Masakan - Roti

Share

tangan kecik tu tangan kakak damia, tak sabar dah nak makan roti ni : )

Bahan-bahanya
150 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
110 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar cheese powder ( parmesan cheese)
sedikit mozarela cheese untuk ditabur atas roti nnt.

Caranya.

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 2 bahagian dan letakkan dalam sandwish loaf.  biarkan doh naik sehinggga dua kali ganda  lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Spray permukaaan roti dengan air kemudian tabur mozarela cheese,  bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan keju di atas roti ini masak terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak gliss sedikit permukaan roti dengan marjerin. Sejukkan atas redai dan boleh dimakan bersama air milo atau kopi, amat sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang, selamat mencuba.

 

- sebelum di toppingkan dgn keju mozarela-             -setelah ditoppingkan -

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 -siap di bakar, gebu lembut je teksturnya-       -sedia untuk dimakan, siap potong dah-

Nota: Roti putih keju ini mempunyai zat kalsium yang tinggi, sesuai untuk anak-anak anda, kalau takde sandwish loaf nak buat bentuk bun, bulat-bulat pun boleh. : )

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-03-10 21:28
Quoting kak siti:
salam ros..seronok sesangatlah akak tengok U kalau meroti jd jer..kalau dekat akak dh berguru dgn U... masuk dlm senarai ni ..jgn tk masuk...ka..ka.. :D

aa kak, masuk je senarai dulu, kumpul, nnt senang2 boleh buat..ok..hihi, seronok tgk akak rajin masak
Quote
 
 
0 #5 2010-03-10 15:25
salam ros..seronok sesangatlah akak tengok U kalau meroti jd jer..kalau dekat akak dh berguru dgn U... masuk dlm senarai ni ..jgn tk masuk...ka..ka..
Quote
 
 
0 #4 2010-03-09 16:46
Quoting love2cook:
Ros!!! Seriously speaking...can U pls open a bakery kat my area??? Surely business will be good! Love betul kagum with ur skills lor! Pass me some roti! ;)

tak cukup modal lah ros nak bukak bakery love, heheehhe, buka bakery kt dapur sendiri boleh lah, ok i will send 3 slice bread to you...tunggu ya
Quote
 
 
0 #3 2010-03-09 14:01
Ros!!! Seriously speaking...can U pls open a bakery kat my area??? Surely business will be good! Love betul kagum with ur skills lor! Pass me some roti! ;)
Quote
 
 
0 #2 2010-03-09 13:36
Quoting sakura.emi:
slm ros..nampak lmbut sgt rti ni bila damia tolak gitu..haishh mmg kne meroti gak ni sblm BM masuk kotak..klo xtakut termimpi2 je nk meroti nnti :)

hihi, emi emi, cepat gi meroti, ade masa lagi ni, sebelum BM tu bertapa dlm kotak heeheheh, sedap tau roti ni, susu ade, keju ade mmg berkhasiatlah
Quote
 
 
0 #1 2010-03-09 09:42
slm ros..nampak lmbut sgt rti ni bila damia tolak gitu..haishh mmg kne meroti gak ni sblm BM masuk kotak..klo xtakut termimpi2 je nk meroti nnti :)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh