Masakan - Roti

Share

Bahan-bahanya

250 gram tepung roti
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1 biji telur ( 3/4 biji letak dalam doh, bakinya yang sikit tu untuk glis pada roti nanti)
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit pewarna hijau

Bahan Inti
Sedikit sri kaya pandan

Bahan topping
sedikit kelapa kering

Caranya.
1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan topping, dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan isi bun dengan satu sudu kecil kaya pandan, susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, kemudian glis roti dengan baki telur dan tabur dengan kelapa kering. Bakar pada suhu 180 darjah selama  20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.

4. Setelah masak sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba.

sedia untuk dihidangkan

Nota: Bun Sri Kaya Pandan ni lembut je sepanjang masa, kalau nak letak bread softner ataupun bread impover pun boleh, lagi lembut jadinya, ros kalau dah letak telur dalam adunan, selalunya tak letak dua bahan ni, sebabnya telur juga sebagai agen pelembut.

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-05-15 09:06
Quoting mummyseri:
Salam ros, sedapnye..suke kale ijonyer ni..
kalo inti kaya anak n asben akak mmg peberet ni:)..
nnt anak murid cuba ye sifu;)..
sbb kaya ijo takde lagi ni..

anak murid kak seriyang rajin, nnt try buat kaya pandan tu ye, lepas tu try lah buat bun ni, heeheheh, oo feveret anak2 n hubby ye..mestilaku punye roti ni nnt heheee
Quote
 
 
0 #3 2010-05-15 09:05
Quoting LinChan:
sedapnye bun kaya ni ros!!!!!
belakang tu plak nampak botol ya kun kaya (rose simpan botol nye & bawak pergi osaka yea?)

aah kaklin ros simpan botol yakun tu heeheh, sayang eco, leh recycle letak kaya homemade tu eheheh, kaklin nnt klu dah beli BM leh try buat bun ni ye heehehe, aldra n mamamnye sihat ke tu?
Quote
 
 
0 #2 2010-05-14 09:57
Salam ros, sedapnye..suke kale ijonyer ni..
kalo inti kaya anak n asben akak mmg peberet ni:)..
nnt anak murid cuba ye sifu;)..
sbb kaya ijo takde lagi ni..
Quote
 
 
0 #1 2010-05-14 09:16
sedapnye bun kaya ni ros!!!!!
belakang tu plak nampak botol ya kun kaya (rose simpan botol nye & bawak pergi osaka yea?)
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh