Masakan - Roti

Share

Bahan-bahannye

250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
2 1/2 besar marjerin
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
150 ml susu
3/4 biji telur

Bahan Sampingan
beberapa batang sosej di rebus dan dipotong 3
sedikit kismis hitam

Caranya.

1. Kalau ade  BM tu leh lah masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 14 bahagian kecil dan biarkan selama 15 minit.

4. Sedia untuk menggulung, lihat gambar no.1 , kemudian gambar no.2, ambil satu doh dan lipat dua, kemudian runcingkan bahagian hujung seperti gambar no.3,  selepas itu, terap memanjang doh tadi, pastikan tinggal sedikit bahagian pangkalnye, cara terap dan gambar doh boleh rujuk gambar no.4 dan no.5, akhir sekali gulung perlahan dari arah atas sampai hujung dan anda akan dapat rolls yang cantik gulungannye seperti gambar no.6 dan no.7. Ulang langkah tadi hingga doh habis.

 boleh rujuk dua gambar rajah ini untuk cara-cara penggulungan bun

5. Susun atas dulang pembakar dan biar naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, gliss permukaan roti dengan baki telur tadi, bakar pada suhu 180 darjah selama 18 minit, selepas dibakar sejukkan atas redai dan setelah sejuk simpan di dalam bekas kedap udara, sedia untuk dimakan sebagai sarapan atau minum petang. Selamat Mencuba kawan-kawan.

Gambar Honey marjerin di atas adalah variasi yang boleh kita lakukan, letak sosej dan kismis hitam, klu letak sosej, gulung sosej di bahagian pangkal doh yang diterap memanjang tadi dan gulung hingga hujung, dan jika letak raisin, campur raisin di dalam doh dan baru dibentuk bulat-bulat dan digulung seperti biasa.

sedia untuk dihidangkan

ros suke buat comel-comel, senang je nak masuk mulut.

Share

 

Comments  

 
0 #6 2010-05-16 16:17
Quoting tiha:
pandai laa ros ni..sedap nih..

sedap tiha, sekali masuk mulut berketul-ketul hehehee
Quote
 
 
0 #5 2010-05-16 09:50
pandai laa ros ni..sedap nih..
Quote
 
 
0 #4 2010-05-15 09:00
Quoting mummyseri:
Salam ros..
kiut n comel la ros..
ni yg best boleh pelbagaikan variasinya :lol:

salam kak seri, roti ni mmg ros buat comel2 je, nntletak mcm2 inti ya kak, pastu ros nak rasa buleh?
Quote
 
 
0 #3 2010-05-14 10:01
Salam ros..
kiut n comel la ros..
ni yg best boleh pelbagaikan variasinya
Quote
 
 
0 #2 2010-05-12 15:13
Quoting ummi:
salam Ros cayanggg...ambooiii tayang honey margerine roll tu betul2 wat akak kecur nak telan jgak rasanya..hehee, meh sini 4ketul comeyyy2 tu habis kat akak..hehe

aah comey2 je roti ni kak, budak2 je mengankut heheehe, nnt ade masa kak ummi try ya he heee
Quote
 
 
0 #1 2010-05-12 11:20
salam Ros cayanggg...ambooiii tayang honey margerine roll tu betul2 wat akak kecur nak telan jgak rasanya..hehee, meh sini 4ketul comeyyy2 tu habis kat akak..hehe
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh