Puding Longan Sos Kastard
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, tengah buat ape tu? pada yang keje tu , selamat berkerja ya, dan pada yang suri rumah macam saya, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi....yelah kan jadi suri rumah ni, satu kerja yang perlu ketangkasan dan kena pandai bahagi masa, keje pulak tak habis-habis...tapi puas hati bila dapat buat semua kerja dengan baik dan melihat anak-anak membesar depan mata, berbalik pada tajuk puding longan ni, sejuk-sejuk pun kadang-kadang tu teringin nak makan puding, bagi ros lah, puding longan ni dah mengalahkan ranking puding cocktail, rasa puding longan lagi sedap dan tambah up rasanya bila tuang sos kastard tu, tak rugi mencuba, resepi ade kat bawah ni ye.

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
1 tin Longan dalam light syrup
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml syrup Longan yang dalam tin tu
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu segar, syrup dalam tin longan, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.
2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih apam dan remekin bentuk love. dapat dalam 8 acuan kuih apam dan 3 acuan remekin saiz kecil.
3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

topping dengan baki longan baru berseri sikit

atas longan dalam puding pun banyak longan, baru puas makan...: )

ni antara stok buah-buahan dalam tin yang ade dalam umah ros, nak makan tinggal buka je, kalau dapat yang fresh sure lagi sedap kan.
Nota: Puding ni sedap dihidangkan sejuk-sejuk, sesuai dijadikan menu potluck atau parti di rumah anda, nak letak dalam acuan petak atau bulat pun boleh, sebelum dihidang di potong kecil-kecil, pencuci mulut yang sedap dan menyelerakan.
| Share |

















Comments
salam kak, ni ros bekalkan akak dua acuan puding tu, nnt akak makan ya, sedap tau puding2 ni, ros suke, same ye buah dlm tin tu...heheeee
sejuk2 lagi up rasanya kak, try ye kak, sedap sgt2
puding cocktail dah turun takhta dah ni, puding longan lagi sedap...heheeee
sedap sgt ros sukeeeee
RSS feed for comments to this post.