Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 432 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Pencuci Mulut

Bubur Candil Warna Warni

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, dari ahad hari tu blog ni tak berupdate, ros sibuk sikit siapkan makanan untuk damia bawa ke tadika semalam, ros buat jamuan harijadi kecil-kecilan untuk kelas damia, masak pun ala kadar je, buat mane yang sempat, gambar di majlis tu nanti ros kongsikan ya, berbalik pada tajuk resepi kat atas tu, ros buat bubur candil warna warni ni hari jumaat lepas, saje je sebab terasa pula nak makan manis-manis, ade orang panggil bubur candil ni bubur caca lah, puteri mandi lah, macam-macam nama, takpelah janji sedapkan, resepi simple ni boleh rujuk kat bawah ni ye.

Bubur Candil Warna Warni
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

1 1/2 cawan tepung Pulut
sedikit air
secubit Garam
Sedikit pewarna hijau, merah dan kuning
1/2 biji keledek oren
1/2 biji keledek biasa
2 cawan santan
3/4 cawan gula
sehelai daun pandan
sedikit sagu mata ikan

Cara-caranya
1. Masukkan tepung pulut ,garam dan sedikit air didalam bekas adunan, uli sebati, kuantiti air tu macam kita buat kuih buah melaka.Agak-agak jelah ye.

2. Bahagi doh pada tiga bahagian, warnakan setiap satu dengan warna hijau, merah dan kuning, bentukkan kecil-kecil dan lonjong sedikit.

3. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan adunan tepung pulut tadi, rebus hingga timbul, angkat dan toskan.

4. Keledek dibuang kulit dan potong bentuk kiub, ketepikan, Panaskan 2 cawan air dan masukkan sagu mata ikan, masak sehingga sagu jernih, kemudian masukkan santan, gula dan simpulan daun pandan serta keledek, masak sehingga keledek empuk.

5.Akhir sekali baru masukkan adunan tepung pulut yang siap direbus tadi, kacau sebati dan birarkan mereneh seketika, angkat dan boleh dihidangkan. Selamat Mencuba.

ni lah rupanya bubur candil warna warni ros tu

macam macam warna ade, baru berseri-seri kan

gambar pun main snap je, sori ye, tak sempat nak posing cun-cun

Nota: Kalau nak sejukkan dulu sebelum di makan pun boleh, sedap dimakan ketika cuaca panas. pasti menambat selera.

 

Puding Longan Sos Kastard Lagi

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, hari ni meh kita layan gambar puding longan sos kastard, siaran ulangan je ni, ros dah banyak kali buat dah, puding yang senang dan sedap di makan bila-bila masa sahaja, kali ni ros guna fresh longan, beli kat kedai buah hari tu, bila guna buah fresh ni lagi sedap rupanya....manis je, tanpa ade gula tambahan, resepi sama je, macam hari tu, nak rujuk kat bawah ni pun boleh, gambar pun main snap je, nak cepat...: )

Puding Longan Sos Kastard
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
beberapa biji buah longan segar
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml air
4 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar@susu sejat
1/2 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan  di dalam periuk bersama susu segar dan air, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.

2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan silicon bentuk bintang.

3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding  longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya dan taburkan juga hirisan buah longan serta hirisan anggur hitam sebagai hiasan, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Nota: kalau takde buah longan, boleh juga ganti dengan buah cocktail dalam tin tu, ataupun hirisan buah nenas. Sedap dimakan ketika cuaca panas atau dijadikan pencuci mulut.

 

Jelly Kelapa Muda

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat petang semua, fuhhhh....cuaca  betul-betul panas dua tiga menjak ni, tekak pulak nak makan bende-bende yang sejuk je, kebetulan ade dua biji kelapa muda kat dapur tu, terus teringat akan resepi jelly kelapa kak nor ni, bila dah siap masak dan telah disejukkan, terus ros ngap....memang sedaplah, dengan harum aroma daun pandan tu, berselera je makan, pada kak nor, trima kasih ya kongsi resepi yang ringkas dan sedap ni, izinkan ros kongsikan resepi jelly kelapa ni di BSM JintanManis.Com ya...: ) ros buat separuh kuantiti dari bahan di bawah.

Jelly Kelapa
Sumber resepi: Kak Nor @ Secubit Garam

1 paket agar2 serbuk (10gm)
2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
isi kelapa muda
11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
3 helai daun pandan

1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
3.Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
4.Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.

# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

tengoklah tu, jelly kelapa ros yang sarat dengan isi kelapanya

Nota: isi kelapa tu ros hiris agak kasar juga, biar terasa bila dimakan, kelapa muda tu pula ros ambil kat belakang rumah je, dan ros tak tambahkan sebarang air, ros gunakan air kelapa muda sepenuhnya.

 

Puding Longan Sos Kastard

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera semua, tengah buat ape tu? pada yang keje tu , selamat berkerja ya, dan pada yang suri rumah macam saya, selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi....yelah kan jadi suri rumah ni, satu kerja yang perlu ketangkasan dan kena pandai bahagi masa, keje pulak tak habis-habis...tapi puas hati bila dapat buat semua kerja dengan baik dan melihat anak-anak membesar depan mata, berbalik pada tajuk puding longan ni, sejuk-sejuk pun kadang-kadang tu teringin nak makan puding, bagi ros lah, puding longan ni dah mengalahkan ranking puding cocktail, rasa puding longan lagi sedap dan tambah up rasanya bila tuang sos kastard tu, tak rugi mencuba, resepi ade kat bawah ni ye.

Puding Longan Sos Kastard
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
1 tin Longan dalam light syrup
300ml susu segar- boleh ganti dengan susu sejat
200ml syrup Longan yang dalam tin tu
3 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)

Untuk Sos kastard
1 sudu besar tepung kastard ( dibancuh dulu dengan sedikit air)
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu besar gula

Cara-caranya

1. Potong buah longan kecil-kecil dan ketepikan, kemudian serbuk agar-agar di bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu masukkan  di dalam periuk bersama susu segar, syrup dalam tin longan, kacau sebati dan biarkan agak mendidih.

2. Masukkan pula buah longan, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan sebentar pada suhu bilik baru di masukkan di dalam peti ais. ros gunakan acuan kuih apam dan remekin bentuk love. dapat dalam 8 acuan kuih apam dan 3 acuan remekin saiz kecil.

3. Buat Kuah Kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air, ambil puding  longan tadi dan letakkan di dalam piring, curahkan sos kastard di atasnya. sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

topping dengan baki longan baru berseri sikit

atas longan dalam puding pun banyak longan, baru puas makan...: )

ni antara stok buah-buahan dalam tin yang ade dalam umah ros, nak makan tinggal buka  je, kalau dapat yang fresh sure lagi sedap kan.

Nota: Puding ni sedap dihidangkan sejuk-sejuk, sesuai dijadikan menu potluck atau parti di rumah anda, nak letak dalam acuan petak atau bulat pun boleh, sebelum dihidang di potong kecil-kecil, pencuci mulut yang sedap dan menyelerakan.

 

Puding Jagung Strawberi

Masakan - Pencuci Mulut

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera  buat semua pelawat BSM, ros sekarang ni agak busy dengan anak-anak sebabnya kakak damia dah mula tak sihat, anas pun baru baik demam, jadinya kalau ros updated blog ni, memang ekpress lah, nak blogwalking kat rumah kawan-kawan pun tak sempat, ros nak mintak maaf sebab ros lambat balas komen dan lambat membuat kunjung balas, harap takde yang kecik hati ya, terima kasih ros ucapkan kerana sudi meninggalkan komen dan jejak di jintamanis.com, sokongan semua amat ros hargai.

Hari ni ros nak kongsikan satu resepi puding jagung strawberi yang selalu ros buat untuk di bawa ke potluck party, nak buat pun senang, rasa pun sedap, resepi asal dari kak hanieliza fotogages, trima kasih ya kak liza atas resepi yang sedap ni, izinkan ros copy dan kongsikan di sini ya.

Puding Jagung Strawberi
Sumber resepi: Kak Hanieliza Fotopages

Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung -( ros guna tepung kastard je)
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry - ( ros guna Crystall jelly strawberry NONA)
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diatas api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2 mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

Nota: sedap di makan sejuk dan sesuai dijadikan dessert, nak buat cenderahati pun boleh, perasa agar-agar tu ikutlah selera masing-masing ya, tapi ros syorkan crystal jelly jenama NONA, sebab sedap rasanya.

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2796
mod_vvisit_counterSemalam7387
mod_vvisit_counterMinggu ini17072
mod_vvisit_counterMinggu lepas48243
mod_vvisit_counterBulan ini17072
mod_vvisit_counterBulan lepas203406
mod_vvisit_counterJumlah8405981
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..