Masakan - Roti

Share

Antara resepi roti yang mendapat sambutan hangat di Myresipi.com, di Myresipi ros guna nama Onigiri...hihihi : )

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan).

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Kemudian terap doh memanjang dan lipat 3 ( nak terus bulatkan dan bahagi pada dua bahagian pun boleh).

6. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

7. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

8. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

- Jika tiada peti tin sandwish loaf, boleh juga dibuat bentuk bulat-bulat kecil, macam bun tu, susun dalam acuan petak atau bulat, dan bakar seperti biasa, tapi perlu di ingat, kena kurangkan masa pembakaran dalam 18 ke 20 minit sahaja.

Nota: Kalau takut doh tu telalu lembik, boleh kurangkan kuantiti air tu dalam 80 ke 90ml sahaja, dan bila menguli tu, masukkan nasi yang diblender bersama susu dan air tu sedikit demi sedikit, Selamat meroti ya kawan-kawan. : )

Share

 

Comments  

 
0 #11 2011-03-01 16:42
Salam..
saya nak try lah buat roti nasi..ni tp sblum tu nak tanya klu kita takde susu segar boleh ganti dgn apa jek?? pls tlg saya..
Terima Kasih Ros..
Quote
 
 
0 #10 2010-12-03 09:57
Quoting umy_ina:
menjadi......syukur alhamdulilah....tq ros. ^_^

nnt amiklah gambar, kasi ros tgk heehehehehe
Quote
 
 
0 #9 2010-12-01 10:04
menjadi......syukur alhamdulilah....tq ros. ^_^
Quote
 
 
0 #8 2010-11-28 17:57
Quoting umy_ina:
sedang uli tepung utk wat roti nasi.mintak jadilah.guna mesin cap 2tangan.

amacam umy jadi tak? nnt ape2 bgtau ya..slmt meroti
Quote
 
 
0 #7 2010-11-27 14:56
sedang uli tepung utk wat roti nasi.mintak jadilah.guna mesin cap 2tangan.
Quote
 
 
0 #6 2010-05-11 22:06
Quoting AlongRoz:
Salam. Lamaaaa nya Along tak merotiiii, yg ni pun lum try ...berzaman2 dah masuk list nya...hehe

hihi, berzaman dah ye kak masuk list hehehe, gi kejutkan BM tu cepat kak, nnt leh buat, roti ni gebus n cantik je heheehee
Quote
 
 
0 #5 2010-05-11 20:47
Salam. Lamaaaa nya Along tak merotiiii, yg ni pun lum try ...berzaman2 dah masuk list nya...hehe
Quote
 
 
0 #4 2010-05-10 15:42
Quoting Miss Mirror:
WOW! Menarik! Kdg pun cari bread improver kt supermaket takde...1 alternative yg baik.

salam perkenalan pada miss mirror, cukup bahan nnt boleh try ya...
Quote
 
 
0 #3 2010-05-10 15:41
Quoting love2cook:
Yeah I missed Onigiri!!! hehehe...;)

Sedapnye roti tuh Ros, gebu je! Mintakkkkk...

ros pun rindu dgn gelaran onigiri tu, tp apakan daya rajuk nak hantar resepi kt myr tu ade lagi ni uwaaaa...
roti tu gebu sbb nak pikat love suruh buat heheeheheh
Quote
 
 
0 #2 2010-05-10 10:31
WOW! Menarik! Kdg pun cari bread improver kt supermaket takde...1 alternative yg baik.
Quote
 
 
0 #1 2010-05-10 09:43
Yeah I missed Onigiri!!! hehehe...;)

Sedapnye roti tuh Ros, gebu je! Mintakkkkk...
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh