Apam Pisang Coklat Rice
| Masakan - Kuih Muih |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, ros buat apam pisang coklat rice ni 2 hari lepas, banyak sangat pisang ranum kat dapur tu, tak tau dah nak buat ape, letak coklat rice sikit, kasi umpan anak-anak nak makan, lagipun bila ade coklat rice ni rasanya lagi sedap, penampilan pun makin berseri. Resepi ade kat bawah ni ye...Selamat Mencuba.
Apam Pisang Coklat Rice
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama baking powder)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil baking powder
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3/4 cawan pisang yang telah dilenyek
1/2 cawan susu segar@ santan@bancuhan susu pekat manis@bancuhan susu tepung
beberapa titik esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Cara-caranya
1. Lecek pisang yang telah ranum hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati. Akhir sekali baru masukkan coklat rice, kacau rata.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan, dan kukus selama 8 ke 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )
- ros gunakan acuan kuih lompang yang warna merah tu, ros alaskan dengan cawan kertas mini, dan selebihnya ros hanya kukus dalam acuan kuih puteri ayu.

comel-comel je apam pisang coklat rice, senang nak ngap...

yang ni keratan rentas apam pisang coklat rice, ros letak dlm acuan kuih puteri ayu
Nota: Kalau nak letak soda bikarbonat pun boleh, tapi pastikan ayak tepung dua kali, kerana jika soda bikarbonat tak rata atau terlebih letak, apam pisang akan berasa pahit. sebab tulah dalam adunan ni ros hanya letak baking powder dan ovalette sahaja.
| Share |






















Comments
RSS feed for comments to this post.