Masakan - Roti

Share

Bahan-bahanye
220 gram tepung roti
2 sudu besar butter atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
140 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 biji telur (3/4 biji ros masukkan dalam doh baki nya gliss atas roti)
1/2 cawan mix dry fruits ( dipotong kecil bentuk dadu)

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker ( kecuali dry fruits)  dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan baru campurkan dgn dry fruits tadi, uli beberapa minit dan bahagi doh pada dua bahagian, akhir sekali letak dalam acuan loaf, biarkan naik dua kali ganda.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, tutup doh dengan wrappers atau kain bersih,  perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk-tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda, sebelum dibakar gliss permukaan doh dengan baki telur yang di tambah dengan 1 sudu kecil susu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan,  sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

roti buah campuran yang baru siap dibakar

Nota: Kebanyakan doh yang mengandungi bahan telur, selalunya ros jarang menggunakan bread softner atau bread imporver, kerana telur adalah salah satu agen pelembut bagi roti juga : )

Share

 

Comments  

 
0 #4 2010-05-19 19:05
Quoting mummyseri:
salam ros..wah lajunya da roti sedap ni pulak..
ros bole tak akak nak tau saiz acuan roti sandwish loaf ni.lagi satu kalo yang bun2 tu apa saiz baking tray yang ros gunakan,yang roti tu muat2 je bile da kembang :)

nnt ros cuba ukur balik saiz sandwish loaf n baking try ros tu ek kak, sbb pembalut nye dah buat heheheeh, tunggu tau...tulah kan ade saiz baru senang nak agak kan, yg ros ni main letak je heheeeee
Quote
 
 
0 #3 2010-05-19 19:04
Quoting nurindah:
salam ros,
Ini dah tak perlu beli roti kat kedai lagi dah. bole letak kismis banyak2,kan? :D

aah, mmg jarang dah beli roti kt kedai, ros mmg suke letak ape juga bahan dlm roti rotini, heheeh, suke suke je kan, janji sodap heheeee
Quote
 
 
0 #2 2010-05-19 10:11
salam ros..wah lajunya da roti sedap ni pulak..
ros bole tak akak nak tau saiz acuan roti sandwish loaf ni.lagi satu kalo yang bun2 tu apa saiz baking tray yang ros gunakan,yang roti tu muat2 je bile da kembang :)
Quote
 
 
0 #1 2010-05-19 08:11
salam ros,
Ini dah tak perlu beli roti kat kedai lagi dah. bole letak kismis banyak2,kan?
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh