Masakan - Pasta

Share

Assalammualikum WBT dan selamat pagi semua, pagi ni ros nak kongsi resepi creamy pasta yang selalu ros buat untuk anak-anak ros , diaorang ni memang suke makan pasta, dalam seminggu tu mesti dua tiga kali, ros selang selikan dengan nasi, kalau takde penne pasta kat rumah boleh juga guna spaghetti, masak pasta ni senang, dan tak guna banyak bahan, sumber kalsium pun banyak, resepi ade kat bawah ni ya : )

Creamy Shrimp Penne Pasta
sumber resepi- rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

150gram Penne Pasta ( rebus ikut arahan pada paket)
6 ekor udang harimau- dicincang halus
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
1 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
2 sudu besar olive oil
sedikit hirisan daun pasley+2 sudu kecil dry oregano
1/2 cawan susu segar

( kalau nak lagi creamy boleh tukarkan susu segar pada nama cream ( whipping cream) dan gantikan serbuk parmesan cheese pada cream cheese)


Caranya

1. Rebus Penne pasta dan ketepikan, dalam fry pan panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan udang yang dicincang, kacau sebati.

2. Selepas itu, masukkan susu, serbuk parmesan cheese dan hirisan daun pasli serta oregano, biarkan mendidih baru masukkan pasta penne, kacau sebati, sesuaikan rasa, masukkan sedikit lada sulah dan garam, sedia untuk dihidangkan, makan panas-panas dan taburkan sedikt dry pasley. Selamat Mencuba.

set lunch untuk kakak damia dan Anas

creamy sangat penne pasta ni, nak pedas boleh makan dengan sos tabasco

lengkap dengan mini muffin vanila

crab cream croquette pun ade...

Nota: Kalau shrimp tu nak tukar dengan tuna flakes, isi salmon atau crabstick pun boleh, dan jika mahu berkuah, tambah kuantiti susu segar.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-12-21 21:54
Quoting Ijip:
Salam Ros. Dah lama jadik silent reader baru ni nak muncul

Nak tanya, susu segar tu 1/2 apa? 1/2 liter ke, cawan ke? TQ.

sori ya , ros dah edit dah resepi tu, setengah cawan..hehe thanks ya tegur heheee
Quote
 
 
0 #5 2010-12-16 17:07
Salam Ros. Dah lama jadik silent reader baru ni nak muncul

Nak tanya, susu segar tu 1/2 apa? 1/2 liter ke, cawan ke? TQ.
Quote
 
 
0 #4 2010-12-16 15:42
Quoting sue:
Kalau buat ni..kompem akak sorang ja yg hadap..Org2 kat rumah ni mana minat mkn mcm ni... ;-)

salam kak sue, oo x dpt sambutan sgt ya, akak buat sikit je, utk akak sorang, sedap tau ni heheehhee
Quote
 
 
0 #3 2010-12-16 15:41
Quoting K.NaNi:
dappppp nampak... mmmm nak wat gak la... ....

*smlm baru akak terfikir nak wat macaroni bakar sabtu ni.. :) (sbb sambut kedatangan family akak dari kampung sabtu & ahad ni) tapi nak join ngan ape lagi ek? bagi complete and kenyang..

klu buat macaroni bakar kak, leh buat sekali cheese cake ataupun wedges, takpun, ayam goreng tepung ke, kentang goreng biasa tu ke, baru ngam heheheheheheh
Quote
 
 
0 #2 2010-12-15 20:47
Kalau buat ni..kompem akak sorang ja yg hadap..Org2 kat rumah ni mana minat mkn mcm ni...
Quote
 
 
0 #1 2010-12-15 11:42
dappppp nampak... mmmm nak wat gak la... ....

*smlm baru akak terfikir nak wat macaroni bakar sabtu ni.. :) (sbb sambut kedatangan family akak dari kampung sabtu & ahad ni) tapi nak join ngan ape lagi ek? bagi complete and kenyang..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh