Masakan - Pencuci Mulut

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera pada semua pelawat Jintanmanis.com, hari ni ros nak kongsikan resepi puding cocktail fruits sos kastad yang selalu ros buat, resepi nye agak mudah, dan rasanya pun boleh tahan, ni adalah menu berbuka ros semalam, sedap nye makan puding yang manis dan sejuk walaupun di kala musim winter kat jepun ni, suka akan rasa buah campuran dalam puding ni, resepi ade kat bawah ni ye.: )

Puding Cocktail Sos Kastard
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
1 tin kecil cocktail fruits
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml air+syrup dalam tin coctail fruits
4 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Potong buah campuran kecil kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan  di dalam periuk bersama susu segar, air+syrup dalam tin cocktail fruits, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.

2. Masukkan pula buah cocktail, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih puteri ayu dan acuan remekin bentuk love.

3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding cocktail tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

puding cocktail sebelum di curahkan sos kastard

curahkan sos kastard lagi lah bertambah kesedapanya

sedia untuk dihidangkan untuk yang tersayang...: )

puding cocktail dalam acuan remekin bentuk love

Nota: Kalau nak guna agar-agar stripe pun boleh, tapi kuantiti cecair nye tu agak-agaklah ye, dan kalau nak sedap boleh juga tambahkan lagi kuantiti buah campuran tu, seperti hirisan buah peach, lagi banyak buah cocktail lagi sedap.

Share

 

Comments  

 
+1 #16 2011-08-08 12:48
Salam...terima kasih diatas kesudian Ros berkongsi idea n resepi dlm blog ini..akak sgt2 menghargainya!!
Quote
 
 
+1 #15 2011-05-07 23:55
Kak Ros,saye google kuih muih dapat masok kat blog Kak Ros ni, mintak izin copy resipi ye Kak. thank you :)
Quote
 
 
-1 #14 2010-12-31 09:13
Quoting asmar:
Salam ros. Sedapnya puding ni. Tapi akak nak tanya la 1 aduan ni dapat banyak man sebab akak ni keluarga ramai. Tq

salam kak, soriya lambat balas, satu adunan ni dpt 8 acuan kuih puteri ayu tu dan 3 acuan remekin saiz kecil, klu akak letak dlm acuan petak 18cm atau acuan bulat tu dpt lah satu loyang, nakb byk akak leh gandakan adunan tu ya, slmt mencuba
Quote
 
 
+1 #13 2010-12-31 09:12
Quoting sariyusa:
alaaaaaaaa... rindu lak nak buat puding cocktail..

ade bahan tak? nnt cuba ya
Quote
 
 
0 #12 2010-12-24 16:28
Salam ros. Sedapnya puding ni. Tapi akak nak tanya la 1 aduan ni dapat banyak man sebab akak ni keluarga ramai. Tq
Quote
 
 
-1 #11 2010-12-22 09:32
alaaaaaaaa... rindu lak nak buat puding cocktail..
Quote
 
 
-1 #10 2010-12-21 22:12
Quoting mimiey:
ya allah kak ros, sedapnya!!!!! dah terbayang2 dok ngadap puding nih... masuk list!!masuk list!!!

masuk list mimeiy jgn tak masuk, sodap tau puding ni, makan byk pun tak sedar hahaaa
Quote
 
 
-1 #9 2010-12-21 22:11
Quoting K.NaNi:
uiiiihhhhh..... sedappppnyee..
cam terasa2 masuk tekak sejuk2 tu.. :P

sedap kan kak, puding ni makan sejuk2..ros pun suke sgt2
Quote
 
 
-1 #8 2010-12-21 22:11
Quoting sue:
:D Sedapnya ros..meleleh2 limpahan sos kastadnya..Yummmy...

amiklah satu piring kak, pilihmane bentuk yang berkenan heheeee
Quote
 
 
-1 #7 2010-12-21 22:10
Quoting mas:
salam ros, terliurnya tengok puding tu....mesti sedapp ni...k.mas nak 4 ketoi boleh...

salam kak mas, nak 4 ketul ye, buleh2...sos ros curahkan sekali ek heheee
Quote
 
 
+1 #6 2010-12-21 22:09
Quoting hajar:
hehehe senang aje macamnye..okeh ros nanti i terai..:)

slmt buat puding hajar, aku suke, usop suke, anak2 makan sos kastard je hahaaaa
Quote
 
 
+1 #5 2010-12-21 16:08
ya allah kak ros, sedapnya!!!!! dah terbayang2 dok ngadap puding nih... masuk list!!masuk list!!!
Quote
 
 
+1 #4 2010-12-21 15:20
uiiiihhhhh..... sedappppnyee..
cam terasa2 masuk tekak sejuk2 tu..
Quote
 
 
+1 #3 2010-12-21 14:01
Sedapnya ros..meleleh2 limpahan sos kastadnya..Yummmy...
Quote
 
 
+1 #2 2010-12-21 13:55
salam ros, terliurnya tengok puding tu....mesti sedapp ni...k.mas nak 4 ketoi boleh...
Quote
 
 
-1 #1 2010-12-21 13:51
hehehe senang aje macamnye..okeh ros nanti i terai..:)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh