Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Pasta

Makaroni Sarada

Masakan - Pasta

Menu lengkap, ade pasta dan sayur-sayuran, makan ni saje pun dah kenyang, ros tiru menu dekat hospital ni, cuma sayuran tu ros guna bahan yang ade kat rumah je, suke rasa creamy makaroni sarada ni nak buat pun senang, resepi ade kat bawah ni ya. : )

Bahan-bahanya

50gram makaroni ( ros guna yang bentuk silinder panjang tu)

1 biji kentang saiz kecil

1/2 cawan mix vegetable

beberapa helai daun salad

1/2 biji tomato

3 sudu besar mayonis

1/2 sudu kecil gula

sedikit lada sulah

secubit garam

Cara-caranya

1. Rebus makaroni mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan, kemudian rebus pula kentang hinggga empuk, lecek kentang dan satukan dengan makaroni.

2. Rendam sebentar frozen mix vegetable dengan air panas dan tapiskan bagi mengeluarkan air yang berlebihan, kemudian satukan dengan kentang dan makaroni tadi, campurkan mayonis, lada sulah, gula dan garam.

3. Alas piring dengan daun salad dan letakkan makaroni sarada di atas daun salad, hiaskan dengan hirisan tomato, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

nak tambah dengan hirisan telur rebus pun boleh

Nota: Nak lagi sedap boleh campurkan juga dengan hirisan timun dan bawang besar, lagi tambah seri dan zat sayuran pada makaroni sarada ni nanti.

 

Spaghetti Seafood Sos Segera

Masakan - Pasta

Menu ni pun menu tertunggak, baru hari ni nak dipublish, ros guna sos pasta segera je, sedap jugak, takyah nak tumis-tumis, main lebur je sos tu, dan tambah udang, asari dan sotong, biar lagi rich rasanya, ros topppingkan pula dengan aujiso ( daun oba) dan daun pasley yang segar dari kebun kecil ku di balkoni tu..: ) bahan yang ros gunakan adalah seperti di bawah

Bahan-bahanya

2 ikat spaghetti

1 kotak sos pasta tomato segera Italy ( boleh ganti dengan sos prego)

sedikit hirisan sotong

sedikit asari ( macam lala)

beberapa ekor udang yang dibuang kulit

hirisan daun pasley

hirisan daun aujiso ( takde pun takpe)

sedikit serbuk parmesan cheese

sedikit olive oil

caranya

1. Rebus spaghetti di dalam air rebusan yang mendidih, masukkan juga 2 sudu besar garam dalam air rebusan tadi, rebus mengikut masa dan arahan pada paket spaghetti, angkat dan toskan,  gaul spaghetti tadi dengan sedikit olive oil supaya tidak melekat.

2. Didalam fry pan, panaskan 2 sudu olive oil dan tuangkan sos pasta segera, setelah agak mendidih masukkan hirisan daun pasley, udang, asari dan sotong, biarkan kuah agak pekat dan asari terbuka kulitnya, sesuaikan rasa, jika tawar masukkan sedikit garam,  dan tutup api.

3. Ambil spaghetti yang telah direbus tadi dan letakkan di atas pinggan, curah kuah pasta seafood dan toppingkan dengan aujiso dan serbuk parmesan cheese, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

harum semerbakje kuah pasta seafood ni

Nota: Ros suke aroma daun aujiso ni, wangi je, bila kunyah tu membangkit kan selera, kalau nak ganti daun aujiso tu dengan italian pasley pun boleh, ataupun hirisan daun pasley, ikutlah citarasa masing-masing ya.

 

Spaghetti with Basil Olive Oil and Water Spinash

Masakan - Pasta

Berapa punya panjang lah nama resepi,...kiranya maksud nama masakan kt atas tu lebih kurang macam nilah, spaghetti di masak dengan minyak zaiton basil bersama kangkung, puas cari tadi apelah nama kangkung dalam english, akhirnya wikipedia memberi jawapan, water spinach rupanya. Ros saje je masukkan dalam spaghetti ni, sedap juga, bila dicampur pula dengan minyak zaiton basil pemberian Kak Hani tempoh hari,  lagi lah tambah aromanya, tidak lupa juga sedikit asari,oregano dan thyme. Ala-ala paperocino sikit rasanya cuma kaya dengan aroma herba omputih dan khasiat dari sayur kangkung, lain kali boleh buat lagi ni, sedap pun sedap. Resepi campak-campak ni ade kat bawah tu ye. : )

Bahan-bahanya
2 ikat spaghetti
100gram asari ( macam lala ) - x letak pun takpe
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili kering
1/2 ikat kangkung
beberapa titik minyak zaiton basil
sedikit oregano
sedikit thyme
garam
2 sudu besar minyak zaiton

Cara-caranya

1. Rebus spaghetti mengikut arahan pada paket, dan jangan lupa masukkan 2 sudu makan garam dan sedikit minyak dalam air rebusan spaghetti tadi dan rebus seperti biasa. Selepas itu celur kangkung dan ketepikan.

2. Kemudian, panaskan olive oil, dan tumis bawang putih bersama lada kering yang dihiris halus, setelah naik bau dan bawang putih agak garing, masukkan asari, gaul sebati dan tutup fry pan, biarkan selama 5-7 minit ataupun sehingga asari terbuka kulitnya.

3. Akhir sekali, masukkan pula kangkung yang telah dicelur dan spaghetti , gaul sebati, masukkan juga beberapa titik minyak zation basil, oregano, dan thyme serta sedikit garam, kacau lagi, setelah semua nya mesra, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Inilah minyak zaiton basil dan herba-herba kering yang ros gunakan.

petik kangkung dari balkoni rumah je : )

sedia untuk dihidangkan, wangi dan  sedap je bau spaghetti ni

Nota: Penambahan herba dan minyak zation basil serta asari tu ikutlah selera masing-masing ya, tak letak pun takpe, dan sayur kangkung tu juga boleh ditukar dengan ape jua sayur kegemaran anda.

Last Updated (Tuesday, 22 June 2010 16:51)

 

Creamy Beef Lasagna

Masakan - Pasta

Bahan-bahanya ( resepi dan cara di bawah ni lah yang selalu ros gunakan bila buat lasagna)

6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.

-bahagian inti daging-
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup
2 sudu besar olive oil

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

( semalam ros tambah juga 50ml nama cream ( whipping cream) lagi creamy white souce ni)

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna

untuk topping
sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

yang ni untuk ummi dan abah

yang ni pulak untuk Kakak Damia dan Anas

Nota: Semalam ros buat dalam dua acuan petak panjang yang sederhana, satu tu ros kurangkan letak inti daging tu, letak sikit-sikit je, yang satu petak ni khas buat anak-anak, sebab diaorng ni tak suke sgt rasa tomato tu, jadinya nampak creamy je lasagna tu, ros lebihkan white sos dan taburan keju mozarela. : )

 

Spaghetti Asari

Masakan - Pasta

Ni menu dinner kami dua hari lepas, ros masak spaghetti asari, asari ni lebih kurang kalau kat Malaysia macam lala atau siput retak seribu tu, isi dalamnya pun same je, selain sedap masukkan dalam spaghetti, sedap juga dimasukkan dalam miso shiru, ros gandingkan menu spaghetti ni dengan crispy potato wedges : ) laju je anak-anak makan.

Bahan-bahanya

2 ikat spaghetti ( rebus ikut arahan pada paket)
1 paket kecil asari ( asari ni klu kt mesia macam lala )
1 tangkai lada kering, di gunting halus
2 ulas bawang putih ( dicincang kasar)
2 sudu besar olive oil
sedikit hirisan daun pasley

( jika tiada asari di rumah, boleh juga gantikan dengan 2 sudu besar tuna flakes yang dalam tin tu, ros pernah buat, sedap juga)

Caranya

1. Rebus spaghetti dan ketepikan ( air rebusan spaghetti ni masukkan 1 sudu besar garam) , dalam fry pan masukkan olive oil dan tumis bawang putih dan hirisan lada kering  hingga layu, kemudian masukkan asari dan tutup fry pan dengan penutup dan biarkan asari betul-betul masak, kulit asari akan terbuka.

2. Selepas itu masukkan spaghetti dan hirisan daun pasley, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, kacau sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Apabila hendak di makan, tabur sedikit dengan parmesan cheese dan sos tabasco, baru sedap. Selamat Mencuba.

-kalau tak letak asari tu, jadi macam paperocino spaghetti, cara masa same je-

potato wedges ni ros tak rebus pun kentang tu dulu, terus goreng je, dan ros double coating dengan katakuriko( tepung kentang) , kasi lagi rangup bila goreng tu. Resepi boleh rujuk di SINI.

Nota:  Kalau nak tambah dengan kanikama ( kanistick) pun boleh juga, menambahkan lagi rasa dan warna pada spaghetti ni, menu spaghetti ni memang senang nak masak, rasa pun sedap, amat seseuai pada suri rumah yang sentiasa sibuk dan mengejar masa.

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini211
mod_vvisit_counterSemalam2599
mod_vvisit_counterMinggu ini11241
mod_vvisit_counterMinggu lepas14280
mod_vvisit_counterBulan ini56418
mod_vvisit_counterBulan lepas51118
mod_vvisit_counterJumlah255725
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 39 minutes ago
  • fmina08 : ros..nk semangkuk sekrem tmbikai tu...kemecer...ha'ah..agak bz sket lately..tah pape je lah..huhuhu
  • ros-K.Nani : salam kaknani, nak satu bowl buleh2, nnt buat menu berbuka ya :)
  • ros-Deetha : menu ringkas aja tu deetha, nnt sudah dicoba, bagi aku rasa ya :)
  • ros-14sept : salamjiya, naktukar aiskrim buleh2...pink tukar ngan yellow ya...sedap nampak nenas serbat tu...sejukk je masuk mulut nnt ni
  • ros-YatiAli : try kak jgn tak try, bahan senang, nak masak pun tak guna masa byk..slmt mencuba :)
  • ros-fiza : salam fiza,ros sihat je ni, simple je menu makaroni tu, nnt fiza try ya :)
  • nani : salam ros... :D sedapnye.. cedok kan akak semangkok.. tuk berbuka nanti.. boleh ye.. *sambil hulur mangkok kat tangan ros.. :D :D
  • deetha : Aduh Ros, lezat sangat tuh menumu hari ini.. aku esok mau coba makaroni salad tu... tunggu ye.. hehehe
  • 14sept : kak rosss.. kita pon tayang eskrim. tukar jom. ahehehe
  • yatiali : salam ros, akak suka kalau resepi simple mimple ni...harus di cuba...
  • fiza : salam.. apa kahabr dah sihat?? sedap macaroni tue.. take care ok
  • ros-mimiey : salam mimiey, nak resepi yang mane satu tu? copy aja, kakros tak kisah, nnt link kan sekali ok..:)
  • ros-sweetsal : salam kak sal, nak makaroni buleh2, jemput lah amik ya, rasa dulu, nnt klu sedap akak try buat ya
  • ros-K.Hana : aduhh nasi goreng blacan, lama tak buat ni kak, cam tau2 je blacan sabahan dah habis...jiya oh jiya..kena order ngan tauke dia ni heheee
  • ros-K.Mas : nak rasa sikit makaroni tu kak,buleh2 ni ros cedokkan, sedap kan, tak cukup buat sendiri nnt ya heheeee
  • mimiey : slm kak ros..nk mintak ijin ye nk cnp resepi ke blog sy,«link»
  • sweetsal : nk mintak sikit makaroni tu, blm bfast lg ni..hehe
  • hana : salam ros.. nak makaroni ckettt! nih klu perah lemon pong sedap kan! hambik nih nasik goreng belacan.. belacan sabah bahhh... eh konyer dh abes er?? hihihi
  • mas : ros...sedapnya makaroni...nak rasa sikit...
  • lynn hamzah : memang nak try tapi kena tunggu weekend la...sebab hari biasa memang arr x sempat...
  • ros-Deetha : salam deetha, aku sihat aja ni, oo sibuk di kantor ya, mahu aiskrim, ni aku bungkuskan.nnt makan ya :)
  • ros-K.Ummi : salam kak ummi, rajin sebb bahan senang tu kak, tu yang laju je tu, heheeheh nak satu bowl buleh2, jom mkn same2
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku bar sempat kunjung malam2 ni, kemarin2 sibuk sangat :( haduuuuhhh... lirik mata ke kiri ada eskrim :(( aku suka sangat dg eskrim...
  • ummi : Salam Ros..waaah rajin lg tuu..siap wat eskrem..bole la akak tumpang semangkuk..Ros sihat lg ke tu? Take care eh..muaaahhh!
  • ros-K.Hamsin : salam kak hamsini, oo akak pun kena pantau juga ya masak pregnant dulu,dok spital lama2 boringkan kak, tpnakbuat camne kan demi anak dlm tummy tu, ku lakukan ape sahaja
  • ros-K.Izah : ros mmg suke aiskrim kak, mcm2 dah try,hehee, akak bila nak sampai seru buat aiskrim sendiri, tu kak, bahan pun mudah tu, nnt try ya heheehehe
  • HAMSINI : Salam Ros, akak pun pernah alami masalah yg sama cuma takle sampai bleeding. tapi kena dok hospital hampir sebulan.Nasib baik cuti sekolah so takle susah sangat. Cuma kita ni tak boleh aktif sangat....semogasihat sampai sampai masa bersalin...
  • izah : sihat ke ros? huii eskrim..sodapnyee..dah lama teringin nak buat eskrim..tak terbuat jugak lagik..ros dah mcm2 eskrim dah try ek..
  • ros-K.Asma : mengandung ni mmg byk dugaan kak kak, lain anak lain ragamnye, coretan tu utk dikongsi bersama, eskrim ade lagi ni kak,jom makan jom ;)
  • ros-Zanarose : salam ziarah juga, insyaAllah saya akan kunjung balas ya, tunggu
  • ros-K.Nani : slmt berpuasa ya kak, ni ros bawakkan setengah tuppaware, akak simpan dlm freezer ye, nnt nak berbuka akak makan tau
  • ros-lynn ham : kak lynn, nnt try ya, senang sgt2, budak2 mesti suke punye ;)
  • ros-Kamalia : salam kak, hoken tu mmg pentinglah,klu tak, sakit gak tu nak bayar bil spital, akak try lah kak,buat aiskrim suika tu kak, senang je tu
  • ros-K.Yatial : slmt pagi kak yati, aah senang je kak, semudah 1,2,3 nnt akak try ya, sedap pun sedap tau
  • ros-K.Hana : kak, sakit tekak lagi ke,uishh sampai tak sihat, sure pulun byk sgt air batu ni, takpe nnt dah sihat tekak tu leh pulun balik air batu ye, blog dah 2 tahun...masih menten best,cayalah kak
  • ros-aisha : meh la aisha, aiskrim ade sikit lagi ni,meh kita makan same2, tulah aisha part 2 tu rasa lagi hiba nak cerita, sokongan kwn2lah jadi penguat semangat, klu tak mmg nangis je nnt tu
  • kakasma : ros,sebak baca kisah ros nie,tu sbb kita nie bnyk pahalakan..masa mengandung nie mmg bnyk kenangan..tapi sakit tulah penguat semangat kitakan.semoga ros akan lebih tabah dan kuat lepas nie..syukurkan.pengalaman yg mahal nie ros..tapi tengok eskrim tu buat akak tergoda lak..hihihi jaga diri yer
  • zana rose : salam ziarah n kenal..sudi2lah keblog akak ya.
  • Nani : salam ros... wahhh dah buat eskrem tembikai lak dia.. nyumm nyummm... akak posa ni.. last day.. ros simpan kat akak semangkok.. buat desert berbuka nanti ye.. :P :P
  • lynn hamzah : mcm best jer aiskrim tembikai tu alang...nanti nak try la...
  • kamalia : hehehe..lupe plak..sib baik kat sini kena amik insurance kan..sekurang2nye xdela nak kn byr sume tu..bnyak nak kn bayar tu..bestnye ade aiskrim..akak xpenah cube lg buat aiskrim ni..blom rajin la..:D
  • yatiali : salam pagi ros...cam senang jer nak buat ais krim ni.nak cuba gak lah nanti...
  • hana : hah! hambik siap kuor bil lagik! hihihi... yg penting skrg dh sihat alhamdulillah... ross.. akak takleh mkn aiskerim! sakit tekakkk! huwaaaaa... mana taknyer bantai air batu ari2! huh! mencik ar.... thanx yer wish my blog!
  • aisha : salam ros..alahaii sedapp ye aiskrim tu ros..terliur dibuat ye..skrg mmg musim buah kat msia kan.ni duk cr durian kt kedai thai, tkde pulak..hhuhu..sebak je bace coretan part2. masa ros call mlm dlu tu lg saya sebak..alhamdulilla syukur sgt ros dan bb dah stabil..doa moga semua dipermudahkan nanti..insyaALLAh amin..take care ye ros,bykkan rehat tau...muahh
  • ros-Chikmimi : pengalaman yang takd dpt ros lupakan kak, tu yang nak kongsi dgn kwn2 yang lain tu...
  • ros-K.Fmina0 : salam kak, bersyukur sangat2 ni, sebab dah balik rumah, dan plasenta dah naik atas..; )
  • Chik mimi : salam ros alhamdulillah semuanya dah selamat ye ros,ngeri jugak baca citer tu apa-apa pun take care ye ros
  • fmina08 : salam ros...alhmdllh..moga sumanya selamat...
  • ros-K.Zana : salam kak, ros sihat je ni kak, cuma taklarat sangat ni dah sarat..terima kasih ya kak atas doa tu...ros aminkan ya..: )
  • zana : slm ros .. apa kbr.. smga ros sihat n dipermudahkan bersalin nnti..
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..