
Semalam sebagai pencuci mulut, ros buat puding tofu buah peach ni, suke-suke je ros tambah tofu dalam adunan agar-agar tu, hasilnya sedap jugak, lagi tambah lembut dan selain tu tambah juga khasiat kalsiumnya, resepi boleh rujuk kat bawah ni ye, ros suke rasa puding light je, bila masuk mulut sejuk je rasa : )
Bahan-bahanya
4gram agar-agar serbuk
4 sudu besar gula
4 biji buah yellow peach ( ros guna yang dalam tin)
85gram tofu lembut
200ml susu segar
300ml air

tofu lembut yang ros gunakan.
Cara-caranya
1. Tofu dan 2 biji buah peach diblender halus, campur sedikit dengan air syrup dalam tin buah peach ni sekali. ketepikan.
2. Masak serbuk agar-agar dengan 300ml air dan gula, masak sehingga agar-agar larut dan agak mendidih, kemudian masukkan adunan tofu dan buah peachyang telah diblender tadi serta susu segar, kacau sebati. Biarkan seketika dan kacau selalu.
3. Setelah sebati, tutup api, hiriskan nipis lebihan 2 biji buah peach tadi dan letakkan di dalam acuan dan akhir sekali curahkan adunan puding tofu. Sejukkan seketika, setelah betul-betul sejuk baru disimpan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.

ros guna buah peach dalam tin tu, klu nak ganti buah cocktail pun boleh

Nota: Puding ni kalau nak buah kuah dia pun boleh, sesiapa yang rajin lah, boleh makan dengan kuah kastard dan hirisan buah cokctail, tabur je atas puding ni, pasti tambah menyelerakan.
|

Ros memang penggemar kopi, tapi bila dah breastfeed ni kena jaga-jaga, sebab kafein tak baik untuk bayi, jadinya ros beli kopi yang kurang jumlah kafinnya, kiranya 99.7% kafin dalam kopi ini telah dinyahkan. rasa kopi ni pun sedap, selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Bila dah ade kopi ni, terasa nak makan jelly kopi pulak, tu yang semalam terus buat tu, rasa jelly kopi ni akan tambah sedap bila kita makan dengan krim susu, kalau tak percaya buleh cuba. Resepi ade kat bawah ni ye, jumlah air untuk jelly ni ros lebihkan sikit sebab jelly kopi ni lagi sedap kalau jelly nye tidak terlalu keras. teksturnya ala-ala puding sikit.

kopi segera dan krim susu yang ros gunakan
Bahan-bahanya
4gram serbuk agar-agar
650ml air
3 sudu besar gula
3 atau 4 sudu besar serbuk kopi segera
*untuk topping*
sedikit cream susu ( ros guna jenama krematop Nestle)
Cara-caranya
1. Rebus serbuk agar2 bersama air dan bancuh sedikit serbuk kopi segera dengan 2 sudu kecil air panas, kemudian curahkan bancuhan kopi tadi didalam periuk yang berisi agar-agar.
2. Selepas itiu masukkan gula dan masak hingga mendidih, akhir sekali, curah di dalam acuan dan biarkan sejuk, baru di simpan di dalam peti ais, apabila ingin dihidangkankan, toppingkan agar-agar kopi tadi dengan cream susu, sedia untuk dinimakti, Selamat mencuba.

agar-agar yang sungguh creamy, sejuk je bila masuk mulut

Nota: Agar-agar kopi segera dengan krim susu ni amat sesuai dijadikan menu pencuci mulut, atau menu berbuka puasa.

Buat manis mulut dan nyaman je bila di makan, ros suke buat agar-agar ni, walaupun kena buat dua step, tapi bagi ros tak lah leceh sangat, hasilnya sedap dan suke akan aroma gula melaka tu, masa kt kampung dulu kalau mak nak gi kenduri atau rewang tu, mak selalu request ros buat agar-agar ni, adedehhh teringat pulak kampung halaman..lagi-lagi sekarang musim buah kan, kat belakang rumah tu semua pokok dah keluarkan hasil, alangkah bahagianye kalau ros berada di negeri sembilan sekarang....uwaaa...berbalik pada cerita agar-agar ni, terpulang pada individu ya, nak guna agar-agar serbuk atau pun yang stripe tu, tapi kena pandai agak-agar air dia lah supaya tak terlalu lembik nanti, resepi ade kat bawah ni ya
Bahan-bahanya - sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
6 gram agar-agar serbuk ( boleh guna agar-agar stripe )
1/2 ketul gula melaka, saiz kecil ( di cincang halus)
1 1/2 cawan susu kacang soya ( boleh ganti dengan susu segar atau susu ideal)
1 helai daun pandan
2 sudu besar gula
400 ml air
Cara-caranya
1. Serbuk agar-agar tu bahagi dua, satu bahagian di campur dengan air susu kacang soya, (lebih kurang 1 1/2 cawan tu 350ml) kacau sebati dan masukkan 2 sudu besar gula, masak sehingga gula larut. angkat dan masukkan dalam bekas petak kecil, sejukkan.
2. setelah agar-agar kacang soya tu sejuk, potong dadu, taburkan agar-agar yang telah dipotong bentuk kiub kecil tadi di dalam loyang petak dan ketepikan, kemudian ambil baki agar-agar serbuk,dan campurkan dengan 400ml air, dan masukkan gula melaka, dan daun pandan yang telah di simpul, biarkan gula melaka larut.
3. Setelah semuanya sebati , curahkan adunan gula melaka di dalam loyang yang mengandungi kiub agar-agar soya dan kacau perlahan menggunakan sudu, setelah agak sejuk, masukkan didalam peti ais beberapa jam, potong agar-agar bentuk diamond dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

