Masakan - Pencuci Mulut

Share

Assalammualaikum wbt dan selamat tengahari semua, tiba-tiba je terasa nak makan puding, nampak pula oreo ade 2 paket, terus dengan rajin nye nak melapis, ros suke agar2 yang letak oreo ni, sebab rasa biskut oreo ni menambahkan lagi kelazatan, tapi perlu di ingat, nak melapis ni kena kesabaran yang agak tinggi sikit dan kena pandai jaga api dan sentiasa panaskan baki adunan untuk melapis nye satu-satu supaya adunan tidak keras atau cepat hangus, pada yang berkenan dengan gambar puding lapis oreo milo ros ni, boleh refer resepi di bawah ni ye, sure anak-anak suke punye, Selamat Mencuba.

Puding Lapis Oreo Milo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

Untuk Lapisan Agar-Agar Milo
4gram serbuk agar-agar
250ml susu segar@ susu cair @ susu soya @ bancuhan susu tepung
250ml air
50gram gula
3 sudu besar serbuk Milo
Untuk Lapisan  Agar-Agar Oreo
4gram serbuk agar-agar
8 keping biskut Oreo ( inti vanila di keluarkan) 8 keping tu maksudnye bila dah dikeluarkan inti vanila tu jadi 16 keping
250ml susu segar
250ml air
50gram gula
acuan petak sebagai acuan, kalau nak letak dlm bekas atau acuan bentuk lain pun boleh

Cara-cara

1. Buat lapisan agar-agar milo dahulu,  mula-mula curahkan air di dalam periuk kecil dan masukkan serbuk agar-agar, kacau sebati, kemudian masukkan susu segar dan gula, kacau sehingga gula larut dan kemudian masukkan serbuk Milo, kacau sehingga milo betul-betul larut. ( bila nak masukkan mlio tu pastikan adunan agar2 dalam periuk tu panas supaya milo cepat sebati dan tidak beketul) .

2. Sediakan acuan petak, curahkan separuh adunan agar2  milo dan biarkan keras, pastikan baki agar2 milo di dalam periuk dibiarkan di atas api, untuk digunakan untuk lapisan kedua, api perlahan ya.

3.. Sementara menunggu agar-agar milo sejuk dan menjadi keras, buat lapisan agar-agar oreo,  blender halus biskut oreo menggunakan blender kering, ketepikan,  kemudian satukan air dan susu segar di dalam periuk serta serbuk agar-agar kacau sebati, selepas itu masukkan gula, setelah gula larut baru masukkan biskut oreo yang siap dikisar tadi, kacau selalu supaya adunan tidak berketul, masak sehingga adunan agar-agar menjadi agak pekat. 

4. Setelah agar-agar milo tadi keras, cakar sedikit dengan menggunakan garpu permukaanye dan curahkan separuh adunan agar-agar oreo, biarkan agar-agar oreo keras, sekali lagi pastikan baki agar-agar oreo tadi dipanaskan di atas api, untuk mengelakkanye keras, Setelah lapisan oreo menjadi keras, cakar juga permukaan lapisan agar oreo tadi dengan garpu dan curahkan baki agar-agar milo, biarkan keras, setelah agar-agar milo keras, cakar permukaan nye juga dengan garpu dan lapiskan atasnye dengan baki lapisan agar-agar oreo, setelah sejuk, sedia untuk dimasukkan di dalam peti ais dan setelah beberapa jam, potong dan hidangkan sejuk. Selamat Mencuba.

- perlu cakar sedikit keseluruhan permukaanye agar-agar supayan lapisan melekat antara satu sama lain dan elok jika hendak dipotong nanti.

Contoh cara Lapisan

Lapisan Dasar Lapisan milo (setelah keras  cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)  
Lapisan Oreo  ( setelah keras cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)
Lapisan Milo  ( setelah keras cakar sedikit menggunakan garpu pemukaanye)
Akhir sekali, Lapisan atas Lapisan Oreo

- disarankan menggunakan periuk non stick bagi lapisan oreo supaya adunan oreo tidak mudah hangus atau melekat, kerana adunan lapisan oreo agak pekat dari lapisan agar-agar milo, dan pastikakn baki kedua-dua adunan perlu dipanaskan dengan menggunakan api perlahan sementara menunggu lapisan yang dilapis keras.

sedap dimakan sejuk-sejuk

kaya dengan rasa milo dan biskut oreo

anak-anak pasti mengemarinye, biskut oreo yang ros gunakan

sedap dimakan cantik juga dipandang

makan satu potong sure tak cukup punye : )


Nota: Kalau nak ganti milo tu dengan serbuk koko atau coklat emulco pun boleh, dan cantik juga jika diletakkan dalam acuan puding pelbagai bentuk atau acuan yang lebih kecil supaya adunan yang dilapis cepat keras dan masa untuk melapis menjadi tidak terlalu lama.


Share

 

Comments  

 
0 #4 reen 2013-05-14 17:01
salam kak ros, sy dh try puding ni. MENJADI!!! 1st time buat terus dpt pujian.bg sepupu and kwn2 try.dorg ckp best sbb dorg penah try org lain buat tapi keras.yg sy buat exactly mcm resepi ni and MENJADI..thank you!!! sy lak dpt pujian lebih2 terus sy recommend blog ni kt dorg.hihi
Quote
 
 
0 #3 reen 2013-05-03 17:48
wow bestnye kak ros... br awal thn aritu jmpe blog jintanmanis ni.masa tu cari resepi ayam kum pow. Alhamdulillah menjadi berkat resepi kak ros.saya ikut 1-1. dh try 2-3 resepi. now nk try puding oreo milo ni pulak. thanks kak ros!!!
Quote
 
 
0 #2 Rosidah Alias 2013-02-27 14:29
Salam, sedapnya nampak puding ni..nk cuba la..anak saya pasti suka
Quote
 
 
0 #1 suenenie 2013-02-25 14:36
Assalamualaikum ..Ros serasinya kombinasi ni...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh