Banana Cinnamon Dessert Pizza
| Masakan - Roti |
| Share |

Pizza dessert ni amat sesuai di makan pada bila-bila masa, ros variasikan topping nye tu dengan taburan serbuk kayumanis, pisang, krim keju dan keju campuran, rasa tidak mengecewakanlah, sedap sangat, ni pun rasa nak buat lagi ni, hihihi, apa kata kita tukar selera dari pizza savori ke pizza manis pula, resepi ade kat bawah ni ye : )
Bahan-bahanya
Untuk Doh Pizza
250gram tepung roti
160ml air suam
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar susu tepung ( kalau tak nak letak pun takpe)
Untuk Topping
1 biji pisang ( dihiris nipis)
1 sudu besar serbuk cinnamon
Sedikit cream cheese ( di potong kecil-kecil)
Sedikit mix cheese
1 sudu besar gula
Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan doh pizza dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan denganĀ kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian, dan canai bulat.
4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan sebentar dalam 40 minit , akhir sekali sapu dasar pizza dengan serbuk cinnnamon dan gula, pastikan sekata, kemudian atur pisang, cream cheese dan akhir sekali tabur mix cheese di atas bahan topping tadi.
5. Bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

creamy je pizza ni..sedap..: )

separuh adunan lagi ros buat tomato sosej pizza

pizza cinnamon yang baru siap dibakar

sebelum selamat dimakan hihihi
Nota: Kalau nak tabur kismis ke dried fruits pun boleh, pizza dessert ni creamy dan harum dengan aroma pisang dan kayu manis tu, pasti membangkitkan selera.
| Share |
Last Updated (Monday, 17 May 2010 13:48)

















Comments
salam kak umie sayang, belen?? ampun kak, dah finish, nnt ros buat yang lain ya, kak nak kuih bakar pandan tu buleh? comel2lah kak, terliur gak ni
hahahaha jgn makan selalu puan ain zakimy oi..sesekali je, hahaha, takut kembang ke? takpe dah ade org syg tu, aa nnt dtg Osaka kakros buatkan ek heheeheeee
salam kak yatt, sihat ke tu? makan pizza makin gebus ya kak, takpe ade org sayang dah heehehe, kak naklauk ketammmmm buleh?
hahaha
besla resepi ni kakros
buat tomato sosej topping utk lan bes ni nanti
bg gemuk kat die skek
aah budak2 mak budak semua suke kak, kak nur nnt klu ade doh pizza lebih tu leh try ek kak, sedap ni
salam kak, pizza niwangi semerbakje bila keluar oven tu, potong terus ros ngap heheeheh,nnt ade masa akak try ya
klu dekat boleh kasi kakchik rasa sikit ni, kesian kakchik kecur air liur
salam kak seri, senang jetoppingtu kak, nnt akaktry ye, sedap wangisemua ade heheee
wah! pestime nampak resipi piza manis. Cantik, ada pisang lak tu.. mesti sedap. budak2 really like piza macam ni..
iiii.... ni yang tak tahan ni.
kecur air liur kakchik dibuatnya.
best ni banana anak2 akak suke ;)
klu letakapple buleh ton, tp klu buleh apple tu ton masak separuh masakdulu atas api dgn gula, baru tak kering bila bakar tu, variasikan aje topping nye tu, janji manis, klu dekat boleh kasi makyong ton rasa sikit ni heheeee
RSS feed for comments to this post.