Bubur Candil Warna Warni
| Masakan - Pencuci Mulut |
| Share |

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, dari ahad hari tu blog ni tak berupdate, ros sibuk sikit siapkan makanan untuk damia bawa ke tadika semalam, ros buat jamuan harijadi kecil-kecilan untuk kelas damia, masak pun ala kadar je, buat mane yang sempat, gambar di majlis tu nanti ros kongsikan ya, berbalik pada tajuk resepi kat atas tu, ros buat bubur candil warna warni ni hari jumaat lepas, saje je sebab terasa pula nak makan manis-manis, ade orang panggil bubur candil ni bubur caca lah, puteri mandi lah, macam-macam nama, takpelah janji sedapkan, resepi simple ni boleh rujuk kat bawah ni ye.
Bubur Candil Warna WarniSumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
1 1/2 cawan tepung Pulut
sedikit air
secubit Garam
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
1/2 biji keledek oren
1/2 biji keledek biasa
2 cawan santan
3/4 cawan gula
sehelai daun pandan
sedikit sagu mata ikan
Cara-caranya
1. Masukkan tepung pulut ,garam dan sedikit air didalam bekas adunan, uli sebati, kuantiti air tu macam kita buat kuih buah melaka.Agak-agak jelah ye.
2. Bahagi doh pada tiga bahagian, warnakan setiap satu dengan warna hijau, merah dan kuning, bentukkan kecil-kecil dan lonjong sedikit.
3. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan tepung pulut tadi, rebus hingga timbul, angkat dan toskan.
4. Keledek dibuang kulit dan potong bentuk kiub, ketepikan, Panaskan 2 cawan air dan masukkan sagu mata ikan, masak sehingga sagu jernih, kemudian masukkan santan, gula dan simpulan daun pandan serta keledek, masak sehingga keledek empuk.
5.Akhir sekali baru masukkan adunan tepung pulut yang siap direbus tadi, kacau sebati dan birarkan mereneh seketika, angkat dan boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.

ni lah rupanya bubur candil warna warni ros tu

macam macam warna ade, baru berseri-seri kan

gambar pun main snap je, sori ye, tak sempat nak posing cun-cun
Nota: Kalau nak sejukkan dulu sebelum di makan pun boleh, sedap dimakan ketika cuaca panas. pasti menambat selera.
| Share |


















Comments
sedappnya tengok....
RSS feed for comments to this post.