Masakan - Nasi

Share

Bahan-bahan ( untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin

Bahan A

1/4 biji bawang besar

2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga


2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.

2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.

3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

Nota: Kuantiti air sila ikut sukatan beras masing-masing ye, kalau nak tambah perisa pada nasi minyak ni boleh tambah 1 kiub pati ayam.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-01-19 21:19
Quoting sakura.emi:
slm..emi da try resepi nsi minyk ni..best!:)suke2x..thnks share resepi

sankyu emi, kerana mencuba, siap promote lagi dlm blog ya..suke suke, slmt menjamu selera ya
Quote
 
 
0 #5 2010-01-19 18:27
slm..emi da try resepi nsi minyk ni..best!:)suke2x..thnks share resepi
Quote
 
 
0 #4 2010-01-11 16:47
Quoting Kak Watie:
Memang rajin betoi la Ros ni....!!

rajin cuba je kot kak..hihi..kak watie sihat ke tu?
Quote
 
 
0 #3 2010-01-11 16:46
Quoting love2cook:
Wow, tak pernah Love letak jus oren dlm nasi minyak! This is something different! Nak try, pls gimme some..Ros where r U??? :lol:

nnt love boleh cuba ye, nak rasa leh ambil sesudu dua, rasa dulu ok, hihi...ros ade je kt sini tak kemana-mana pun..hihi
Quote
 
 
0 #2 2010-01-08 19:25
Memang rajin betoi la Ros ni....!!
Quote
 
 
0 #1 2010-01-08 19:15
Wow, tak pernah Love letak jus oren dlm nasi minyak! This is something different! Nak try, pls gimme some..Ros where r U???
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh