Agar-Agar Lumut
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Nak buat agar-agar lumut ni memang dah lama dah, ramai rasanya dah buat agar-agar lumut ni, selalunye dulu ros buat warna hijau, tapi kali ni ros guna gula melaka pula, Alhmdulillah cantik lapisan santan tu jadinya bila dah sejuk, resepi ni ros ambil diblog Cik Mat Gebu tu, tengok bahan dan cara-cara pun senang tu yang terus buat tu. Pada Cik Mat Izinkan ros copy resepi agar-agar lumut ni ye, dan kongsikan di JMC, terima kasih ros ucapkan. : )
BAHAN-BAHANNYA :-) sumber resepi dari Tiffinbiru Cik Mat Gebu
45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)
( ros gunakan 8gram serbuk agar-agar bagi menggantikan agar2 tali tu)
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.

jemputlah rasa ye

dah sejuk baru sedap dimakan

yang ni ros letak dalam acuan remekin bentuk love
Nota: ni lah first time ros buat agar-agar lumut style macam ni, seronok sebab jadi dengan jayanya, lainkali nak buat perasa pandan pulak, mesti lagi sedap kan.: )
| Share |





















Comments
saya pun tak tau knape, sbb ros buat, elok2 je dua bahagian tu, ke terlebih air gula melaka tu, nnt try lagi ya, goodluck
my feveret tu, sodap kan heheee
dah siap atas piring dah agar2 bentuk love tu, khas buat love hihhi...nnt love try buat ya, sedap tau
sedap kan kak, agar2 bila makan sejuk2....makan byk pun tak sedar heheehehe
amiklah seloyang fiza, sila sila
nak try wat la..hehehe
yum yum sedap ni...! makan sjuk2... huwa..
cantik agar2 lumut ni.
RSS feed for comments to this post.