Agar-Agar Kiub Soya Gula Melaka
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Buat manis mulut dan nyaman je bila di makan, ros suke buat agar-agar ni, walaupun kena buat dua step, tapi bagi ros tak lah leceh sangat, hasilnya sedap dan suke akan aroma gula melaka tu, masa kt kampung dulu kalau mak nak gi kenduri atau rewang tu, mak selalu request ros buat agar-agar ni, adedehhh teringat pulak kampung halaman..lagi-lagi sekarang musim buah kan, kat belakang rumah tu semua pokok dah keluarkan hasil, alangkah bahagianye kalau ros berada di negeri sembilan sekarang....uwaaa...berbalik pada cerita agar-agar ni, terpulang pada individu ya, nak guna agar-agar serbuk atau pun yang stripe tu, tapi kena pandai agak-agar air dia lah supaya tak terlalu lembik nanti, resepi ade kat bawah ni ya
Bahan-bahanya - sumber resepi ros@jintanmanis.com
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus)
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air
Cara-caranya
1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.
2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.
3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

wangi je dengan aroma gula melaka dan daun pandan

Nota: kalau nak ganti gula melaka tu dengan gula merah pun boleh, tapi gula merah jangan letak byk sangat takut pahit, agar-agar ni selain sedap dimakan, rupanya pun cantik dipandang. : )
| Share |

















Comments
slmt mencuba di kala bulan puasa nnt ya emi, btw omedetou, pregnant suke sgt, welcome to the club
salam kak along, suke jeli ya, ros pun, tu yang pelbagai kan resepi jelly tu, nnt ade masak kak along try ya
klu guna taufu lembut tu berair kak, nnt tak cantik jadinya, nak potng pun lembik nnt tu, akak kena buat dua step lah, heheeh pastu dah jadi agar2 ni sure akak puas hati punye heehehehhe, good luck ya kak, dah siap bgtau tau, nak rasa heheeeee
3 ketul je kak, buleh2, setengah loyang ros kasi akak ni heheheeh. nnt kak mas try ya..
salam ton, nnt ton try ya, simple je tu, dah buat jadi cantik sure puas hati, nnt dah buat bgtau ros ya, nak tgk heeheee
cantik kan kak, heheeheh, kena berseri sikit agar2 baru ade selera nak makan hehee, nnt ade masa kak nur try ya
nak cantik nye pasai, kena buat dua step, tp sedap tau, try lah, kejap je tu nak tunggu agar2 first tu sejuk, lepas tu leh lebur je agar2 gula melaka tu, senang jeeee
sedap kak, cantik kan, heheheh, ros pun suke soya, tu yg ros guna tu, nnt akak try ya..pastu hantar osaka sikit tau
cantik agar-agar ni, ros. tak penah akak tgok guna air soya. cantik...akak suka
mmmg cantik!!..
of coz sedap kan?..
oh! soya..i likeeeee..
RSS feed for comments to this post.