wangi je dengan aroma gula melaka dan daun pandan

Nota: kalau nak ganti gula melaka tu dengan gula merah pun boleh, tapi gula merah jangan letak byk sangat takut pahit, agar-agar ni selain sedap dimakan, rupanya pun cantik dipandang. : )

Kat Malaysia sekarang musim durian, manggis,rambutan, jeles je tengok kawan-kawan yang upload gambar buah-buahan ni semua, sedapnye dapat makan buah-buahan tempatan yang segar kan, yang kat jepun pulak musim tembikai, peach, cherry, panas-panas ni sedap je makan aiskrim, ros buat aiskrim tembikai ni dua hari lepas, baru hari ni teringat nak makan, rasa aiskrim yang lain dari yang lain, kalau tak caya, cepat beli tembikai merah dan cuba buat aiskrim ni, bagi ros sedap jugak, cuma aiskrim ni mudah cair sikit, kalau dah scop tu, kena terus makan, tak boleh biarkan lama-lama. Resepi asal dari myresipi, sumbangan Nadia, terima kasih banyak-banyak, izinkan ros copy dan kongsikan di JMC ya..: )
Bahan-bahanya ( sumber resepi dari myresipi Nadia)
300cc tembikai ( ros guna 200ml) 1sb madu ( x letak) 300cc fresh cream ( ros letak 200ml) 3 sb gula halus ( 2 sudu besar) Cara-cara 1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus 2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit. ( ros pukul sampai creamy dan agak kental) 3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan. 4. Bekukan dalam freezer 5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. ( ros pukul sekali je, pastu terus simpan dalam freezer- kes malas nak pukul banyak kali lah ni hehheehe)

light je warna pink aiskrim tembikai ni, lawa je nampak...: )

Nota: kalau nak toppingkan dengan sos strawberry ke, hirisan tembikai kiub ke pun boleh jugak, ros makan macam tu je, sebab malas nak topping2...amik gambar pun main snap je tu..: )

Semalam hari cuti umum bagi Jepun Umi No Hi ( maksudnya Laut punya hari) kebanyakan orang jepun semalam berenang dan berpicnic di tepi laut ataupun mereka akan mengadakan natsu matsuri ( perayaaan musim panas), kami tak ke laut pun semalam, duduk rumah je, sebabnya cuaca diluar tu panas dan ros pun tak dibenarkan keluar rumah untuk berjalan-jalan. Jadinya projek kami anak beranak semalam ialah ber kakigori, mesin air batu lilo stitch tu dah dua tahun beli, pakai pun setahun sekali je, semua ade peranan sendiri semalam, dari tukang kisar, ke tukang topping, tukang basuh perkakas dan tukang kemas dan tukang perabis kaki gori, sempat jugak buat Air Batu Campur Mesia, walaupun banyak bahan yang tak cukup, tapi bolehlah ade lah rasa sikit. : )

mesin kakigori yang kami gunakan- ( manual guna tangan je)
Bahan-bahan untuk buat Kakigori
air batu secukupnya
syrup perasa ichigo ( stoberi)
syrup perasa melon
sudu
dan bekas kaki gori
caranya
1. Kisar air batu, kemudian letakkan di dalam bekas kecil, curahkan dengan syrup kegemaran anda, siap, senang sangat kakigori ni, rasa simple tapi cukup menyamankan.

Air Batu Campur yang tak cukup bahan

topping dengan jagung manis, agar-agar sirap, susu sejat dan syrup pandan

nyaman je bila masuk mulut...oishiii

contoh botol syrup perasa melon dan stoberi

Kaki gori ni memang sangat popular apabila tiba musim panas, nak tahu lebih lanjut boleh clik wikipedia ni ya...KAKIGORI-JAPANESE DESSERT
|
|