Roti
Bun Gula Merah
Inilah projek meroti ros hari jumaat lepas, saje nak try letak bancuhan gula merah dalam adunan doh roti, Alhamdulillah hasil eksperimen ros berjaya, rasa roti yang lain daripada yang lain, dengan aroma gula merah, kat jepun pun ade gula merah, rupa dan teksturnya same je dengan gula merah kt Malaysia tu, dan dipanggil kuro sato. Dengan rasa seronoknya ingin ros berkongsi resepi bun gula merah ni dengan kawan-kawan semua. Jangan lupa cuba ya, hasilnya pasti tak mengecewakan anda. : ) Bahan-bahanya-sumber resepi
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
1/3 cawan kismis hitam Cara-caranya ( uli tangan) 1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar. 2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit. 4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati. 5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu. KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker) - Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda. 5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.
bun gula merah sebelum di bakar
setelah proses pembakaran
ros buat dua versi,satu di biarkan plain, satu lagi letak kismis hitam
yang ni bun gula merah plain
yang ni letak kismis hitam Nota: Roti ni sangat lembut dan gebu je, bila dah sejuk pun menten je lembutnya, ros sarankan simpan bun ni di dalam bekas bertutup, takpun di dalam plastik, bagi mengekalkan kelembutanya, yang seronoknya anak-anak suke, diaorang ingat bun coklat, sebab warna perang bun ni seakan coklat rupanya apabila siap dibakar. : ) Comments (10)
|
|||||
|




































