Masakan - Nasi

Share

Bahan-bahanya

sedikit kobis- dihiris halus
1/2 cawan mix vegetable
sedikit dada ayam - dihiris kasar
seulas bawang putih - dihiris
4 batang kacang buncis ( dihiris halus)
1 1/2 cawan nasi
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
2 ulas bawang merah - cincang ( ros guna bawang besar cincang)
3 biji telur (sebiji di masukkan dalam nasi dan  2biji  lagi untuk disalut pada nasi goreng nanti)
garam
sedikit lada sulah
minyak masak

( 2 biji telur yang akan di salut pada nasi goreng tu ros campurkan dengan 1 sudu besar susu bagi menambahkan lagi rasa pada telur dadar tu nanti)

Cara-cara

1. Mula-mula panaskan minyak, dan tumis cili kisar bersama bawang merah dan bawang putih, bila naik bau dan agak garing masukkan isi ayam.

2. Kemudian masukkan mix vegetable, kobis dan sos cili, kacau sebati, ketepikan sedikit semua bahan tumis, dan pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan nasi, lada sulah dan garam. gaul rata.

4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang buncis dan biarkan seketika, angkat dan ketepikan.

5. Pukul telur dengan 1 sudu besar susu dan garam. kemudian, masakkan seperti telur dadar guna api kecil.

6. Layangkan fry pan supaya telur masak sekata dan bagi mendapatkan permukaan telur dadar yang lebar..

7. Masukkan 1 setengah senduk nasi gorent tadi,  di tengah-tengah telur dan lipat kemas.  tutup api.

8. Terbalikkan nasi goreng yang siap dibalut tadi di atas  pinggan dan letak sos cili atasnya. Paipkan sos cili mengikut kreativiti masing-masing, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ros gandingkan nasi goreng pattaya ni  dengan ayam goreng kunyit dan timun, Inilah menu dinner kami malam tadi, sesekali makan nasi goreng sebagai dinner apa salahnye kak, pastu saje je nak buat ala-ala nasi goreng pattaya macam kat restoren tu, nasib baik jadi, kalau tak tu terburai je ros buat hihihi : )

Share

 

Comments  

 
0 #16 ecah 2013-10-22 22:26
time kaseh yer
banyak resipi yang diambil..nanti nak cube buat untuk hubby
Quote
 
 
0 #15 is 2013-02-06 14:38
nak nasi gorenggggg...nak nakk....
Quote
 
 
+1 #14 dara zuwita 2012-12-28 21:09
ap yg nk trmuntah.. sedap perh..
Quote
 
 
-1 #13 Ibnu Khalif 2012-11-01 14:52
Quoting aisha:
:-x nak termuntah aq tengok :-x

Apa la masalah kau ni.... Kesian..
Quote
 
 
-1 #12 Honey 2012-11-01 10:24
Quoting aisha:
:-x nak termuntah aq tengok :-x


Don't say anything if you don't like it. Did you know that you will offended other person?

"Amalkan nilai-nilai murni"
Quote
 
 
+1 #11 Kak Ina 2012-11-01 08:48
Quoting aisha:
:-x nak termuntah aq tengok :-x


Kat sini yg sedap2 saja. Kalau nak termuntah p main jauh2.

Masalah mental kot org ni.
Quote
 
 
+2 #10 ina 2012-10-31 20:48
jeleslah tu
Quote
 
 
-48 #9 aisha 2012-10-25 16:19
nak termuntah aq tengok
Quote
 
 
+2 #8 naufal 2012-10-25 16:17
fuhh!!! meleleh air liur tengok nasi goreng pataya tuh....
Quote
 
 
0 #7 eyka 2012-09-18 17:51
hmmmmmmm........... x sp bty la nasi ny............
Quote
 
 
0 #6 eyka 2012-09-18 17:51
ehhehhh nsi goreng pataya 2 cm sdp jew nk tru la hehehhehhe
Quote
 
 
+2 #5 eisya 2012-09-12 20:52
meleleh air liur melihat nasi goreng pattaya.boleh buat ni.yyyyuuuuummmmyy yy....
Quote
 
 
+2 #4 syahindah 2012-04-13 19:57
kalau x buat memang rasa teraliur tapi bila buat maai lagi teraliur
Quote
 
 
+1 #3 azrie 2012-02-04 14:25
best nye
Quote
 
 
+1 #2 2010-04-14 13:02
Quoting nurindah:
salam ros,
Bestya nampak nasi goreng pattaya tu. dah nampak cam restoran dah.. :lol:

hheheehe, tiru kt restoren lah ni kak, sib baik jadi, tp susah gak nak melipat nasi tu ...terabur gak mula2 heheeeee
Quote
 
 
+2 #1 2010-04-13 08:58
salam ros,
Bestya nampak nasi goreng pattaya tu. dah nampak cam restoran dah..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh