Masakan - Nasi

Share

Menu dari negara Spain, satu hidangan lengkap yang penuh dengan sayuran dan makanan laut, cara memasak paella ni ros ikut resepi Chicken and Shrimp Paella, tapi tak letak ayam pun, letak seafood sepenuhnya, kat bawah ni ade resepi dan cara-cara macam mane ros buat Paella, senang je guna fry pan, aromanya wangi dan sedap dimakan panas-panas, kombinasi warna pun cantik. : )

Bahan-bahanya - sumber resepi dari website masakan Spain.

2 cawan beras ( ros guna Jasmine Rice Thai) - guna beras basmathi pun boleh
1/4 bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit Oregano
4 sudu besar Olive Oil
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk paprika
1 kiub pati ayam ( dicampur dgn 2 cawan air dan dijadikan air stok ayam)
2 sudu besar sos tomato
1 biji tomato
1/4 batang celery
1/2 cawan kacang peas
1/2 biji lemon
beberapa ekor udang
Kepah
Sotong ( dibuang kulitnye tu, biar nampak putih)

( resepi sebenar kena letak safron, tapi ros tak letak, rasanya kalau letak sure lagi wangi ni)

Caranya.

1. Cincang halus bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan olive oil dan goreng sebentar udang, sotong separuh masak, angkat dan ketepikan.

2. Masukkan 2 sudu besar olive oil lagi dan tumis bawang besar dan bawang putih, setelah naik bau baru masukkan oregano, batang celeri, serbuk paprika serta serbuk kunyit, kacau sebati, kemudian masukkan beras dan kacau rata. Sesuaikan rasa masukkan garam dan lada sulah.

3. Kemudian masukkan pula air stok ayam dan tomato ketchup, biarkan mereneh seketika. Tutup frypan dan biarkan selama 15minit. Setelah itu buka penutup fry pan dan masukkan tomato dan kacang peas, atur udang, kepah, dan sotong, tutup kembali fry pan dan biarkan masak sepenuhnye.  masa yang diperlukan lebih kurang 20 minit lagi.

4. setelah masak, hiris lemon dan hiaskan paella ikut selera masing-masing. bila nak makan tu perah sedikit lemon bagi menambahkan aroma dan rasa paella ni. Masakan yang ringkas dan lengkap, sesuai untuk seisi keluarga anda.

sedia untuk dihidangkan, perah lemon baru sedap : )

Nota: Bahan topping untuk Paella ni boleh ikut selera masing-masing ya, nak letak ayam sahaja pun boleh, janji jangan dilupa air stok ayam tu memang wajib letak, tak boleh ganti dengan air biasa, nanti kurang sedap pulak Paella ni. : )

Share

 

Comments  

 
0 #8 2010-03-23 16:52
Quoting LinChan:
emmm sedapnye ros.. gambar pon cantek buat org terliur tau . dah pernah buat 2x paella. lagi sedap n wangi kalau kai safron n kite suke kai beras jepon. tp kerang hitam tu cam susah nk jumpa je kat kedai

uwaaa, takde safron, sure sedap kan kak lin bila letak, ok next time ros akan guna beras jepun lak..kaklin masak paella tu pas lah sikit kt ros nak gak raseee heheeee
Quote
 
 
0 #7 2010-03-23 16:51
Quoting JC:
Paella sedap..akak suka...klu yg asli punya pakai beras yg pendek2 tu kan...so dia jadi cam stiky2 sikit..sedap sedap

nak cari beras nye takde kak, tu yang guna beras yang ade je heehehe, yang asli nye tu mesti sedap kan kak...
Quote
 
 
0 #6 2010-03-23 08:26
emmm sedapnye ros.. gambar pon cantek buat org terliur tau . dah pernah buat 2x paella. lagi sedap n wangi kalau kai safron n kite suke kai beras jepon. tp kerang hitam tu cam susah nk jumpa je kat kedai
Quote
 
 
0 #5 2010-03-22 20:52
Paella sedap..akak suka...klu yg asli punya pakai beras yg pendek2 tu kan...so dia jadi cam stiky2 sikit..sedap sedap
Quote
 
 
0 #4 2010-03-22 19:32
Quoting yat maria:
Alah rosssss... sukanya I tengok ni paella..i suka sgt mkn ni tapi malas sekali nak cuba buat...kalau masak2 yg meriah ni nak kena tunggu weekend..abih tu weekend kekadang buzy gilers..tu yg tak sempat nak try apa pun...;)

weekends pun ros kadang tu buzy sgt2 kak, gi jalan, kadang2 tamu ade, buat hari biasa je selalu, takpe kak yatt cuba buat portion kecik, try dulu rasa, nnt klu kena ngan selera leh buat byk2 hihi
Quote
 
 
0 #3 2010-03-22 17:15
Alah rosssss... sukanya I tengok ni paella..i suka sgt mkn ni tapi malas sekali nak cuba buat...kalau masak2 yg meriah ni nak kena tunggu weekend..abih tu weekend kekadang buzy gilers..tu yg tak sempat nak try apa pun...;)
Quote
 
 
0 #2 2010-03-22 13:49
Quoting smile@tonsulaim an:
salam..erm nampak sungguh menyelerakan ros..ros gandingkan dgn apa mkn paella ni, ke tak perlu lauk lain dah?

kak ton ros makan satu lauk ni je, tak yah ganding kan dgn lauk lain pun, sedap je, tp klu kakton nak buat sup ape2 pun sedap gak heheeee
Quote
 
 
0 #1 2010-03-22 13:45
salam..erm nampak sungguh menyelerakan ros..ros gandingkan dgn apa mkn paella ni, ke tak perlu lauk lain dah?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh