Rich Chocolate Ice Cream
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Ni percubaaan kali ketiga ros buat aiskrim sendiri, kali ni ros amik resepi dari buku masakan omputih yang bertemakan coklat, walaupun step nye agak banyak, tapi hasilnya fuhhh, tak terkata sedapnya, aiskrim yang creamy dan cholatey, walaupun ade penggunaan telur, tapi telurnya dimasak dahulu, selamat untuk ibu-ibu mengandung macam ros ni. Resepi ade di bawah ni ye. ros edit sikit bahagian cara-cara tu, supaya lebih senang difahami. : )
Bahan-bahanya ( Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston)
400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar
Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

ros toppingkan dgn sos cokat dan badam cincang

setelah disudukan, tengok tu sungguh creamy dan cholatey

sebelum masuk mulut, sape nak rasa? meh sini ros suapkan hihihihi : )
Nota: Aiskrim ni betul-betul creamy dan menepati citarasa ros, dan ros rasa inilah resepi aiskrim paling best yang pernah ros buat, tak rugi mencubanya.
| Share |


















Comments
salam suzie, guna 4 biji telur tau, tp 2 biji telur tu kita guna kuning dia je, yang putih tak guna, pastu semua nye akan di kacau double boiler hingga pekat, boleh refer arahan pada resepi tu ye.
br terjumpa blog ros ni..
teringin nyer nak wt eskrim coklat yg nmpk sgt sdp ni tp ader beberapa kemusykilan la tang ingredientsnyer
2 biji telur
2 biji telur kuning..
means perlu gune 4 biji telur la ek? 2 biji telur tu putih+kuning k?
pastu 2-2 jenis telur k perlu direbus?
tq
br jumpa blog ni...teringin nk wt eskrim yg nmpk sgt sdp ni...
nk tanyer psl ingredients dier...
2 biji telur
2 biji telur kuning...
maknener kne pakai 4 biji telur la ek? 2 biji telur yg ader putih+kuning n 2 biji yg kuning shj?yg mana 1 yg perlu direbus dhulu?
mtk ros jelaskan lg ek...tq
salam ayu, tulah klu ice cream omputih ni mmg sedap2 semuanya, rambang mata nak pilih mane satu heheeee
sila2 kongsi ngan rakan lain, kasi promote lagi blog ni pun boleh heheee, berkat kongsi ilmu dgn yang lain2
thanks ya..resepi leceh sikit tp hasilnya mmg tak mengecewakan
sedap kan, ros pun suke
hahahaah takleh kak, sakit tekak, kena minum air suam je, heehehehehehe, creamy kak, sedap sedap
halus n creamy kak, ros suke sgt, nnt akak try ya
salam kak yan, ros guna whipping cream 40% off ni kak, kunun nak kurang kalori lah ni hahaha, tp bila makan tak ingat gak hahaaa
buleh buleh, sila lah kak, nak amik brape scop, ade tuppaware tak? heheeeee
kak, aiskrim tak cepat cair elok je bila makan tu, cair dlm mulut, mmg creamy kak, try ya nnt
suke gak makan aiskrim ngan roti kak, sedap kan, kak nani try lah buat sendiri, bahan senang je tu, sedap tau kak
salam kak nur, tu yang ros puas hati tu, mmg sedap eskrim coklat ni, tekstur dia ok jeeeee.creamyyyyy
salam kak seri, oo baru balik bercuti ya, takpe kak, biarkan mood M tu dulu, esok lusa mood R dtglah tu heheeeee
hahahaha belum cuba belum tau, ape kata try dulu buat, mane tau jadi, tp klu beli lagi senang kan hahaaaa
RSS feed for comments to this post.