Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Nasi

Nasi Bawal

Masakan - Nasi

Assalammualaikum  WBT dan selamat pagi semua, hari sabtu lepas ros buat Nasi Bawal, masa siang ikan bawal ni, tetiba dapat idea nak buat nasi ikan bawal, berlaukkan kari sayur dan sambal kicap limau kasturi, bila dah siap dan rasa, buleh tahan jugak rasanya, adik-adik pun puji kata sedap, kombinasi kari dan kicap memang sesuai lah, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye. Amat sesuai bagi penggemar kicap seperti saya...heheheehee : )

Nasi Bawal
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
Untuk Nasi Kari

2 cawan beras ( ros guna jenama faiza) basuh dan toskan
1 1/2 cawan susu cair dan 1/2 cawan air  - bergantung jenis beras
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar  dan 2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 inci halia dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang dan 4 biji buah pelaga
2 sudu besar serbuk kari ikan ( masukkan sedikit air dan jadikan pes)
sedikit garam
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis ( lagi sedap kalau guna minyak sapi atau butter)

1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, tumis hingga naik bau baru masukkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang halus.

2. Selepas itu masukkan pes serbuk kari ikan dan daun kari, kacau sebati, setelah semua agak garing masukkan pula beras dan sedikit garam,  gaul lagi, setelah mesra,  masukkan dalam rice cooker, akhir sekali masukkan pula susu cair dan air, tekan ON dan masak seperti biasa.

Nasi Kari...elok je berderainye tu


Untuk Kari Sayur

1/2 batang carrot
1/2 biji cili benggala hijau dan merah
sedikit kobis bunga dan putik jagung
1 biji tomato
2 sudu besar serbuk kari
beberapa biji kacang bendi
2 cawan santan
rempah tumis, 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan 4 biji buah pelaga


1. Tumis rempah tumis hingga naik bau kemudian masukkan pes kari dan biarkan garing, kemudian masukkan santan dan sayuran tadi, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, masak hingga kuah agak pekat, angkat dan ketepikan.

Kari Sayur-Sayuran

Untuk Ikan Bawal Goreng Garing

2 ekor ikan bawal saiz sederhana
3 sudu besar tepung kanji kentang@tepung beras
sedikit kunyit serbuk
sedikit garam
minyak masak untuk menggoreng

1. Siang ikan bawal dan rendamkan dengan air perahan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan, setelah 10 minit baru di bilas dengan air bersih, lumur ikan bawal tadi dengan garam, serbuk kunyit dan tepung kanji kentang, goreng hingga garing. angkat, toskan minyak berlebihan dan ketepikan.


Ikan Bawal Goreng Garing

Untuk Sambal Kicap Limau Kasturi

4 sudu besar kicap manis ( ros guna jenama adabi)
3 biji cili padi
1/4 biji bawang besar
2 biji limau kasturi

1. cili padi dan bawang besar dicincang halus, limau kasturi di ambil jusnya, masukkan semua bahan di dalam bekas kecil dan curahkan kicap manis, kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi bawal.

sambal kicap limau kasturi, masam, pedas dan manis rasanya...

Nasi bawal yang sedia untuk dinikmati...nyum nyum...

Nota: Kalau tak mau buat nasi kari tu pun boleh, makan dengan nasi kosong je, tapi rasa cam menu biasalah, kalau ade masa, cukup bahan jangan lupa resepi nasi bawal ni ye, satu kelainan untuk dihidangkan pada keluarga tersayang.

 

Nasi Ayam Butter

Masakan - Nasi

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, hari ni lambat pula berupdate, sibuk sikit memasak dan melayan tetamu yang berkunjung di rumah, hari jumaat lepas ros cuba masak nasi ayam butter ni, resepi dari Kak Hana Kanazawa yang pandai dan rajen memasak tu, amik gambar makanan lagil ah rajen, sangat cantek hasil tembakan nye, ros suke tengok, berbalik pada cerita nasi ayam butter ni, selalunye ros masak nasi ayam guna minyak masak atau marjerin je, bila tukar butter lagi lah wangi jadinya, nasi pun elok je berderai, terima kasih ya Kak Hana berkongsi resepi yang maveles ni, Halal resepinya ya, izinkan ros copy dan kongsikan dekat JMC ya.

Nasi Ayam Butter
Sumber resepi: Kak Hana Kanazawa

Bahan-bahan
UTK NASI

3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk
2 sudu besar butter
garam

Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

UTK SUP

1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

UTK SOS MERAH

3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula

blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

( yang sos merah ni ros tak buat, ayam tu ros cicah dengan sos cili manis Thai je )

UTK SOS HITAM@KICAP

3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam

Campurkan semua. ketepikan.

( sos kicap ni pun ros tak buat)

UTK AYAM GORENG MADU
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi

Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.

( untuk ayam, ros cuma campurkan dengan sos yang ade kat rumah ni je, sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap manis, kunyit serbuk, madu, gula dan garam, perap dua tiga jam terus goreng.)

wangi je aroma nasi ayam butter ni

Nota: Nasi ayam ni nampak je banyak bahan dan panjang cara penyediaanya, tapi bila dah mula masak kejap je sebenarnya, tak guna byk masa pun, senang pun senang, hasilnya semua suke, tu yang ros selalu buat tu.

