Masakan - Roti

Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )
250 gram tepung roti
1 biji telur
1/2 cawan kismis
1/2 cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
140ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.

4.Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.

5.potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.

6.kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membarkar tu jadikan 20 atau 18 minit je, yang pastinya roti ni memang mengenyangkan. Selamat Mencuba.

 

Comments  

 
0 #8 tuanrumah 2010-01-08 18:04
Quoting Hazila:
Salam Ros, akak ada satu tin Quaker Oat ni. Nanti weekend boleh cuba buat.

ok kak gud luck ye, bahan dah cukup tu, nnt suruh cik BM uli..makan roti baru masak bestttt
Quote
 
 
0 #7 tuanrumah 2010-01-08 18:03
Quoting mummyseri:
salam ros..suke tgk ros meroti..mmg cantik..
kite ada link uma JM ni kat uma kite yek..wat rujukan masak2.. :)

pada mummyseri, nak link boleh aje, harap sudi jugaklah jadi jiran sebelah umah ros ya hihi, n nnt ros add link akak pulak ye
Quote
 
 
0 #6 tuanrumah 2010-01-08 18:02
Quoting nurindah:
Salam Ros,
Aduh, gebunya. Akak ni, bab nak menguli yg malas nih. Tapi bab makan, no satu!
Mintak sekeping, nak cecah teh o!

nnt klu datang angin meroti tu kak, hari-hari nak makan roti kan, takkpe tunggu mood menguli tu datang ek, pastu cukup bahan leh try..sedap roti ni, cepat kenyang hi hi
Quote
 
 
0 #5 Hazila 2010-01-08 13:28
Salam Ros, akak ada satu tin Quaker Oat ni. Nanti weekend boleh cuba buat.
Quote
 
 
0 #4 mummyseri 2010-01-08 12:55
salam ros..suke tgk ros meroti..mmg cantik..
kite ada link uma JM ni kat uma kite yek..wat rujukan masak2.. :)
Quote
 
 
0 #3 nurindah 2010-01-08 08:49
Salam Ros,
Aduh, gebunya. Akak ni, bab nak menguli yg malas nih. Tapi bab makan, no satu!
Mintak sekeping, nak cecah teh o!
Quote
 
 
0 #2 tuanrumah 2010-01-08 08:48
Quoting Kak Watie:
Roti berkhasiat...bagus ni untuk keihatan...tapi anak2 akak kalau ada prune..ada oat...macam budak kecik lari nyorok bawah meja...memang dia org tak suka..kalau ada sosej....ada chocolate...tak payah jemput...pandai jer dia orang hidu bau dia!!

Ros..ala2 roti Banggali kan texture dia..tu yg kenyang tu!

budak-budak mmg sukakan sosej n coklat kan kak, ros buat ni pun ros n abang je pulun, tp suke roti camni, kenyang, rasa pun mcm2 ade..hihi..kak watie masak ape tu?
Quote
 
 
0 #1 Kak Watie 2010-01-08 08:45
Roti berkhasiat...bagus ni untuk keihatan...tapi anak2 akak kalau ada prune..ada oat...macam budak kecik lari nyorok bawah meja...memang dia org tak suka..kalau ada sosej....ada chocolate...tak payah jemput...pandai jer dia orang hidu bau dia!!

Ros..ala2 roti Banggali kan texture dia..tu yg kenyang tu!
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh