Nasi Lemak Halba
| Masakan - Nasi |
| Share |

Bahan-bahanya
2 cawan beras
1 cawan santan+1 cawan air
1 sudu kecil halba
sedikit hirisan halia
1 ikat daun pandan
sedikit garam
* untuk sambal ikan bilis*
1 genggam ikan bilis
sedikit belacan ( kalau tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 sudu besar cili kisar
garam
gula
sedikit air asam jawa
*Pelengkap nasi lemak*
telur rebus, timun dan ikan bilis goreng
Cara-caranya
1. Basuh beras dan masak nasi seperti biasa, masukkan semua bahan-bahan untuk nasi lemak dan sukatan santan untuk masak nasi ni boleh ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya.
2. Masak sambal ikan bilis, goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan, kemudian bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus atau diblender halus, panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar bersama bahan yang diblender tadi, tumis hingga betul garing, baru masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau selalu.
3. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris kasar dan ikan bilis goreng tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, jika terlalu kering masukkan sedikit air, masak hingga sambal agak pekat dan naik minyak, tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi lemak, Selamat Mencuba.

-set nasi lemak siap, air kopi susu pun ade sekali tu, jom sarapan-

- sambal ikan bilisku, nasib baik tak pedas sangat-
Nota: kalau nak tambah pedas boleh gandakan sukatan cili kisar tu ye, ni lah menu breakfast, dan lunch serta menu bekal untuk abang hari ni, hari sabtu ahad, abang kena keja, tinggallah ros dan anak-anak je kat rumah ni.
| Share |


















Comments
buleh je nak guna serbuk cili, sukatan nye dlm 1 sudu besar lah, ikut tahap kepedasan ili ya...
samelah kita baru je masuk 2nd trimester gak, pening n mual ros dah hilang dah ni, makan selera je hehehee
Alhamdulillah, baru nak masuk 2nd trimester, cuma pening2 tak hilang lagini..sabar jelah :)
kak ton, ros mmg tak letak bawang dlm nasi lemak ni, suke yang ringkas je..hihi...bau halba tu pun dah cukup bagi ros heheeh, bawang leh dpt dlm sambal hihi, kakton sihat?
aah bau cam nasi dagang kak, tp rasa nasi lemak heehehehe, saje je ros masukkan halba tu, makin tambah aromanyeee
wah berpantun bagai kak ita ros ni , hehe pandai akak berpantun...ok ok kak, ros bagi dua pinggan, kongsi ngan anak2 ye
sori love buat love lapar, nnt love buat ye, anak-anak love suke kan...hihi
apa khabar? Baru dengar nasi lemak halba. teringat nasi dagang huhu. bole masuk list ni.
nasi lemak buah bidara
sayang selasih akak lurutkan
sayangkan ros macam saudara
nak sepinggan...boleh kan, kan?
RSS feed for comments to this post.