 

Nasi Lemak Kukus

Masakan - Nasi

semalam dengan rajin nye ros mengukus nasi lemak, saje nak cuba kukus beras tu, Alhamdulillah menjadi, elok je berderai, ros alas kan loyang dengan daun pisang frozen dan tambah kan sehelai daun pandan yang di simpul, bila dah siap masak, harum semerbak nasi lemak kukus ros, husband dan anak-anak ros pun suke makan, resepi dan bahan biasa je, , cuma kita tukar cara masak dan kukuskan je, ros gandingkan nasi lemak kukus ni dengan sambal ikan makarel, telur rebus dan timun, kacang goreng dan ikan bilis tak letak pun. resepi ade kat bawah ni ye.

Bahan-bahanya

3 cawan beras ( ros guna 2 cawan beras thai, 1 cawan beras jasmine)

2 cawan santan ( ros guna santan dalam tin)

1 sudu kecil  halba

2 inci halia

sedikit hirisan bawang besar

1 helai daun pandan

sedikit garam

Cara-caranya

1. Basuh beras thai dan beras jasmine, tapis dan ketepikan, kemudian panaskan pengukus.

2. Hiris nipis bawang besar dan halia, selepas itu alaskan loyang bulat dengan daun pisang, dan masukkan beras,  secawan santan, bawang besar, daun pandan,  halia dan halba, kacau sebati. Kukus selama 30 minit.

3. Setelah 30 minit di kukus, keluarkan loyang yang berisi nasi tadi, dan masukkan lagi secawan santan, kacau sebati, kukus kembali hingga nasi masak. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

harum dan elok je berderai nasi lemak kukus ni

gandingan mantap dengan sambal ikan makarel

Nota: ros kukus nasi lemak ni dalam acuan loyang bulat je dan kalau dalam nasi ni nak tambah hirisan bawang putih pun boleh, ros tak letak sebab tak suke bau bawang putih tu, hehehehee : )

 

Nasi Dagang Terengganu

Masakan - Nasi

Ni menu berbuka untuk hubby ros semalam, ros buat nasi dagang Terengganu, sepenuhnya guna resepi kak Minami myresipi, dulu ade buat gak, tapi guna resepi nasi dagang kak Yani,  dua-dua ros rasa sedap...cumanya resepi kak Minami ni pure resepi nasi dagang Terengganu, tu yang teruja nak cuba tu..,ros buat awal nasi dagang ni semalam, sebabnya kena kejar masa, kebetulan Wazhif lama tido, tu yang boleh buat macam-macam tu, Bila dah berbuka suruh abang abang komen, Alhamdulillah komen yang positif, hati pun berbunga riang, walaupun masih perlu diperbaiki lagi, al-maklumlah orang Nogori baru nak cuba masak masakan orang Ganu..: )

 

* *NASI** ( resepi asal dari Kak Minami133 Myresipi) terima kasih byk2, halal resepi nye ya : )
* 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut ( ros guna 1 cawan beras pulut+3cwn beras jasmine)
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
* air

* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
* 6 keping asam keping
* garam dan secubit ajinomoto
* gula ( ros guna gula nisang)
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cm belacan

***ACAR**
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

2.Kuah
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

nasi dagangku...tak sia-sia mengukus..elok je berderai...: )

gulai ikan aya, kali ni kuah dia ros buat pekat sikit...

sebagai pelengkap, acar timun

tambah menu semalam, buah melaka...

Nota: Gulai Ikan Tongkol tu ros tumis terus je bahan kisar, santan tak masak asing pun, main lebur je, nak cepat keje...nasib baik jadi jugak, nanti kalau cukup masa boleh cuba balik cara kak minami ni : )

 

Nasi Goreng Kampung

Masakan - Nasi

Dah sarapan belum tu? meh makan nasi goreng kampung, tapi ni menu lama lah, menu masa ade kangkung dulu tu, ros alihkan resepi dari damiacyan.multiply.com, nanti dah ade kangkung jual kat supa tu boleh buat menu ni lagi..: )

Bahan-bahanyea
3 cawan nasi
1 gengam ikan bilis ( separuh bahagian goreng garing dahulu)
5 biji cilipadi
1/2 ikat kangkung
garam
1/4 biji bawang besar saiz kecil
1 biji bawang putih

Caranya.
1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili padi hingga lumat, kalau takde lesung batu macam ros ni, buleh cincang halus je.

2. Tumis bahan tadi sehingga naik bau dan kemudian masukkan nasi dan kangkung tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam, bila semua dah sebati dan kangkung sudah layu baru masukkan ikan bilis goreng, kacau sebentar dan terus angkat, sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.

dah siap dah, jom makan

Nota: Masa buat nasi goreng kampung ni ros gandingkan juga dengan ayam goreng tepung, buat tambah lauk je, baru berselera makan.

 
More Articles...
Search
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini373
mod_vvisit_counterSemalam4769
mod_vvisit_counterMinggu ini5142
mod_vvisit_counterMinggu lepas42732
mod_vvisit_counterBulan ini27694
mod_vvisit_counterBulan lepas161307
mod_vvisit_counterJumlah2652334
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..