Masakan - Pencuci Mulut

Share

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, minggu lepas ros buat pengat labu, lama dah tak makan pengat labu ni, tu yang teringin tu, bila campur dengan sagu mata ikan makin sedap rasanya, kenyal-kenyal gitu bila dikunyah, kuah pun elok je pekatnya bila letak sagu ni, berulang-ulang ros makan, sebab sedap....pada yang nak cuba resepi pengat labu yang ringkas ni boleh rujuk link ni ye, nak tukar labu manis ni pada pisang pun boleh....sesuai dijadikan menu minum petang untuk se-isi keluarga.

Pengat Labu Manis Bersama Sagu Mata Ikan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1/4 biji labu manis ( saiz sederhana)
1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
2 cawan santan
1 cawan air
sehelai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula

Cara-caranya

1. Potong labu bentuk kiub, saiz nye agak-agak lah ye, tidak terlalu kecil tidak terlalu besar, cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul, masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula.

2. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu, setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan, masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih.

3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panasĀ  atau sejuk, selamat mencuba.

rasa lemak manis labu yang sangat menyelerakan

Nota: Pengat labu ni kalau dah sejuk kuahnya agak pekat, boleh tambahkan sedikit air, panaskan dan kacau selalu.

Share

 

Comments  

 
0 #8 Cik Mie 2014-11-07 19:31
Boleh try ni
Quote
 
 
0 #7 rizz 2014-10-05 11:37


Terliur tengok gmbr tu...ni yang x sabar nak try ni..
Quote
 
 
+1 #6 Damia 2014-02-11 00:26
As-salam. Tadi saya cuba buat pengat ni, mmg sedap! Cuma, mungkin kiraan gula melaka saya terlebih, sebab masa dihidangkan terlebih manis pula! Apa-apa pun, saya nak suggest, kpd sesiapa yang belum tahu macam mana nak letak sagu supaya kuah pengat tu tak pekat, sila tengok di bwh.
Panaskan air secukupnya sehingga menggelegak.
Basuh sagu dengan air sejuk dan toskan, lalu masukkan dalam air yg sedang menggelegak tadu tu.
Kacau sehingga mata putih sagu itu hampir atau betul-betul hilang, jadi lutsinar.
Toskan dengan seive dan lalukan sagu yg telah masak bawah air sejuk.
Masukkan dalam pengat dan sedia untuk dimakan.
Quote
 
 
0 #5 rzillah ari 2013-07-24 20:52
suka!! tq awk share resepi

http://rzillah.blogspot.com
Quote
 
 
0 #4 ariff dato khalid 2013-07-12 16:16
Ermm sedap tu. Kecetulan balik dari kuala trengganu aku singgah di pulau kerengga marang beli labu ni sebiji, buah tembikai dan dragon fruit. Sampai rumah mintak isteri buatkan pengat labu ni. Boleh buat buka puasa.Alhamdulilah...
Quote
 
 
0 #3 Linda 2012-09-24 09:22
Mak saya suka ni. Terima kasih.
Quote
 
 
+1 #2 2011-09-27 16:55
bes..mak mertua aku selalu buat..tapi dia tak bubuh sagu..dia bubuh ketul2 tepung tuh..
Quote
 
 
+1 #1 2011-09-26 10:10
ros.....
lama dah kak mas tak makan pengat labu..
sedappnya...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh