Masakan - Pencuci Mulut

Share

pilih mane berkenan, macam-macam bentuk ade : )

Cuaca pun panas hari ni, jom kita makan agar-agar sirap, dessert yang simple dan senang sangat-sangat nak buat, ros suke rasa agar-agar sirap ni dengan aroma daun pandan, letak pulak dalam acuan kecik-kecik tu khas buat anak-anak yang paling penting semua suke makan, resepi ringkas agar-agar ni boleh rujuk kt bawah ni ye..: )

Bahan-bahanye
1/2 bungkus agar-agar stripe
3/4 cawan gula
800- 1000ml air
2 helai daun pandan
beberapa titik sirap ros

Caranya
1. Rendam agar-agar dalam air lebih kurang 1 jam, bertujuan supaya agar-agar senang larut apabila direbus nanti, kemudian rebus dengan 800ml air dan masukkan 1 helai daun pandan.

2. Bila agar2 dah larut, keluarkan daun pandan tadi dan masukkan gula dan sirap ros, masukkan lagi sehelai daun pandan, ros buat cara ni sbb nak menambahkan lagi aroma daun pandan tu, bila semua sudah larut curah dalam acuan ataupun loyang, setelah agak sejuk baru masukkan dalam peti ais, barulah boleh dipotong dah dimakan. Nyaman je rasanya. Selamat Mencuba.

acuan yudetamagakko (acuan telur rebus)  pun jadi mangsa hihihi

ni pulak ros guna acuan remekin bentuk love

Nota: Kalau kt kampung tu ade orang panggil lenkong, tak kisah lah nama ape pun, janji agar-agar sirap merah kan, kalau buat tu memang cepat je habis, sejuk je bila masuk mulut...oishikatta...

Share

 

Comments  

 
-1 #7 nur fatihah 2014-03-06 16:54
wah sedap tanks
Quote
 
 
0 #6 2010-05-31 10:44
Quoting love2cook:
Hi Ros, hru doing???

Whoa, mintak agar2 ros sikitttt!!! :)

hi love, ros sihat je, anas pun dah baik dari demam, kakak damia pulak start demam malam tadi, nak agar2 boleh2, love nak bentuk yang mane satu?
Quote
 
 
0 #5 2010-05-31 10:43
Quoting Leen:
salam ros....hah, akak masak ayam untuk ros hari ni...heee

salam kak Leen, uwaa nampak sedap lah ayam masak ros akak tu, nnt nak buat lah..tunggu... , trima kasih ya kak,masakkan utk ros
Quote
 
 
+1 #4 2010-05-31 06:15
Hi Ros, hru doing???

Whoa, mintak agar2 ros sikitttt!!! :)
Quote
 
 
+1 #3 2010-05-30 19:42
salam ros....hah, akak masak ayam untuk ros hari ni...heee
Quote
 
 
0 #2 2010-05-30 14:21
Quoting Yat Maria:
ish rosssss, akak sirap ros limau lum wat2 lagi, ni dah ada agar2 sirap lak..

cuaca lagi terik nih, so sedap kan makan agar2 ni sejuk jer..ku rasa sekarang gak nak pi wat air sirap limau tu....tunggu...:)

cepat kak yatt ros tunggu dengan gelas kosong ni, nak minum air sirap lemon kak yatt, dah telanjur buat air sirap tu apa kata buat agar2 sekali, heheheeee
Quote
 
 
0 #1 2010-05-30 14:17
ish rosssss, akak sirap ros limau lum wat2 lagi, ni dah ada agar2 sirap lak..

cuaca lagi terik nih, so sedap kan makan agar2 ni sejuk jer..ku rasa sekarang gak nak pi wat air sirap limau tu....tunggu...:)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh