemak Manis
| Masakan - Minuman |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari tu gi kedai runcit kat kampung ros ni, ternampak lah pula, sebungkus kacang soya, 200gram tu baru rm2 murah murah, ape lagi balik rumah terus rendam dan dah terbayang akan kesedapan air soya buatan sendiri, ros rendam semalaman, biar kacang soya tu betul-betul kembang. resepi ni , yang biasa ros buat dulu, ros tambahkan sedikit garam bagi menambahkan rasa lemak dalam air soya ni, resepi air soya ni boleh rujuk kat bawah ni ye, boleh dijadikan menu untuk berbuka puasa, buat sendiri baru terjamin kebersihannya.
Homemade Air Soya Lemak Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi 2 kali ganda.
2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
3. Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.

ni pula air soya suam, sedap jugak

terasa akan kepekatan dan ke-enakkanya

cuaca panas, kita letak air batu sikit....slurppp..

jemput minum semua

okara@hampas kacang soya, nantikan menu yang berasaskan okara di entry akan datang.
Nota: Kepekatan air soya ini, boleh dilaraskan, jika mahu pekat boleh ikut kuantiti 2 litre tu, jika nak cair sikit boleh juga tambahkan kuantiti airnya.
| Share |

















Comments
saya beli kacang soya kt pasar payang, 1kg baru RM 3.50...hehe
Dah lama intai blog ros nih..akak dah link pun kat blog akak...suker sgt nengok n try resepi kat dalam ni specially roti ros...tenkiu mintak halal kopi n paste yer ros..
ish sedapnya air soya bean...febret akak nie...segelas tk cukup...hehe..buat sendiri mmg muaikan Ros?
letak garam tu sikit je, kasi nnt lemak sikit rasanya, kak ita n anak2 suke susu soya ye, bagus tu...sedap kan
salam kak ita, miss u , beli kt kedai buleh gak, tp bila buat sendiri ni lagi sodap kan heehe, kak ita semua sihat ke ?
salam kak as, yang air soya nihon tu kena adjust sikit masak balik, masukkan 500ml air , masuk gula, masuk daun pandan, biar mendidih sikit , pastu sejukkan, minum , rasanye nnt sebijik cam kat mesia, ros buat camtu dulu heheeee
salam fiza, ros sihat je ni, trima kasih ya bertanya khabar saya, nak amik segelas tu buat minum heheeee
nak yang sejuk tu, buleh buleh, panas2 mcm ni sedap minum soya kan kak, nnt akak try ya
yang sejukkk tu....
RSS feed for comments to this post.