Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
Menu Utama
Pengunjung
We have 205 guests online
JMC di facebook
Berehat sebentar..

Gadget dari Jepun

Banner

Pencuci Mulut

Projek Ais Kisar ( Kakigori) dan ABC

Masakan - Pencuci Mulut

Semalam hari cuti umum bagi Jepun Umi No Hi ( maksudnya Laut punya hari) kebanyakan orang jepun semalam berenang dan berpicnic di tepi laut ataupun mereka akan mengadakan natsu matsuri ( perayaaan musim panas), kami tak ke laut pun semalam, duduk rumah je, sebabnya cuaca diluar tu panas dan ros pun tak dibenarkan keluar rumah untuk berjalan-jalan. Jadinya projek kami anak beranak semalam ialah ber kakigori, mesin air batu lilo stitch tu dah dua tahun beli, pakai pun setahun sekali je, semua ade peranan sendiri semalam, dari tukang kisar, ke tukang topping, tukang basuh perkakas dan tukang kemas dan tukang perabis kaki gori, sempat jugak buat Air Batu Campur Mesia, walaupun banyak bahan yang tak cukup, tapi bolehlah ade lah rasa sikit. : )

mesin kakigori yang kami gunakan- ( manual guna tangan je)

Bahan-bahan untuk buat Kakigori

air batu secukupnya

syrup perasa ichigo ( stoberi)

syrup perasa melon

sudu

dan bekas kaki gori

caranya

1. Kisar air batu, kemudian letakkan di dalam bekas kecil, curahkan dengan syrup kegemaran anda, siap, senang sangat kakigori ni, rasa simple tapi cukup menyamankan.

Air Batu Campur yang tak cukup bahan

topping dengan jagung manis, agar-agar sirap, susu sejat dan syrup pandan

nyaman je bila masuk mulut...oishiii

contoh botol syrup perasa melon dan stoberi

Kaki gori ni memang sangat popular apabila tiba musim panas, nak tahu lebih lanjut boleh clik wikipedia ni ya...KAKIGORI-JAPANESE DESSERT

 

Rich Chocolate Ice Cream

Masakan - Pencuci Mulut

Ni percubaaan kali ketiga ros buat aiskrim sendiri, kali ni ros amik resepi dari buku masakan omputih yang bertemakan coklat, walaupun step nye agak banyak, tapi hasilnya fuhhh, tak terkata sedapnya, aiskrim yang creamy dan cholatey, walaupun ade penggunaan telur, tapi telurnya dimasak dahulu, selamat untuk ibu-ibu mengandung macam ros ni. Resepi ade di bawah ni ye. ros edit sikit bahagian cara-cara tu, supaya lebih senang difahami. : )

Bahan-bahanya ( Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston)

400ml whipping cream
100gram coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara-caranya

1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.

2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

ros toppingkan dgn sos cokat dan badam cincang

setelah disudukan, tengok tu sungguh creamy dan cholatey

sebelum masuk mulut, sape nak rasa? meh sini ros suapkan hihihihi : )

Nota: Aiskrim ni betul-betul creamy dan menepati citarasa ros, dan ros rasa inilah resepi aiskrim paling best yang pernah ros buat, tak rugi mencubanya.

 

Baked Custard For Two Recipe

Masakan - Pencuci Mulut

Jom kita cuba buat  puding traditonal barat pula ye hari ni, lepas makan nasi tu memang sesuailah  makan dessert omputih ni, nak buat pun senang, ala-ala kastard keramel, cumanya takde keramel, bahan-bahan pun ringkas, puding ni sedap di makan panas-panas, di tambah lagi dengan aroma serbuk kulit kayu manis tu lagi lah membankitkan selera, ros amik resepi ni dari website allrecipies.com, resepi dari Alpha Wilson.

Ingredients ( menghasilkan 3 acuan remekin saiz kecil bentuk love)

1 egg ( ros guna telur saiz L)
1 cup milk ( 150ml susu segar)
3 tablespoons sugar
3/4 teaspoon vanilla extract
1/8 teaspoon salt
1/8 teaspoon ground nutmeg ( ros gantikan dengan serbuk cinnamon)

Directions
1. In a bowl, lightly beat the egg. Stir in the milk, sugar, vanilla and salt until combined. Pour into two ungreased 6-oz. custard cups. Sprinkle with nutmeg. Place in an 8-in. square baking dish; add 1 in. of hot water to the pan. Bake at 350 degrees F for 35 minutes or until a knife comes out clean.

custard puding sebelum dibakar, ros tabur dengan serbuk cinnamon

baru siap dibakar

setelah dibedakkan dengan sugar powder

tekstur custard puding

Nota: Kalau makan dengan aiskrim atau yogurt pun sedap ni, dan kalau nak lebihkan masa membakar tu lagi 5 minit pun boleh, biar permukaan atas tu lagi perang. : )

 

Agar-Agar Lumut

Masakan - Pencuci Mulut

Nak buat agar-agar lumut ni memang dah lama dah, ramai rasanya dah buat agar-agar lumut ni, selalunye dulu ros buat warna hijau, tapi kali ni ros guna gula melaka pula, Alhmdulillah cantik lapisan santan tu jadinya bila dah sejuk, resepi ni ros ambil diblog Cik Mat Gebu tu, tengok bahan dan cara-cara pun senang tu yang terus buat tu. Pada Cik Mat Izinkan ros copy resepi agar-agar lumut ni ye, dan kongsikan di JMC, terima kasih ros ucapkan. : )

BAHAN-BAHANNYA :-) sumber resepi dari Tiffinbiru Cik Mat Gebu

45 g agar2 tali, kerat dan rendam dengan 1.5 liter air selama 15 minit
100 g gula Melaka, potong kecil
3/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/4 pewarna coklat (jika suka)
500 ml pati santan*
1 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*disatukan dan pukul rata dengan whisk)

( ros gunakan 8gram serbuk agar-agar bagi menggantikan agar2 tali tu)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Jerang agar2 bersama daun pandan, gula melaka dan gula pasir hingga agar2 larut. Tapis bancuhan ke dalam periuk lain. Biar mendidih.
2. Masukkan bancuhan santan tadi dan masak hingga mendidih dan kelihatan seakan berbiji2. Matikan api dan tuang dalam bekas yang sesuai. Biarkan sejuk dan betul2 keras sebelum dipotong. Lagi sedap kalau dihidangkan sejuk.

jemputlah rasa ye

dah sejuk baru sedap dimakan

yang ni ros letak dalam acuan remekin bentuk love

Nota: ni lah first time ros buat agar-agar lumut style macam ni, seronok sebab jadi dengan jayanya, lainkali nak buat perasa pandan pulak, mesti lagi sedap kan.: )

 

Tetsukuri Aisukurimu ( homemade Aiskrim)

Masakan - Pencuci Mulut

Ros dapat resepi aiskrim ni dari website masakan jepun cookpad.com, tapi menggunakan telur lah, ros saje je nak try dan tengok teksturnya macam mana, ros tak boleh makan banyak sangat, amik sikit je buat rasa, sebab telur tu tak masak kan, tidak digalakkan untuk ibu mengandung, tapi memang sedaplah, tekstur aiskrim nye halus dan creamy je, di bawah ni resepi yang dah ros translate kan.

3 biji telur

200 ml whipping cream

80gram gula

2 sudu kecil esen vanila ( ni ros tambah)

Cara-caranya

1. Asing putih dan kuning telur, kemudian pukul putih telur hingga menjadi meringue.

2. Di dalam bekas lain pukul pulak whipping cream sehingga menjadi krim, tapi tak perlu terlalu kental.

3. Kemudian pukul pula kuning telur dan gula, hingga kembang dan putih, akhir sekali campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan masukkan esen vanila, gaul dengan spatula atau handmixer, pastikan sebati. Simpan di dalam peti ais sehinga aiskrim keras dan sedia untuk dihidangkan.

- Ros bahagi dua adunan aiskirm ni, satu , ros letak perasa strawberry dan satu lagi perasa vanila, bila dah keras tu terus scop dan bagi anak-anak rasa, semua kata oishii...lainkali boleh buat lagi ni, sedap pun sedap , tak rasa hanyir pun walaupun menggunakan telur.

aiskrim perasa strawberry

aiskrim perasa vanila

Nota: Ros toppingkan dengan sos strawberry, makin sedap bila makan, masam-masam manis menambahkan lagi selera, sejuk je bila masuk mulut...: )

 
More Articles...
Search
Ruang Iklan
Jom Jamu Mata
Banner
Akses sejak 1/1/2010
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1203
mod_vvisit_counterSemalam3439
mod_vvisit_counterMinggu ini4642
mod_vvisit_counterMinggu lepas50297
mod_vvisit_counterBulan ini261377
mod_vvisit_counterBulan lepas248120
mod_vvisit_counterJumlah8174580
Tetamu JM dari..
Jamu mata seketika..