Bun Blueberry
| Masakan - Roti |

-nampak tak ade bintik-bintik perang atas bun ni, itu ialah serbuk parmesan cheese-
Bahan-bahanya
180gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover ( seronok sbb baru dapat stok dari mesia)
1 sudu kecil bread softner
2 sudu besar parmesan cheese ( boleh ganti dengan 1 sudu besar susu tepung)
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.
2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.
4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.


-setelah ditoppingkan dgn jem blueberry- - baru keluar oven ni-


Nota: Kalau nak tukar jem atas tu dengan jem stawberry ke, jem apricot ke, pun boleh juga, paip je macam biasa, jem tu masukkan dalam plastic bersih, dan lubangkan di hujungnye, basic roti ni dari resepi roti biasaje, cuma ros variasikan. : ) , lembut je sepanjang masa ditambah lagi dengan rasa lemak dari keju dan khasiat susu. Mula-mula ingat nak buat roti kentang golden yang ade kat rumah kak ika n kak hana tu, tapi malas pulak nak rebus n lenyek kentang, hihi, maka jadilah resepi jem blueberry bun ni, menu minum petang kami semalam dan juga sarapan hari ini.












Comments
salam perkenalan buat fik, btw ramai yang bagi feedback resepi ni lembik dohnye, mcm ni Fik, cuba kurangkan kuantiti susu nye tu, takpun jgn masuk telur sebiji, letak dulu setengah biji, tp honestly ros buat mmg guna resepi bun kentang tu, mabye kentang lenyek dan juga tekstur tepung roti berlainan, ros pun takleh nak explain masalah doh lembik ni, sebelum fik masukkan cecair tu kan, make sure jgn masuk semua ye, pandai2 je agak ok, lagi satu, lumur tangan dgn marjerin sebelum bentukkan doh, nak letak sedikit tepung pun boleh, tp jgn byk sgt, harap tips ros ni dpt membantu ya.
tak de home bakery pun kaklin leh guna tips ros tu, lumur sikit doh tu dgn marjerin dan letak dlm plastic ziplock tu, ramas dlm 5 ke 8 minit, nnt eloklah tekstur roti tu, tp klu guna homebakery lagi bagus heehehehe, nnt ros kongsikan lagi tips buat roti ya..dah siap taip sebenarnya tapi tak publish2 lagi ni, tgh kumpul bahan heheee
nnt nk beli home bakery lah.. penat menguli
dua ketul ade lagi ni love, nnt ros hantar kt rumah ye heehehe, kalau lah duduk dekat dgn rumah ros, boleh ros bagi sikit hihi
aa sedap, lembut je kak, sepanjang masa nnt try ye
hahaha emi emi, gi cepat meroti, nnt termimpi-mimpi pulak nnt hhehee
sibuk ye kak,takpe time tak sibuk nnt boleh try buat rotini, basic roti biasa je tu, ros tambah je ape yang patut heheee
kalau dekat boleh kasi kaklin rasa hehehe, senang je tu nak buat, ape kata kaklin try lak buat roti heheee
RSS feed for comments to this post.