Jelly Kelapa Muda
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhhhh....cuaca betul-betul panas dua tiga menjak ni, tekak pulak nak makan bende-bende yang sejuk je, kebetulan ade dua biji kelapa muda kat dapur tu, terus teringat akan resepi jelly kelapa kak nor ni, bila dah siap masak dan telah disejukkan, terus ros ngap....memang sedaplah, dengan harum aroma daun pandan tu, berselera je makan, pada kak nor, trima kasih ya kongsi resepi yang ringkas dan sedap ni, izinkan ros kongsikan resepi jelly kelapa ni di BSM JintanManis.Com ya...: ) ros buat separuh kuantiti dari bahan di bawah.
Jelly KelapaSumber resepi: Kak Nor @ Secubit Garam
1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan
1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

tengoklah tu, jelly kelapa ros yang sarat dengan isi kelapanya

Nota: isi kelapa tu ros hiris agak kasar juga, biar terasa bila dimakan, kelapa muda tu pula ros ambil kat belakang rumah je, dan ros tak tambahkan sebarang air, ros gunakan air kelapa muda sepenuhnya.
| Share |

















Comments
tapi tak tahan tengok air kelapa...tak sempat buat jelly...dah abiss diminum...wakakaka..macam mana tu....
RSS feed for comments to this post.