Masakan - Nasi

Share

Ni menu berbuka untuk hubby ros semalam, ros buat nasi dagang Terengganu, sepenuhnya guna resepi kak Minami myresipi, dulu ade buat gak, tapi guna resepi nasi dagang kak Yani,  dua-dua ros rasa sedap...cumanya resepi kak Minami ni pure resepi nasi dagang Terengganu, tu yang teruja nak cuba tu..,ros buat awal nasi dagang ni semalam, sebabnya kena kejar masa, kebetulan Wazhif lama tido, tu yang boleh buat macam-macam tu, Bila dah berbuka suruh abang abang komen, Alhamdulillah komen yang positif, hati pun berbunga riang, walaupun masih perlu diperbaiki lagi, al-maklumlah orang Nogori baru nak cuba masak masakan orang Ganu..: )

 

* *NASI** ( resepi asal dari Kak Minami133 Myresipi) terima kasih byk2, halal resepi nye ya : )
* 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut ( ros guna 1 cawan beras pulut+3cwn beras jasmine)
* 1/2 tin santan
* garam dan gula
* 1 sudu besar halba
* bawang dan halia (hiris halus2)
* air

* **GULAI IKAN TONGKOL**
* 1 tin santan
* 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
* 15-20 tangkai cili kering
* 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
* 6 keping asam keping
* garam dan secubit ajinomoto
* gula ( ros guna gula nisang)
* 5-6 biji cili padi
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cm belacan

***ACAR**
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Cara-cara
1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

2.Kuah
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

nasi dagangku...tak sia-sia mengukus..elok je berderai...: )

gulai ikan aya, kali ni kuah dia ros buat pekat sikit...

sebagai pelengkap, acar timun

tambah menu semalam, buah melaka...

Nota: Gulai Ikan Tongkol tu ros tumis terus je bahan kisar, santan tak masak asing pun, main lebur je, nak cepat keje...nasib baik jadi jugak, nanti kalau cukup masa boleh cuba balik cara kak minami ni : )

Share

 

Comments  

 
+1 #12 Wan 2014-03-31 11:44
Selalu beli je.. ni dah ada resepi boleh la cuba..
Quote
 
 
-2 #11 milah 2013-09-30 18:55
beras tu yg rendam tu... beras pulut je kew......or kedua dua beras sekali....
Quote
 
 
-1 #10 ismiqbal 2013-06-17 19:51
AHHHH.....sedapnyer nasi dagang.... sy yang merantau ni rindu lak nak makan nasi dagang ni.....colek resipi la nak try masak kot2 jadi...tenkiu....!!

salam singgah anak terengganu di perantauan :)
Quote
 
 
0 #9 salmiyah 2012-07-26 15:43
salam...
selain rempah cap bunga rose tu empah apa lagi bole digunakan?...
mcm tak ader la kat kedah rempah tu..:)
Quote
 
 
-3 #8 2010-09-29 07:09
Salam Ros, ikan tongkol ni kat japan ikan apa ek? maguro kana? Nk cuba gak lah iA..thanks for sharing=)
Quote
 
 
+1 #7 2010-09-03 07:20
Missed U Ros...Missed all ur food! Ur photographs too! Adeyyyyyy!

Selamat Hari Raya ya!
Quote
 
 
+2 #6 2010-09-02 12:39
aduhai alang..
nampak menyelerakan...
Quote
 
 
-2 #5 2010-09-02 12:21
sedapnya nasi dagang dia... mesti rasanya sedap
Quote
 
 
0 #4 2010-09-02 11:30
wahh ros..sedapnyer nmpk..lme gak xmkn nsi dgg ni last mse zaman belajar dulu..fuh tergoda
Quote
 
 
0 #3 2010-09-02 11:04
Salam Ros..

Menu yg menyelerakan..macam mana persiapan Raya, dear? harap Ros sihat2 & juga baby ya ..
Quote
 
 
0 #2 2010-09-02 10:34
salam ros, dah makin sihat, baby macam mana,rajinnya ros buat nasi dagang...nampak sedap la....
Quote
 
 
-2 #1 2010-09-02 10:32
Salam ros, wah mmg sedaplah nasini.stakat akak x penah buat,,hehe betol ckp kalau ada masa n ckup bahan bolehlah try bile2..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh