Masakan - Nasi

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, semalam lunch ros masak nasi goreng je, kebetulan ade daging masak merah baki lauk malam tadi,tu yang jadi nasi goreng USA tu, dulu masa kt Mesia, selalu order menu ni kalau makan kt gerai, teringat pulak kenangan zaman student dulu.....ape pun nasi goreng tu ros ros hanya letak telur sahaja, sebab kita nak makan ngan daging kan, so rasanya agak light, kalau ade masa nanti boleh buat menu ni ye, resepi boleh rujuk di bawah, Selamat Mencuba.

Nasi Goreng USA
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
3 cawan nasi
1 biji telur
3 sudu besar cili kisar
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan mix vegetable
2 sudu besar sos chili
1 sudu besar tomato ketchup@sos tomato
sedikit hirisan kobis
sedikit fish cake@fish ball
sedikit lada sulah
garam dan sedikit minyak untuk menumsi

Caranya.
1. Cincang bawang besar dan bawang putih, ketepikan, hiris kecil fish cake.


2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dicincang bersama cili kisar  sehingga naik bau,  kemudian masukkan fish cake, telur, hirisan kobis dan mix vegetable, kacau sebati, setelah sayur agak layu, baru masukkan sos cili dan sos tomato, kacau lagi.

3. Akhir sekali masukka nasi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit lada sulah, kacau sebati dan pastikan semua bahan-bahan mesra bersama nasi, setelah masak, angkat dan ketepikan, buat pula daging masak merah seperti resepi di bawah.

Daging Masak Merah : rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400 gram daging boneless
8-10 tangkai lada kering
1 batang kulit kayu manis
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian di kisar , baki dihiris kasar.
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos cili
2 inci  halia
1 2 sudu besar sos cili
2 inci  halia
1 sudu kecil gulasudu kecil gula

( beberapa titik pewarna merah)- guna sirap ros je., tak nak letak pun takpe.

- Nak tambah wangi lagi, boleh masukkan sebatang serai yang dibelah dua.

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.kemudian rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak  nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.


3. Kisar cili kering bersama bawang putih dan 1/4 biji bawang besar saiz sederhana, kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis kulit kayu manis serta bahan kisar tadi hingga garing,  masukkan sos cili, garam dan gula, masukkan sedikit air jika ingin berkuah, Selepas itu masukkan daging yang siap direbus tadi, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan apabila bawang agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Cara Penyediaan Nasi Goreng USA: masukkan nasi goreng dalam mangkuk kecil dan padatkan, kemudian telangkupkan nasi tadi di atas pinggan, dan letakkan sebiji telur goreng separuh masak di atasnya, susun hirisan timun dan letakkan satu senduk daging masak merah ditepinya, Siap Untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.

nasi goreng USA siap untuk dihidangkan

Jemput Makan ya..: )

Nota: Jika mahu pedas boleh juga masukkan beberapa biji cili padi dalam nasi goreng itu.

Share

 

Comments  

 
+1 #2 abbot 2012-12-20 14:53
Jauh bebeno ko Ros, doknya kat Jepun, masak nasi goreng kat USA.
(jgn marah eh, gurau2..)
Quote
 
 
+1 #1 Areleez 2012-12-20 12:32
marvellous! xpayah p usa dh. he3..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh