Masakan - Nasi

Share

Malam tadi ros cuma dinner bubur nasi sup ayam je, tak leh nak kunyah makanan keras-keras sangat ni, gusi yang hujung belah kanan masih lagi bengkak, makan pun kena yang lembut-lembut je. Tengahari tu ros masak sup ayam dan sayur campur untuk anak-anak dan abang, baki nasi yang telah masak tu ros terus buat bubur, tambah je dengan sup ayam tu. Senang keje, cepat pun cepat. Nasi tu pulak ros blender halus je dengan segala sayur dan isi ayam, dan rosĀ  cuma panaskan sebentar dalam periuk dan biar bubur ni pekat sikit dan ros toppingkan bubur nasi ni dengan katsuo furikake (ala-ala serunding ikan) dan tabur hirisan daun ketumbar je biar wangi baru ade selera nak makan sikit. : ) Pada yang ade masa tu boleh follow resepi bubur nasi berlauk ni, resepi dari suke_masak myresipi. Thankyou ya kongsi resepi bubur nasi ni, lainkali ros boleh cuba.

Bahan-bahanya

1 cawan beras
8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
2 biji kentang (potong kecil2)
1 labu bwg besar ( hiris)
2 ulas bwg putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
4 ketul daging ayam
sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

Bubur nasi ni kalau makan panas-panas memang sedaplah.

Sandwish Bertingkat, menu sarapan ros, tuna flakes pedas + telur rebus mayonis

Nota: Sandwish beritngkat tu, ros guna tuna flakes dalam tin campur hirisan cili padi, bawang besar dan sedikit mayonis, dan satu lagi tingkat ros cuma letak terlur rebus+mayonis dan lada sulah, boleh refer kt SINI ya, sebab dah pernah letak dulu resepi nya. :)

Share

 

Comments  

 
-1 #11 asrul rae 2012-03-25 13:12
macamna cara tanak kasi buih beras tu melimpah keluar dari periuk?
Quote
 
 
0 #10 CAPIKAPIKA 2012-01-08 21:19
:-* :-* mcm mne nk buat cokodok ubi?
Quote
 
 
0 #9 2011-09-11 14:51


salam...minta resepi yer
Quote
 
 
+1 #8 2011-08-06 10:03
salam..mnx izin copy resepi bubur ayam ni yer..
Quote
 
 
+1 #7 2011-06-02 08:07
Quoting jannahkhai:
assalammuaikum saya cari resepi nak buat bubur untuk family esk..tgk resepi ni mcm mudah je..n saya nak tanya kita masukkan ayam dlm masakan ni nak kena carikkan ayam 2 ke x?

kalau nak masukkan ayam tu, bila nak buat sup tak perlu carikkan, bila nak masukkan dalam bubur je kena asing tulang dan isi, supaya mudah nak makan,harap membantu ya
Quote
 
 
0 #6 2011-06-02 00:26
assalammuaikum saya cari resepi nak buat bubur untuk family esk..tgk resepi ni mcm mudah je..n saya nak tanya kita masukkan ayam dlm masakan ni nak kena carikkan ayam 2 ke x?
Quote
 
 
-1 #5 2011-02-11 15:13
tengah try wat bubur nasi tu hari ni coz hubby sakit gigi jugak...ekceli first time masak bubur nasi. ahakss. rasa2 tadi mcm besh jer! thanks kak!!!
Quote
 
 
+1 #4 2011-01-07 13:18
Quoting ema:
bole pinjam pic tak?

salam, nak pinjam pic nak publish kt blog ke? klu nak letak kt blog ngan gambar sekali bgtau dari mana sumber nye ya, dan link kan blog ros sekali ya, lepas letak gambar tu, inform tau, ros nak tengok gak
Quote
 
 
0 #3 2011-01-05 13:06
bole pinjam pic tak?
Quote
 
 
0 #2 2010-03-30 17:25
Quoting nurindah:
salam ros,
terasa gigi kak pulak yg berdenyut2. huhu, akak jarang sakit gigi. ms Hubby kak sakit gigi bongsu dlu, tak sampai ati tgok..sempat lagi tu buat bubur ayam sedap2... rajin ros ni.. :lol:

rajin sbb klu tak buat nnt laporr kak hahaha, simple je tu, main blender je, senang keje...klu sakit ni, semua tak selerakan kak
Quote
 
 
0 #1 2010-03-30 09:11
salam ros,
terasa gigi kak pulak yg berdenyut2. huhu, akak jarang sakit gigi. ms Hubby kak sakit gigi bongsu dlu, tak sampai ati tgok..sempat lagi tu buat bubur ayam sedap2... rajin ros ni..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh