Masakan - Pasta

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni ros nak kongsi resepi untuk anak-anak, pasta vermicelli ni memang sesuai lah dijadikan menu untuk anak-anak, disebabkan saiznya yang kecil  dari pasta@spaghetti biasa tu, ia mudah di hadam dan anak-anak pun senang nak makan, ros buatkan meatballs, tumis macam biasa dan campurkan jejari ketam, tidak lupa juga hirisan kentang dan lobak merah sebagai penambah khasiat, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye.

Meatballs Soup With Vermicelli Pasta
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk kuah sup)
1 biji kentang saiz sederhana ( dipotong kecil bentuk kiub)
1 ulas bawang putih
1/4 biji carrot ( dipotong kecil bentuk kiub)
sedikit lada sulah
1 batang kulit kayu manis
sedikit hirisan daun celery@daun sup ( hari tu ros tak letak pun, sbb takde)
beberapa jejari ketam ( dipotong beberapa bahagian)

*untuk bebola daging*
150gram daging yang telah blender
2 sudu kecil tepung kanji kentang
sedikit garam
sedikit lada sulah
1/2 biji telur

Bahan Pelengkap
1/2 bungkus pasta vermicelli yang siap direbus.

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging)  Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih dan tepung kanji kentang, gaul sebati dan bentukkan bebola kecil. ketepikan.

2.  Kemudian sagat halus atau tumbuk lumat bawang putih, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis bersama bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan 3 cawan air.

3. Selepas itu masukkan  kentang, carrot dan jejari ketam, setelah kuah mendidih baru masukkan bebola daging, biarkan sehingga bebola daging timbul, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak sehingga kentang dan carrot empuk.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama pasta vermicelli dan taburkan sup dengan sedikit hirisan daun sup, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

rupa pasta vermicelli tu boleh KLIK SINI...

tepung kanji kentang yang ros gunakan (ala ala katakuriko lah ni)

bebola daging yang tidak membolat dengan jaye...:(

ni lah rupa vermicelli pasta yang siap direbus

Nota: Dalam kuah sup tu, nak tambah hirisan batang celery pun boleh, kalau tak nak buat meatballs sendiri, boleh juga gunakan chicken ball atau fishball yang sedia ade di kedai tu, senang cepat dan sedap juga. : )

Share

 

Comments  

 
0 #4 2011-03-06 16:01
alala..cantiknye magkuk tuh...
Quote
 
 
0 #3 2011-03-04 13:19
okeh dah masuk dlm list ros...hehehe
Quote
 
 
0 #2 2011-03-04 12:24
Asslmkm ros..Ni ros...bukan budak2 ja suka..Hakak pun suka ..hehehhehee...
Quote
 
 
0 #1 2011-03-04 11:04
ros...kak mas nak semangkuk..he..he..
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh