Masakan - Pencuci Mulut

Share

Dah mula warm ni , rasa nak makan sejuk-sejuk pulak, ape lagi terus buat dadih, ros buat separuh adunan je dari resepi kat bawah tu, lainkali nak buat satu adunan lah, sebab tak cukup, semua suke makan, ros letak perasa koko dan letak pewarna sirap ( merah) hijau, dan biru. Biar colorful sikit, yang koko tu habis dulu, anak-anak makan : )

Resepi asal dari Kak Manami133 myresipi, terima kasih ya kak, kongsikan resepi dadih yang ringkas ni, sumber kalsium yang baik untuk anak-anak : )

Bahan-bahanya

1 liter air
1 liter susu segar
1 cawan gula
11 g serbuk agar2(2 sudu besar)
secubit garam
perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara

1. masak air dgn gula sampai gula hancur.

2. masukkan susu, serbuk agar2 dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih dan kacau hingga sebati.

3. tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa, bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Nota: sejukkan dalam peti ais, baru makan, baru sedap, kalau tak nak guna susu segar tu pun boleh, guna je bancuhan susu tepung. : )

Share

 

Comments  

 
0 #1 2011-05-01 16:27
perisa tu nak masuk banyak mana yer..??? tq!!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh